welcome to pelanduk katang!

Followers

Sunday, February 19, 2012

Volume Kerja Bab 3 Sejarah Tingkatan 5


Bab 3 : Kesedaran Pembinaan Negara dan Bangsa

SOALAN OBJEKTIF

1.         Dalam masyarakat Melayu tradisional,bukti kewujudan kerajaan  atau 
            negeri ialah                          
(ms 65)
A             adanya institusi kerajaan                                  
B             adanya sempadan wilayah
C             adanya raja yang memerintah                       
D             ada penduduk yang mendiami wilayah

2              Antara berikut, yang manakah bukti kedaulatan berada di tangan rakyat
                dalam  sistem pemerintahan berasaskan Adat Pepatih di Negeri Sembilan?
         
 (ms 87)
I          Rakyat berhak memecat Yang Dipertuan Besar
II         Penentuan pelantikan Yang Dipertuan Besar oleh lembaga
III        Perlantikan Yang Dipertuan Besar adalah secara pemilihan
IV        Keputusan Yang Dipertuan Besar hasil rundingan dengan Undang

A             I dan II
B             II dan III
C             III dan IV
D             I dan IV

3.         Penjajah British mengubah konsep negeri atau kerajaan masyarakat 
            Melayu tradisional melalui.
(ms66)
A             pelaksanaan sistem perundangan Barat
B             pengenalan sistem birokrasi Barat
C             pelantikan pembesar berbangsa Eropah
D             penetapan sempadan setiap negeri    

4.             Apakah isu yang digunakan oleh Otto Eduard von Bismarck untuk membangkitkan semangat rakyat di medan peperangan? 
(ms 69)
A             Persamaan agama
B             Bangsa yang mulia
C             Membenci kuasa asing   
D             Persamaan rumpun bangsa


5                                - Undang-undang Pahang
                                  - Undang-undang 99 Perak
                                  - Undang-undang Tubuh   Kerajaan Johor

Apakah keistimewaan undang-undang di atas? 
(ms 80)
A             Diwarisi daripada Kesultanan Melayu Melaka    
B             Digubal oleh pemerintah negeri dengan bantuan bangsawan
C             Diiktiraf sebagai undang-undang bertulis terawal di Asia Tenggara
D             Diubahsuai daripada kitab Undang-undang Kerajaan Melayu di Jawa






SOALAN STRUKTUR


1



 








( ms 75-79)

a.

Apakah yang dimaksudkan dengan lambang kepada sesebuah negara?



i.

ii

……………………………………………………………………………………………..

.................................................................................................................................

 [ 2 markah ]


b.

Senaraikan tiga lambang alat kebesaran yang terdapat dalam Kesultanan Melayu Melaka



i

ii

iii

………………………………………………………………………………………………

………………………………………………………………………………………………..

....................................................................................................................................

[ 3 markah ]


c.

Berikan dua perkara yang terdapat dalam Undang –undang Laut Melaka



i.

ii



………………………………………………………………………………………..

…………………………………………………………………………………………
[ 2 markah ]

d.

Bagaimanakah rakyat dalam Kesultanan Melayu Melaka menunjukkan taat setia mereka terhadap raja?



i

ii

………………………………………………………………………………………….

………………………………………………………………………………………….
[ 1 markah ]


e.

Sebagai rakyat Malaysia bagaimanakah anda mempertahankan kedaulatan negara anda?



i

ii

………………………………………………………………………………………….

…………………………………………………………………………………………..
 [ 2 markah ]




[ 10 Markah ]






2.
Carta berikut berkaitan dengan perlembagaan bertulis yang terdapat negeri-negeri di Tanah Melayu sehingga awal abad ke-20.




 






( ms 80-86)

a.



i.

ii
Apakah persamaan syarat  untuk menjadi raja dalam kedua-dua perlembagaan bertulis tersebut?

……………………………………………………………………………………….

……………………………………………………………………………………….
[ 2 markah ]


b.


i.

ii
Berikan dua tanggungjawab Ahli Mesyuarat Kerajaan dalam Undang – undang Tubuh Kerajaan Trengganu

………………………………………………………………………………

………………………………………………………………………………
                                                                                              [ 2 markah ]


c.


i.

ii

Nyatakan dua tujuan kedua-dua undang-undang tersebut diperkenalkan

………………………………………………………………………………………..

…………………………………………………………………………………………
[ 2 markah ]


d.



i

ii
Pada pandangan anda , bagaimanakah cara yang digunakan  oleh kedua-dua pemerintah di Johor dan Terengganu  untuk memastikan kedaulatan negeri terjamin?

………………………………………………………………………………………….

………………………………………………………………………………………….
[ 2 markah ]


e.



i

ii
Jika anda sebagai pemimpin negara,bagimanakah anda akan mempertahankan istitusi kesultanan di negara ini agar tidak tercemar?
.
………………………………………………………………………………………….

…………………………………………………………………………………………..
 [ 2 markah ]







[ 10 Markah ]




SOALAN ESEI


1

Kesultanan Melayu Melaka pada abad ke 15 merupakan asas pembinaan negara dan bangsa Malaysia.


a
Huraikan tiga ciri - ciri negara dan bangsa dalam Kesultanan Melayu Melaka
                                                                                                                  [ 9 Markah]


b
Jelaskan unsur-unsur warisan Kesultanan Melayu Melaka yang diamalkan dinegeri-negeri Melayu di Johor, Perak dan Pahang
                                                                                                                  [ 5 Markah]


c
Pada pandangan anda, mengapakah sistem pemerintahan Negeri Sembilan  tidak mewarisi sistem pemerintahan Kesultanan Melayu Melaka ?
                                                                                                                  [6 Markah]







2
a
Bagaimanakah Kerajaan Terengganu menjalankan pentadbiran berdasarkan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Terengganu1911?
                                                                                                         [ 8 Markah]          


b
Jelaskan kandungan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Johor yang dikuatkuasakan pada tahun 1895 .                                                                                                            
                                                     [ 8 Markah]                                                                 

c
Bagaimanakah generasi muda kini dapat berperanan menjadi warganegara Malaysia yang mematuhi undang-undang Negara?

[ 4 markah ]






PERATURAN PEMARKAHAN

OBJEKTIF

1.             C              2.             C              3.             D              4.             C              5.             A

STRUKTUR

1
a


Apakah yang dimaksudkan dengan lambang kepada sesebuah Negara?



F1
F2
F3
Simbol
tanda
identiti sesebuah negara

1
1
1
[2M]

b



F1
F2
F3
F4
F5
F6
F7

Senaraikan tiga lambang alat kebesaran yang terdapat dalam Kesultanan Melayu Melaka
Alat regalia
Nobat
Warna
Bahasa
Undang- undang
Protokol
Adat istiadat istana


1
1
1
1
1
1
1
[3M]

c



F1
F2
F3
F4
F5
F6

Berikan dua perkara yang terdapat dalam Undang –undang Laut Melaka

Berkaitan dengan tatacara pelayaran dilaut
Tanggongjawab pengawal kapal
Atur cara pelayaran
Perniagaan
Bidang kuasa nakhoda kapal
Hukuman bagi kesalahan jenayah


1
1
1
1
1
1
[2M]

d



F1
F2
F3
F4

Bagaimanakah rakyat dalam Kesultanan Melayu Melaka menunjukkan taat setia mereka terhadap raja
Rakyat bersedia mempertahankan negara
Menghadiri adat istiadat kerajaan
Mengadakan gotong royong
Kerahan tenaga


1
1
1
1
[1M]

e



F1
F2
F3
F4
Sebagai rakyat Malaysia bagaimanakah anda mempertahankan kedaulatan negara anda
Taat setia kepada raja dan negara
Mempertahankan negara daripada penceroboh
Mengamalkan prinsip rukun negara
Mana-mana jawapan yang manasabah


1
1
1
1 [2M]


2
a



F1
F2
F3
F4
Berikan dua  persamaan syarat  untuk menjadi raja yang terdapat dalam kedua-dua perlembagaan bertulis tersebut.
Berbangsa Melayu
Lelaki
Beragama Islam
Waris takhta/ Sultan



1
1
1

[2M]

b



F1
F2
F3
F4
F5
Apakah tanggongjawab Ahli Mesyuarat kerajaan dalam Undang – undang Tubuh Kerajaan Trengganu
Membantu Sultan dan Jemaah menteri mentadbir negeri
Menggubal undang –undang dan peraturan negeri
Menjaga kebajikan rakyat
Menjaga keamana negeri
Menjalinkan hubungan persahabatan dengan negeri lain


1
1
1
1
1
[2M]


c



F1
F2
F3
F4
F5
F6
F7
F8
Berdasarkan pengetahuan sejarah anda, apakah tujuan kedua-dua undang-undang tersebut diperkenalkan
Membentuk kerajaan demokrasi
Menggantikan pemerintahan raja berkuasa mutlak
Memantapkan sistem pentadbiran
Menghalang British meluaskan kuasa
Menjamin pentadbiran yang berkesan
Menggambarkan kebijaksanaan pemerintah
Meningkatkan kecekapan sistem pentadbiran
Sebagai benteng  / tulang belakang mengekalkan kedaulatan
negeri



1
1
1
1
1
1
1
1

[2M]

d



F1
F2
F3

F4

Pada pandangan anda , bagaimanakah cara yang digunakan  oleh kedua-dua pemerintah tersebut  untuk memastikan kedaulatan negeri terjamin?
Waris sultan / menteri dilarang mengkhianati pemerintah negeri
Waris sultan / menteri ditegah  menyerahkan negeri kepada kuasa lain
Setiap pegawai kerajaan mesti mengangkat sumpah memberi taat setia kepada kerajaan dan raja
Raja / menteri / Jemaah Pangkuan Negeri / dilarang menyerahkan negeri kepada kuasa / kerajaan lain




1
1
1

1
[2M]

e



F1
F2
F3

F4
F5
Jika anda sebagai pemimpin negara,bagimanakah anda akan mempertahankan istitusi kesultanan di negara ini agar tidak dicemar.
Mengekalkan konsep Sistem Raja Berperlembagaan
Memantapkan kewibawaan institusi beraja di negara kita
Memberi keseimbangan kepada raja yang menaungi rakyat dan rakyat yang dinaungi oleh raja
Menanamkan semangat taat setia kepada raja terhadap generasi hari ini
Mana –mana jawapan yang manasabah

1
1
1
1
1
[2M]


ESEI

1a



F1
H1a

H1b
C1a


F2
H1a

H2b

C2a
C2b


F3
H3a
C3a


F4
H4a

C4a

F5
H5a

F6
H6a
Huraikan tiga ciri - ciri negara dan bangsa dalam Kesultanan Melayu Melaka

Mempunyai wilayah pengaruh
Menjadi tempat  tinggal rakyat yang menerima dan memperakui pemerintahan beraja
Mempunyai sempadan yang diterima umum
Mempunyai lingkungan pengaruh / empayar yang luas meliputi Tanah Melayu, dan seluruh Timur Sumatera.

Mempunyai kedaulatan
Merupakan kekuasaaan tertinggi raja terhadap rakyat yang tidak boleh dihadkan
Negar dan raja menggunkan kuasa untuk menggubal dan menguatkuasakan undang-undang.
Raja mempunyai hak mutlak terhadap rakyat
Raja bebas daripada campurtangan / paksaan / taklukan / jajahan kuasa asing

Lambang-lambang
Merupakan simbol / tanda yang menjadi identiti negara
Kebesaran raja dilambangkan melalui alat regalia / nobat / warna / bahasa / undang-undang / protokol / adat istiadat istana

Keunggulan undang-undang dalam pemerintahan kerajaan.
Undang-undang bertujuan mengawal masyarakt dan memelihar keamanan rakyat.
Terdapat dua sumber undang-undang bertulis yang dipengaruhi oleh hokum adat dan agama Islam
Mempunyai rakyat
Rakyat terikat dengan undang-undang dan peraturan yang dikuatkuasakan

Mempunyai kerajaan
Merupakan badan yang memberi kuasa menguruskan pentadbiran / menjaga keamanaan / mempertahankan kedaulatan / menjalin hubungan diplomatik
Mana-mana 9 x 1m = mak



1

1
1

1

1

1

1
1

1

1
1

1

1

1

1
1
1


1

1
 [Mak.9m]



1b


F1

F2
F3
F4
F5
F6
F7

F8

F9
F10
F11

F12
F13
F14

F15

Jelaskan unsur-unsur warisan Kesultanan Melayu Melaka yang diamalkan dinegeri-negeri Melayu di Johor, Perak dan Pahang
Sistem pemerintahan  berdasarkan sistem pemerintahan Kesultanan Melayu Melaka
Mengikut istiadat Melayu
Mengikut agama Islam / bahasa Melayu
Kerajaan Johor,Perak dan Pahang diasaskan oleh  kerabat diraja Melaka
Menggunakan gelaran sultan
Sistem  pewarisan  takhta mementingkan jurai keturunan sébelah  bapa
Putera sulung sultan dengan pemaisurinya berpeluang mewarisi takhta kerajaan
Sekiranya sultan tidak mempunyai putera, adik lelaki sultan boleh mewarisi tahta tersebut
Mengamalkan Sistem Pembesar Empat Lipatan
Perbezaannya adalah pada gelaran pembesarnya
Perbezaan ini disebabkan perubahan semasa / penyesuaian dengan keadaan tempatan
Dapat dilihat dalam kitab undang-undang Johor,Perak dan Pahang
Ketiga-tiga undang-undang itu disalin dan dipinda
berdasarkan Hukum Kanun Melaka untuk disesuaikan dengan unsur tempatan
Contohnya Undang-undang Pahang yang disusun oleh Sultan Abdul Ghapur Muhaiyuddin Syah
Mana-mana 5 x 1m = mak 6


1

1
1
1
1
1
1

1

1
1
1

1
1
1

1

[Mak. 5m]

c.

Pada pandangan anda, mengapakah sistem pemerintahan Negeri Sembilan  tidak mewarisi sistem pemerintahan Kesultanan Melayu Melaka ?



F1
F2
F3
F4
F5
F6
F7
F8

F9

F10
F11
F12
F13
F14
F15
F16
F17
F18
F19
F20
F21
F22

F23
F24
F25
Mengamalkan sistem pemerintahan  berdasarkan Adat Perpatih
Kedaulatan berada di tangan rakyat
Perlantikan pemimpin dibuat daripada peringkat paling bawah
aitu Anak Buah, diikuti oleh Buapak, Lembaga dan Undang yang kemudiannya melantik Yang Dipertuan Besar
Yang Dipertuan Besar merupakan pemerintah tertinggi
Baginda tidak berhak melantik pembesar.
Kerana perlantikan pembesar  dibuat oleh Undang, Lembaga,Buapak dan Anak Buah
Setiap  keputusan baginda adalah berdasarkan perundingan baginda dengan Undang
Negeri Sembilan dibahagi kepada daerah / jajahan yang disebut luak
Empat luak utama ialah Rembau, Sungai Ujong, Jelebu dan Johol
Ketua setiap luak utama ialah Undang
Mereka dipilih oleh Lembaga
Undang dipertanggungjawabkan  untuk melantik Yang Dipertuan Besar.
Di bawah Undang ialah  Lembaga
Dilantik oleh Buapak
Lembaga merupakan ketua suku anggota masyarakat
Lembaga bertanggungjawab terhadap suku masing-masing
Lembaga berkuasa memilih individu yang layak menjadi Undang
Buapak merupakan Ketua Perut
Setiap anggota Perut dikenali sebagai Anak Buah
Buapak menjadi rujukan bagi setiap masalah, khususnya yang berkaitan dengan adat
Sistem ini tidak mengamalkan kuasa mutlak
Tetapi mengagihkan kuasa tersebut kepada individu mengikut peringkat
Ini menunjukkan sistem pemilihan pemimpin di Negeri Sembilan  mempunyai unsur demokrasi
                                             Mana-mana 6x 1m = mak 6

1
1
1
1
1
1
1
1

1

1
1
1
1
1
1
1
1
1
1
1
1
1

1
1
1

[Mak.6m]


2a


F1
F2
F3
F4
F5
F6
F7
F8
F9

F10
F11

F12

F13
F14

 Bagaimanakah Kerajaan Terengganu menjalankan pentadbiran berdasarkan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Terengganu1911?
Masih mengekalkan amalan sistem monarki
Kedudukan istimewa agama Islam sebagai agama negeri
Pemerintahan bercorak Raja berperlembagaan
Pemerintah mesti beragama Islam/berbangsa Melayu/lelaki  waris Sultan
Sultan dibantu oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan dan Jemaah Menteri
Menteri yang menganggotai Mesyuarat Kerajaan mestilah beragama Islam,Melayu dan rakyat negeri
Mengakui taat setia kepada Sultan dan kerajaan
Majlis Mesyuarat Kerajaan diketuai Menteri Besar yang dilantik  oleh Sultan
Jemaah Menteri berhak melantik Naib Menteri Besar
Ahli Mesyuarat Kerajaan bertanggungjawab membantu Sultan dan Jemaah Menteri
Untuk mentadbir negeri/menggubal undang-undang/menjaga kebajikan rakyat/menjaga keamanan negeri
Menjalin hubungan persahabatan dengan negeri lain
Waris Sultan dan Menteri dilarang menyerahkan negeri kepada kuasa lain
                                                    Mana-mana 8 x 1m = mak 8                       


1
1
1
1
1
1
1
1
1

1
1

1

1
1
[Mak 8]
2b

Jelaskan kandungan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Johor yang dikuatkuasakan pada tahun 1895 .                                                                                                           



F1
F2
F3
F4
F5
F6

F7
F8

F9
F10
F11
F12
F13
F14

F15

F16

Keturunan Sultan sebagai pewaris takhta
Pengiktirafan orang Melayu sebagai rakyat Johor
Agama Islam sebagai agama negeri
Raja hendaklah berbangsa Melayu/lelaki/beragama Islam
Raja merupakan waris pemerintah Johor
Raja/Menteri/Jemaah Pangkuan Negeri dilarang menyerahkan negeri kepada kuasa atau kerajaan lain
Raja berhak memilih Menteri Besar
Jawatan Naib Menteri Besar ditentukan oleh Jemaah Menteri
dengan perkenan Raja
Majlis Mesyuarat Kerajaan dibahagikan dua
Majlis Negeri mempunyai kuasa perundangan
Jemaah Menteri mempunyai kuasa pelaksanaan
Majlis Negeri dipengerusikan oleh Menteri Besar
Majlis Negeri berfungsi membantu Raja dan Jemaah Menteri
Jemaah Menteri terdiri daripada lapan hingga dua belas orang pegawai kanan kerajaan
Pegawai kerajaan yang dilantik menjadi Menteri mesti mengangkat sumpah taat setia kepada Raja
Persidangan Jemaah Menteri diadakan sebulan sekali dan pada bila-bila masa
Mana-mana 8 x 1m = mak 8
1
1
1
1
1
1
1
1

1
1
1
1
1
1

1

1

1
[Mak.8m]

1c



F1
F2
F3
F4
F5
F6

Bagaimanakah generasi muda kini dapat berperanan menjadi warganegara Malaysia yang mematuhi undang –undang negara

Menanamkan semangat perasaan setia/bangga dan cinta kepada negara
Menghormati undang –undang negara kita
Mematuhi penguatkuasaan undang – undang negara
Memartabatkan  keunggulan undang-undang  negara untuk menjamin keamanan negara
Mana-mana jawapan yang manasabah
  Mana-mana 4 x 1m = mak 4



1
1
1
1
1
1
[Mak. 4m]

Peraturan Pemarkahan Tamat