welcome to pelanduk katang!

Followers

Saturday, May 7, 2011

NOTA SEJARAH TINGKATAN 5

salam kepada semua..

hari ini, PELANDUK akan memuat naik NOTA-NOTA PANDUAN UNTUK SEJARAH TINGKATAN 5. anda boleh mendownloadnya secara penuh dengan menekan link di bawah.

download di sini. file format .doc 

sebagai persediaan menghadapi peperiksaan yang mendatang, PELANDUK berharap agar kualiti serta kuantiti A meningkat. sekaligus menaikkan nama SEMEKER. hehe.

kepada semua, silalah download bahan-bahan nota sejarah ini. ini kerana ianya amat membantu untuk para pelajar memahami topik dengan membuat ulasan sendiri menggunakan fakta/isi yang telah disediakan.tidak perlu lah lagi membelek-belek buku TEKS SEJARAH yang tebal, dan dapat menjimatkan masa para pelajar untuk membuat revisi cepat dan tepat.
PELANDUK SEDIAKAN SECARA PERCUMA.. tanpa sebarang bayaran.. jadi cepat-cepat, rebut peluang ini.. jangan disia-siakan..

Bahan ni..sumbangan Cikgu Abdullah bin Mamat...terima kasih cikgu...

Monday, May 2, 2011

Beberapa Pengertian yang perlu difahami oleh pelajar sejarah ting 5

PERIKATAN KUASA TENGAH
Perikatan kuasa tengah atau Triple Alliance dibentuk pada tahun 1882 dan dianggotai oleh Negara Jerman, Austria – Hungary dan Itali. Perikatan ini kemudianya disertai oleh Turki dan Bulgaria.
-Sejarah Tingkatan 5 ( Bab 9 – Malaysia Dalam Kerjasama Antarabangsa)

PAKATAN BERTIGA
Terdiri daripada Britain, Perancis dan Rusia yang dibentuk pada tahun 1907, pakatan ini kemudianya disertai oleh Itali dan Jepun.
-Sejarah Tingkatan 5 ( Bab 9 – Malaysia Dalam Kerjasama Antarabangsa)

PERJANJIAN VERSAILLES
Dimeteraikan pada Jun 1919 dalam Perjanjian Damai. Perjanjian ini telah mengubah peta Eropah dan membentuk beberapa buah Negara baru. Membawa kepada pembentukan Liga Bangsa pada tahun 1919
-Sejarah Tingkatan 5 ( Bab 9 – Malaysia Dalam Kerjasama Antarabangsa)

PERKEMBANGAN DASAR LUAR MALAYSIA
Tahap Pertama  Tunku Abdul Rahman    ( 1957 – 1970)
Tahap Kedua    Tun Abdul Razak  ( 1972 - 1976)
                         Tun Hussein Onn  ( 1976 - 1981)
Tahap Ketiga     Tun Dr. Mahathir Mohamad ( 1981 - 2003)
-Sejarah Tingkatan 5 ( Bab 9 – Malaysia Dalam Kerjasama Antarabangsa)

MAPHILINDO
Cantuman nama tiga buah Negara, iaitu Malaysia, Filipina dan Indonesia.Tujuan utama penubuhannya adalah untuk meningkatkan perhubungan persahabatan dan menyelesaikan pertelingkahan antara Malaysia - Filip[ina dan Malaysia – Indonesia.

GLOBALISASI
Merujuk kepada perubahan yang menjadikan dunia tanpa sempadan yang disebabkan oleh kepesatan atau kepantasan perkembangan teknologi maklumat. Segala aspek penting dari segi ekonomi dan sosial seperti barangan, modal, tenaga manusia, kemahiran dan nilai menyeberangi sempadan dalam masa yang begitu singkat. Perubahan yang meliputi skop yang luas ini dihubungkan dengan kemajuan teknologi, khususnya dalam bidang teknologi maklumat dan komunikasi.

K - ekonomi
Ekonomi berlandaskan pengetahuan atau knowledge - based economy merujuk pada keupayaan seseorang untuk menggunakakan ilmu pengetahuan bagi mencipta satu nilai baru yang dapat membawa kemajuan.

K - masyarakat
Merujuk kepada masyarakat yang sentiasa berusaha membaiki dan memperkaya diri dengan pengetahuan agar terus dapat bersaing. Ia juga dikenali knowlwdge society ( k-society).

NEGARA PERSEKUTUAN
Malaysia ialah Negara Persekutuan. Persekutuan bermaksud penyatuan beberapa buah negeri yang mempunyai sebuah Kerajaan Persekutuan serta beberapa buah Kerajaan Negeri. Kedua - dua kerajaan ini menjalankan tugas berdasarkan kuasa yang diperuntukan dalam Perlembagaan Malaysia.
-Sejarah Tingkatan 5 ( Bab 7 - Sistem Pemerintahan dan Pentadbiran Negara Malaysia)

SENARAI PERSEKUTUAN
Memuatkan bidang kuasa Persekutuan, hanya Kerajaan Persekutuan mempunyai kuasa terhadapnya.  
Senarai Persekutuan :
Hal ehwal negeri  ( hubungan luar ).
Pertahanan,Keselamatan dalam negeri.
 Pentadbiran dan keadilan,Kerakyatan Negara.
Pilihanraya Negara.
Kewangan, perniagaan,perdagangan dan perusahaan.
Perkapalan, pelayaran dan pengangkutan.
 Jabatan Ukur, penyelidikan.
Kerja raya dan tenaga pusat.
Pelajaran.
Kesihatan.
Keselamatan buruh dan sosial.
Orang Asli dan Hal-hal lain.
 -Sejarah Tingkatan 5 ( Bab 7 - Sistem Pemerintahan dan Pentadbiran Negara Malaysia)

SENARAI NEGERI
Mengandungi bidang kuasa negeri, hanya negeri sahaja yang mempunyai kuasa terhadapnya.
Senarai negeri :
 Undang-undang Islam.
Tanah.
Pertanian dan Perhutanan.
Kerajaan Tempatan.
 Perkhidmatan tempatan.
Kerajaan negeri.
Hari Cuti negeri dan undang-undang negeri
-Sejarah Tingkatan 5 ( Bab 7 - Sistem Pemerintahan dan Pentadbiran Negara Malaysia)

SENARAI BERSAMA
Kedua-dua kerajaan Persekutuan dan Negeri mempunyai kuasa terhadapnya.
Senarainya ;
Kebajikan sosial.
Biasiswa.
Taman Negara.
Perancangan Bandar dan wilayah.
Penjagaan haiwan.
 Kesihatan dan kebersihan awam.
Parit dan tali air.
Pemulihan. H
iburan awam dan Perhubungan.
 -Sejarah Tingkatan 5 ( Bab 7 - Sistem Pemerintahan dan Pentadbiran Negara Malaysia)

Beberapa Pengertian yang perlu difahami oleh pelajar sejarah ting 5

SISTEM RAJA BERPERLEMBAGAAN
Sistem pemerintahan yang mengekalkan raja sebagai pemerintah tertinggi Negara dan negeri. Pemerintah dibantu oleh Perdana Menteri.
-Sejarah Tingkatan 5 ( Bab 7 - Sistem Pemerintahan dan Pentadbiran Negara Malaysia)

SISTEM REPUBLIK
Sistem ini menolak institusi beraja. Kerajaan diketuai oleh presiden yang dipilih oleh rakyat melalui pilihanraya. Di Perancis, Korea Selatan, India dan Filipina, presiden memegang dua jawatan, iaitu sebagai ketua kerajaan dan ketua Negara
-Sejarah Tingkatan 5 ( Bab 7 - Sistem Pemerintahan dan Pentadbiran Negara Malaysia)

Beberapa Pengertian yang perlu difahami oleh pelajar sejarah ting 5

PERLEMBAGAAN
Merupakan undang-undang tertinggi yang menjadi asas kepada pembentukan sesebuah kerajaan. Dijadikan dokumen rasmi dan didalamnya terkandung segala peraturan dan prinsip sebagai panduan kepada kerajaan untuk melaksanakan kuasanya dan mentadbir Negara. Perlembagaan Malaysia diperkenalkan pada 16 September 1963 mengandungi 183 perkara.
 -Sejarah Tingkatan 5 ( Bab 7 - Sistem Pemerintahan dan Pentadbiran Negara Malaysia)

Beberapa Pengertian yang perlu difahami oleh pelajar sejarah ting 5

RAJA BERPERLEMBAGAAN
Bermaksud sistem pemerintahan beraja mengikut peruntukan dalam Perlembagaan Malaysia.