welcome to pelanduk katang!

Followers

Saturday, February 19, 2011

Hangat-hangatkan pengertian Tamadun : Bab 1 Sejarah Ting 4

Hai...assalamualaikum...
Salam sejahtera ke atas kamu...ke atas suku-sakat....yang mengikuti..blog ni...kakaka.. 

Seronok juga dok di alam maya ni....jadi SS..syok sendiri..pula.ok la..kali ni pelanduk.nak sambung tentang pengertian tamadun.

Ingat ye..blog ni bukanlah buku teks...ia cuma...bicara santai sahaja..perasan...syok sendiri la tu..
ya la dalam syiuk-syiuk sendiri pun ada juga faedah nye..ye...

Pengertian tamadun ni...mengikut 2 pandangan masyarakat dunia:
 
1. PANDANGAN BARAT :
i). Pembangunan lahiriah dalam hal kebudayaan seperti penulisan, undang-undang, kesenian, dan
pembandaran.

Hahaha...pandangan barat ni disokong oleh tokoh dari kalangan mereka lah iaitu:

i). GORDON CHILDE
yang berpandangan bahawa pencapaian lahiriah merupakan kayu ukur kemajuan
tamadun dalam sesebuah masyarakat.

ii). DARCY RIBERIO dan R.A BUCHANAN
pula menolak unsur rohani dalam pembangunan
amadun sebaliknya  menekankan pembangunan
lahiriah sahaja. 

 2. PANDANGAN  ISLAM:

i).Tamadun mestilah merangkumi pembangunan lahiriah dan rohaniah.


Manakala pandangan Islam ini disokong oleh :

i). SYED NAQUID AL-ATTAS yang berpandangan bahawa tamadun ialah pencapaian tahap tatasusila
yang  tinggi  dan kebudayaan yang luhur oleh sesebuah masyarakat.


Pandangan Syed ini disokong oleh juga Sarjana Barat iaitu :

i). RICHARD SULLIVAN yang mengakui bahawa unsur rohaniah sangat penting dalam konsep tamadun.


Itu lah setakat yang termampu di buat...harap-harap info ini boleh membantu korang semua...untuk memahami pengertian tamadun tersebut...hahah... kalau nak jelas lagi rujuk buku teks sejarah
ting 4 :  Muka surat - 5..

KKKK.....BYEEEE..WASSALAM...

No comments:

Post a Comment