welcome to pelanduk katang!

Followers

Tuesday, April 26, 2011

Tinjauan Kurikulum Sejarah Menengah

Assalamualaikum wbt..kth..


Lama juga kita tak bertemu dalam ruangan ni...sibuk dengan tugasan segera..oh ye..blog ni...adalah blog sejarah...kebetulan Bahagian Kurikulum Kementerian Pelajaran sedang buat tinjauan mengenai kurikulum matapelajaran sejarah sekolah menengah maka,team pelanduk pun  nak tolong promosi iklan tinjauan tu..banyak la juga soalan yang dia orang tanya dalam borang soal selidik tu..mengenai sukatan sejarah tingkatan 1, 2, 3, 4 dan 5. Yang mana patut dikekalkan,yang mana patut digugurkan dan yang mana patut ditambah.Jadi kalau korang nak tahu tentang soal selidik tu boleh lah pergi ke alamat blog ni.( Kita orang tak link ke blog ni...korang kena buka sendiri ikut alamt ni.. 
 
Tujuan Soal Selidik sebagai persediaan menggubal
Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM)
yang akan dilaksanakan mulai tahun 2014.

Faham kan...kalau tak faham juga baca berkali-kali...InsyaAllah faham nanti...
 

TINJAUAN KURIKULUM SEJARAH SEKOLAH MENENGAH





Bahagian Pembangunan Kurikulum
Kementerian Pelajaran Malaysia
Aras 4-8, Blok E9, Kompleks E,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62604 PUTRAJAYA, Malaysia
Tel : 03-8884 2000    Faks :  03-8884 0785

Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia sedang dalam usaha untuk melaksanakan tinjauan terhadap kandungan kurikulum Sejarah Sekolah Menengah sebagai persediaan menggubal Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) yang akan dilaksanakan mulai tahun 2014.

Sehubungan itu, soal selidik ini disediakan bagi mengumpul pandangan dan cadangan masyarakat dari pelbagai lapisan terhadap aspek-aspek yang berkaitan dengan reka bentuk dan kandungan kurikulum Sejarah Sekolah Menengah. Maklumat ini adalah amat berguna kepada proses penambahbaikan kurikulum mata pelajaran Sejarah di abad ke 21.

Selamat datang dan terima kasih kerana mengambil bahagian dalam kajian ini.

Soal selidik ini dibuka kepada orang awam mulai 04 April 2011 - 06 Mei 2011.


Ok....bye-bye

Sunday, April 24, 2011

Terima Kasih

Team Pelandukkatang mengucapkan jutaan terima kasih kepada Cikgu Abdullah Mamat,Guru Cemerlang Sejarah SMK Seri Nilam kerana sentiasa menyumbang bahan untuk dipaparkan dalam blog ni.....Semoga Jasa Cikgu Akan sentiasa mengalir pahala ilmu yang bermanfaat hingga ke Akhirat.....Saham yang berkekalan....

Samping tu....dalam kesempatan ini....nak sambung sikit lagi  tentang isu perjuangan Kaum Muda...
Antara isu yang diperjuangkan oleh Kaum Muda ialah : mereka ingin...

1.Menjana Islam dari sudut dunia seperti memajukan ekonomi,pendidikan,politik dan sosial Melayu
2.Menyematkan sikap mengkritik penjajah
3.Mengkritik raja dan pembesar Melayu yang tidak memajukan orang Melayu
4.Menubuhkan madrasah contohnya al-Idrisiah, Ihya-Assyarif
5.Memberi pendidikan dunia dan akhirat seperti fardu ain, ilmu hisab dan bahasa Inggeris
6.Memberi peluang pendidikan kepada pelajar perempuan

Ok la..kan...sikit-sikit info lama-lama jadi bukit...

Saturday, April 16, 2011

Gerakan Islah Bab 2 Sejarah Ting 5

 Hai..assalamualaikum dan selamat pagi...

Lama tak bersua, rindu rasa hati...tu bait-bait lagu yang saya lupa tajuk lagu ape..biasa dengar dalam kete di putar dalam Gegar pantai timur- THR la..

Ok,tu isu lain..
Yang hendak diutarakan disini ialah GERAKAN ISLAH...

Korang tau ker gerakan Islah tu pabende....

Gerakan Islah :
ialah gerakan yang mendorong orang Melayu membetulkan pandangan mereka terhadap Islam.

Siapa mereka :
Sheikh Tahir Jajaluddin
Syed Syeikh al-Hadi
Dr.Burhanuddin al-Helmy.

Digelar :
Kaum Muda

Latar Belakang Pendidikan :

Timur Tengah

Terpengaruh :
Gerakan Islah di Timur Tengah membawa idea perjuangan ke Tanah Melayu

Akbar dan Majalah:
Al-Iman
Neracha
Idaran Zaman
Pengasuh

kkkk bye..bye

Minggu Bidang Kemanusiaan SMK Kerteh 2011


 
MINGGU BIDANG KEMANUSIAAN
PENGGAL PERTAMA
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN KERTEH
( SEMEKER )
2011

                                                                 

Panitia Pendidikan Islam
Panitia Sejarah
Panitia Geografi
Panitia Pendidikan Seni dan Visual ( PSV )
Panitia Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan ( PJPK )
Panitia Pendidikan Sivik Dan Kewarganegaraan ( PSK )
Panitia Tasawwur Islam


1. PENGENALAN

            Bidang Kemanusiaan merupakan ilmu akademik yang mengkaji unsur - unsur kemanusiaan seperti alam sejagat, sosial, perundangan,  kesusasteraan, sejarah, falsafah, agama, seni visual, seni pentas, dan muzik. Unsur - unsur tersebut dikaji dengan menggunakan kaedah pemerhatian, soal selidik, analisis data dan lain-lain cara yang sesuai mengikut tema kajian dan penulisan. Aspek kemanusiaan yang lain termasuklah teologi, undang-undang, psikologi, filologi, retorik dan sebagainya. Aspek yang dikatakan sealiran dengan bidang ini juga adalah antropologi, kajian kawasan, komunikasi dan kajian budaya. Bidang Kemanusiaan & Sains Sosial & Kemasyarakatan ada di mana-mana. Di peringkat Kementerian Pelajaran Malaysia bidang ini dikenali sebagai Sains Sosial, di peringkat Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu dikenali sebagai Kajian Kemasyarakatan dan di sekolah dipanggil Bidang Kemanusiaan. Begitu juga di institusi pengajian tinggi awam Malaysia, bidang ini di kenali sebagai Fakulti Sastera dan Sains Sosial di Universiti Malaya (UM), Sains Kemasyarakatan dan Kemanusiaan di Universiti Kebangsaan Malaysia(UKM) dan Fakulti Ilmu Kemanusiaan di Universiti Sains Malaysia(USM) serta Fakulti & Jabatan Sains Sosial di Universiti Sultan Mizan Zainal Abidin(UniSZA). Secara umumnya, Bidang Kemanusiaan begitu luas dan merangkumi keseluruhan ruang. Di sekolah, Mata Pelajaran Pendidikan Islam, Sejarah, Geografi, Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan ( PSK ), Pendidikan Seni dan Visual ( PSV ), Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan ( PJPK ) dan Tasawwur Islam adalah duta kepada Bidang Kemanusiaan & Kemasyarakatan & Sains Sosial ini. Membimbing pelajar untuk menerajui, menerokai, meneropong, menguasai, mewarisi dan menghayati  Bidang Kemanusiaan & Sains Sosial & Kemasyarakatan untuk kejayaan dalam akademik, sahsiah dan masa depan  di Malaysia  menjadi penyebab utama Minggu Bidang  Kemanusiaan ini di adakan. Sehubungan  itu, semua panitia dibawah Bidang Kemanusiaan bergabung tenaga untuk mengadakan program ini dengan tema “ Inovasi Kemanusiaan Peneraju Transformasi”.

2. OBJEKTIF

a)      Untuk menerapkan unsur – unsur kemanusiaan melalui aktiviti kepanitiaan dalam kalangan pelajar dan warga sekolah.

b)      Untuk memberi kesedaran kepada warga sekolah bahawa mata pelajaran yang dianggap serpihan seperti PJPK, PSV dan PSK tetap penting untuk kecergasan, kekreatifan dan pembentukan sahsiah pelajar.
c)      Untuk menunjukan kepada pelajar bahawa peluang pengajian dan kerjaya dalam bidang Kemanusiaan & Sains Sosial & Kemasyarakatan pada masa hadapan terbuka luas untuk diwarisi oleh generasi hari ini.

d)      Untuk melahirkan rasa cinta kepada negara melalui mata pelajaran Sejarah, untuk melahirkan rasa kesedaran  bertauhid kepada Allah SWT melalui Pendidikan Agama Islam, memupuk jati diri menjaga alam sekitar  melalui mata pelajaran Geografi, menerapkan  jati diri nilai dan moral  melalui mata pelajaran Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan ( PSK ), melahirkan fizikal dan mental  yang cergas dan sihat melalui Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan ( PJPK ), melahirkan pemikiran yang kreatif dan inovatif melalui mata pelajaran Pendidikan Seni dan Visual ( PSV ) dan mengamalkan jati diri Kesyumulan Islam melalui Tasawwur Islam.

e)      Untuk menunjukan bahawa Bidang Kemanusiaan merentasi sempadan negara, warna kulit, teknologi dan budaya.

f)       Untuk melahirkan warga negara yang bertanggungjawab kepada agama,bangsa dan negara.

3. KUMPULAN SASAR

Pelajar Tingkatan 1 – 5 SMK KERTEH.

4. TARIKH   

            28hb. April  – 9hb. Mei  2011.

5.TEMPAT

            SMK Kerteh.

6. PERASMIAN PENUTUPAN ( 9 MEI 2011, 8.30 PAGI, DEWAN SEKOLAH)

            En. Samsul bin Salim,
            Penolong Pegawai Pelajaran Daerah Pengurusan Akademik ( Kemanusiaan )

7. TEMA

            “ Inovasi Kemanusiaan Peneraju Transformasi

8. PRINSIP PELAKSANAAN

            Tidak membenarkan pelajar keluar daripada kelas waktu pengajaran dan pembelajaran semata-mata  
              untuk berlatih dan sebagainya.

            Sebarang latihan dan aktiviti adalah pada waktu mata pelajaran bidang kemanusiaan dan pada waktu 
             yang telah ditetapkan sepanjang Minggu Bidang Kemanusiaan sahaja.

            Sebarang urusan keluar kelas pelajar perlu dicatat dalam buku kawalan kelas.

            Pelajar-pelajar diminta membawa Buku Rekod Kehadiran Kokurikulum untuk ditandatangani oleh 
             guru yang mengurus aktiviti kepanitiaan untuk hari Selasa dan Rabu jam 2.00 - 4.30 Ptg sahaja
           


Tuesday, April 12, 2011

Minat Belajar Sejarah Biarlah bermula dari Tingkatan 1?


“Minat Berlajar Sejarah Biarlah Bermula Dari Tingkatan 1”

Terima kasih Saudari Pengerusi Majlis
Yang Berbahagia,Pn.Hajah Noraini bt haji Yaacob,Pengetua SMK Kerteh,
Yang dihormati Penolong-penolong Kanan,
Guru-guru dan rakan-rakan yang saya kasihi sekalian.                                     

Assalamualaikum Wbt.Kth..

Tuan/puan yang dihormati sekelian,

“Belajar sejarah biarlah bermula tingkatan 1”,merupakan seruan untuk mengajak saya,rakan-rakan saya,abang-abang dan kakak-kakak di tingkatan 4 dan 5 supaya minatlah untuk belajar sejarah, kerana tanpa sejarah kita akan menjadi buta,tuli dan pekak terhadap semua perkara. Kerana faktor sejarahlah bermula segala-galanya,kerana faktor sejarahlah kita berada di bumi Malaysia pada hari ini.

Terlebih dahulu,saya ingin membawa rakan-rakan menghayati terlebih dahulu perkataan dan pengertian sejarah. Istilah sejarah dikatakan berasal daripada perkataan  Arab iaitu syajaratun yang bermaksud pohon atau pokok. Syajaratun juga bermaksud salasilah riwayat, keturunan atau asal usul. Manakala maksud sejarah adalah peristiwa yang benar-benar berlaku dan terjadi. Samaada anda sedar atau tidak,walaupun anda hidup di dunia yang moden pada hari ini,sebenarnya dunia dan Negara Malaysia telah melalui beberapa zaman iaitu:

Zaman Pra-Sejarah yang terdiri daripada : 

Zaman  Paleolitik,
Zaman Mesolitik,
Zaman Neolitik dan
Zaman Logam.Tempoh masa bagi
                setiap zaman tersebut tidak sama antara satu tempat dengan satu tempat yang
                lain. Keadaan ini disebabkan  alat batu seperti alat batu Hoabinh telah wujud di
                Bukit jawa lenggong Perak,kira-kira 20000 hingga 300000 tahun dahulu iaitu
                pada awal zaman paleolitik.

Seterusnya,

Saamada anda sedar atau pun tidak Kerajaan awal di Asia Tenggara boleh dibahagikan kepada dua bentuk iaitu
                kerajaan agrarian dan kerajaan maritim. Syarahan ini akan menjelaskan
                pembentukan sesebuah kerajaan, sistem pemerintah dan pentadbiran, serta
                kegiatan ekonominya,contoh kerajaan agraria ialah kerajaan Angkor dan
                Kerajaan Furan. Manakala  contoh Kerajaan Maritim ialah kerajaan Champa,
                Kerajaan Srivijaya, Kerajaan Kedah Tua, dan Kerajaan Majapahit.

Rakan-rakan pelajar yang dihormati...

                Pernahkah kamu melawat negeri melaka !.Adakah kamu tahu mengapa melaka
                digelar melaka bandaraya bersejarah? Dalam bab ini,kita akan mempelajari
                pengasasan kesultanan melayu melaka.Selain itu,kita juga akan mengetahui
                tokoh yang mengasaskan kesultanan melayu melaka dan kesungguhannya
                membangunkan kerajaan melaka.Para sejarawan bersetuju bahawa pengasas
                kesultanan melayu melaka ialah parameswara.Melaka diasaskan oleh
                Parameswara pada sekitar tahun 1400.

                Faedah mempelajari sejarah boleh menjadi panduan dan sekali memberi iktibar
                kepada kita untuk memperbaiki sebarang kesilapan dan kesalahan yang telah
                kita lakukan.

               Semua perkara yang saya nyatakan ini terdapat dalam Buku Teks Sejarah Tingkatan 1.

               Baca lah buku sejarah

Sekian terima kasih.

Muhd Kama Asraf Bin Besar @ Kamal