welcome to pelanduk katang!

Followers

Friday, February 11, 2011

cerita sejarah wajib lulus


Katanya, cuma kurikulum mata pelajaran itu belum diputuskan, tetapi ia akan digubal dengan pendekatan memastikan subjek terbabit memberi impak berkesan dan menekankan elemen asas pembinaan negara bangsa di samping memupuk  kecintaan dan nilai patriotisme kepada tanah air. “Kementerian sudah melantik jawatankuasa khas bagi engkaji kurikulum dan buku teks baru yang dianggotai tokoh berkaliber negara termasuk pakar sejarah dan pensyarah universiti tempatan yang kini sedang meneliti setiap aspek berkenaan,” katanya. Beliau berkata demikian selepas majlis ramah mesra bersama guru di Sekolah Rendah Kebangsaan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan Felda Tenang, dekat sini semalam. 

Mengenai kebimbangan sesetengah pihak terhadap jumlah guru berkelayakan mengajar Sejarah tidak mencukupi serta sama ada ia adil kepada pelajar jika kerajaan mewajibkan Sejarah sebagai subjek wajib lulus SPM pada 2013, Mohd Puad berkata, kementeriannya sudah mempunyai formula. 

“Kita akan memperkenalkan Pengajian Sejarah di Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM)
seluruh negara bagi memastikan guru Sejarah mencukupi dan mampu mengajar subjek berkenaan dengan berkesan. 

“Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin juga mengumumkan mata pelajaran Sejarah akan
diperkenalkan dalam Sijil Pelajaran Malaysia Ulangan (SPMU) mulai 2014 bagi memberi peluang calon yang gagal mata pelajaran itu memperbaiki keputusan SPM. Jadi tidak timbul lagi isu,” katanya.  Sementara itu, Mohd Puad berkata, kementeriannya akan memperuntukkan RM41,000 bagi memasang alat
penghawa dingin di lapan kabin yang dijadikan kelas sementara Sekolah Seni Johor Bahru (SSeJB) yang
ketika ini menumpang di tempat letak kereta Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Mohd Khalid, Johor Bahru. 

“Kita mendapati lokasi kabin berkenaan yang tidak sesuai  menjadikan suasana di lapan kelas kabin itu agak panas. Kampus baru sekolah berkenaan dengan kemudahan lebih moden dan selesa sedang dibina di Seri Alam dengan kos RM53 juta dan dijangka siap pada 2013,” katanya. 

Semalam Berita Harian melaporkan seramai 183 pelajar SSeJB terpaksa belajar dalam keadaan berpeluh dan tidak selesa kerana ditempatkan dalam lapan kabin berkenaan. 

No comments:

Post a Comment