welcome to pelanduk katang!

Followers

Monday, March 21, 2011

Kem Bangkit Bangsa Agensi Pembangunan Masyarakat Terengganu ( APMT) & SMK Kerteh 2011


PENGENALAN
Menjadi impian Sekolah Menengah Kebangsaan Kerteh ( SEMEKER ) untuk melihat semua pelajar tingkatan tiga sekolah ini berjaya dalam peperiksaan PMR 2011. Sehubungan itu, bagi memenuhi impian ini, pihak pengurusan sekolah dan Jawatankuasa  Projek PMR  tahun 2011 dengan kerjasama Agensi Pembangunan Masyarakat Terengganu (APMT), mengadakan Program Bangkit Bangsa  2011. Pelaksanaan program ini adalah untuk memberi pendedahan kepada para pelajar bagi mencapai  kecemerlangan  dalam PMR. Bagi membolehkan para pelajar mencapai kejayaan yang sebenar, jiwa mereka perlu di isi dengan semangat jati diri, patriotisme dan kerohanian sebagai  benteng pertahanan diri dalam  menghadapi realiti kehidupan di zaman  ini. Justeru itu Program Bangkit Bangsa ini dirangka bukan sahaja untuk melahirkan pelajar yang yang cemerlang dari segi akademik dan sahsiah diri malah pelajar yang akan mencintai agama, bangsa dan negara.

OBJEKTIF
Melahirkan pelajar yang bermotivasi tinggi dan rajin berusaha untuk mencapai  kecemerlangan.

Mendedahkan teknik belajar yang berkesan  kepada pelajar untuk mencapai kejayaan.

Menyedarkan para pelajar kepentingan beribadat kepada Allah S.W.T untuk mencapai kesejahteraan di dunia dan akhirat.

Melahirkan pelajar yang mencintai agama, bangsa dan negara

TARIKH
20 - 22 Mac 2011

TEMPAT
Marang Village Resort & Spa

No comments:

Post a Comment