welcome to pelanduk katang!

Followers

Friday, February 11, 2011

Awas pelajar tingkatan 3/2011 anda wajib lulus Sejarah 2013


Mata pelajaran Sejarah akan menjadi subjek wajib lulus di peringkat peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) mulai 2013.
Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, subjek syarat wajib lulus itu sama seperti mata pelajaran Bahasa Malaysia sebagai syarat untuk mendapatkan sijil SPM. Pengumuman itu dibuat Muhyiddin semasa menyampaikan ucapan penggulungan pada Perhimpunan Agung Umno ke-61 di sini, Sabtu. Selain itu Timbalan Presiden Umno itu berkata, kementeriannya akan membuat penambahbaikan kandungan mata pelajaran Sejarah dengan memberi penekanan terhadap aspek-aspek berkaitan Perlembagaan negara. “Ini bertujuan untuk membentuk kefahaman yang mendalam terhadap  pembentukan negara bangsa yang kita cintai ini,” katanya. Pada masa ini Sejarah merupakan mata pelajaran teras yang wajib diambil di peringkat sekolah menengah. (Sumber: mstar online)

No comments:

Post a Comment