welcome to pelanduk katang!

Followers

Sunday, September 30, 2012

BERSYUKUR LAH KEPADA ALLAH SWT


BAGAIMANA KITA YANG ALLAH MASIH BERIKAN TANGAN?

KEJAYAAN ANDA KEBANGGAAN KELUARGA


KEJAYAAN ANDA,KEBANGGAAN AYAH YANG TERCINTA

INDAH NYA BILA CEMERLANG DALAM PMR


WAJAH-WAJAH CERIA

SEMANGATLAH UNTUK HADAPI PEPERIKSAAN PMR 2012


Pasangan kembar suka bersaing


KUALA LUMPUR: Sikap suka bersaing sesama sendiri menjadi kunci kejayaan bagi pasangan kembar seiras Siti Nurdania Kamalul Arifin dan Siti Nurdalia Kamalul Arifin, 15, yang mendapat keputusan cemerlang dalam Penilaian Menengah Rendah (PMR).
Siti Nurdania dan pasangan kembar seirasnya, Siti Nurdalia antara 138 pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Aminuddin Baki di sini, yang memperoleh 8A dalam peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) yang diumumkan semalam. Pasangan kembar itu menyifatkan kejayaan mereka hasil usaha gigih selain sentiasa menyokong antara satu sama lain dan memperuntukkan dua jam tambahan untuk belajar secara berkumpulan dengan rakan lain.

Bagaimanapun, Siti Nurdania berkata, dia tidak menyangka mendapat keputusan A dalam semua mata pelajaran memandangkan ketika peperiksaan percubaan dia hanya mendapat 3A berbanding kakaknya, Siti Nurdalia yang mendapat 5A.
“Saya agak kecewa dengan keputusan percubaan dan berazam mendapat keputusan lebih baik dengan memperbanyakkan latihan serta mengikuti kelas tambahan.

“Kami juga selalu mengulang kaji pelajaran di rumah bersama-sama selain saling memberi tunjuk ajar bagi memantapkan pemahaman dalam setiap mata pelajaran,” katanya yang tinggal Shah Alam.

Ibu, 7 beradik beri semangat bangkit semula 
SEREMBAN: “Walaupun usaha dan semangat belajar sedikit luntur selepas kehilangan ayah menjelang peperiksaan, namun saya tetap tabah mengharunginya dan ternyata membuahkan hasil,” kata Siti Nurbashirah Shafie, 15, yang memperoleh 8A dalam Penilaian Menengah Rendah (PMR) diumumkan, semalam.
Menurut pelajar Kolej Tunku Kurshiah (KTK) itu, keputusan peperiksaan akhir tahun yang kurang memuaskan berikutan terlalu sedih dengan pemergian bapanya, Shafie Husain, 68, menjadi pembakar semangat kepadanya untuk bangkit semula.

“Saya sebelum ini hampir patah semangat kerana ayah yang menghidap sakit jantung pergi meninggalkan kami sekeluarga ketika PMR semakin dekat hingga turut memberi kesan kepada pelajaran saya.
“Bagaimanapun, berbekalkan dorongan ibu dan tujuh adik-beradik lain, saya mendapat semangat baru untuk memberi tumpuan dalam PMR hingga berjaya dengan cemerlang,” katanya ketika ditemui Harian Metro, di sini.

Hadir sama, Pengetua Cemerlang KTK, Che Kamaliah Endud dan ibunya, Maznah Ali, 58.

Siti Nurbashirah dari Machang, Kelantan, berkata dia bersyukur dengan keputusan itu dan turut membuktikan bahawa sekali gagal tidak bermakna akan gagal selamanya.
“Saya berharap ini titik permulaan untuk terus bangkit daripada kegagalan dan mencapai kejayaan lebih manis kelak berbekalkan doa ibu dan keluarga,” katanya.

Selain puluhan pelajar lain, kegembiraan itu turut dikongsi anak perempuan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kota, Datuk Dr Awaludin Said yang turut memperoleh keputusan cemerlang 8A bagi semua mata pelajaran diambil.
Menurut Nur Nadia, 15, dia sentiasa tekun berusaha untuk belajar setiap masa dan tidak hanya berbuat demikian ketika menjelang peperiksaan.

“Selain itu, saya bersyukur kepada Allah kerana dikurniakan kedua ibu bapa yang sentiasa memberi sokongan dan motivasi untuk membantu berjaya dalam pelajaran bermula sejak kecil lagi.

“Saya berharap kejayaan ini akan berterusan ke peringkat lebih tinggi kelak dan tidak mahu menghampakan mereka,” kata anak keempat daripada lima beradik itu yang bercita-cita menjadi doktor.

Sementara itu, Dr Awaludin yang turut gembira berkata, beliau sememangnya sentiasa mahu memberi pendidikan terbaik kepada semua anaknya termasuk dalam bidang kokurikulum bagi memastikan masa depan mereka lebih cerah dan terjamin.
‘Bimbing satu sama lain’
KUALA LUMPUR: Belajar berkumpulan dan memberi tumpuan sepenuhnya ketika guru mengajar menjadi resipi utama kejayaan empat sahabat karib yang memperoleh keputusan 8A dalam Penilaian Menengah Rendah (PMR) yang diumumkan semalam.
Mereka antara 24 daripada 247 pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bukit Bandaraya, di sini, yang mencatatkan keputusan semua A bagi setiap mata pelajaran sentiasa mengadakan perbincangan supaya lebih memahami subjek itu.

Nadia Asyikin Muhamad Rabun, Nurul Nadiah Amiruddin, Maizatul Asyirah Makhtar dan Nurshahida S Saleh berkongsi detik kegembiraan itu selepas berusaha gigih bagi memastikan mereka mencapai keputusan cemerlang.
Nadia Asyikin berkata, mereka memastikan mengulang kaji pelajaran bersama setiap minggu kerana berpendapat kaedah itu lebih efektif dan mudah berikutan jika tidak memahami sesuatu tajuk rakan sedia membantu.

“Selain itu, jika tidak faham mengenai sesuatu mata pelajaran, kami bertanyakan kepada guru. Untuk berjaya kita tidak boleh malu bertanya dan kami membimbing satu sama lain demi kejayaan bersama.

“Sebelum ini, kami memang mempunyai impian untuk cemerlang dalam PMR namun tidak menyangka impian itu menjadi kenyataan berkat usaha, doa dan dorongan guru serta keluarga,” katanya ketika ditemui selepas keputusan PMR diumumkan.
Bagi Maizatul Asyirah, kejayaan mereka hasil usaha gigih berpanjangan selain restu guru serta ibu bapa yang sentiasa memberi dorongan dan motivasi kepada mereka untuk terus berjaya dalam peperiksaan.

“Saya berhasrat menyambung pelajaran di sekolah berasrama penuh (SBP) atau Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) pada tahun depan selain berharap dapat menuntut di sekolah sama.
“Kejayaan saya hari ini juga hadiah untuk keluarga dan guru yang tidak jemu mendidik serta menasihati kami,” katanya.
Dugaan si kembar
JOHOR BAHRU: “Walaupun terpaksa berjauhan dengan adik yang terpaksa mengambil ujian Penilaian Menengah Rendah (PMR) di hospital akibat disyaki menghidap denggi, kami berdua tetap saling berhubung dan memberi semangat,” kata seorang daripada kembar seiras yang meraih keputusan cemerlang 9A.
Ameera Budiono, 15, dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sultan Ismail menyifatkan kejayaannya anugerah tidak ternilai apatah lagi kenangan manis itu turut dikongsi bersama adik kembarnya Athirah yang turut meraih 9A.

“Dugaan berjauhan ketika menduduki PMR kenangan amat pahit buat kami berdua sedangkan sebelum ini semua perkara dilakukan bersama apatah lagi terpaksa berpisah ketika dia sakit,” katanya.
Sementara itu, Athirah berkata, dia bersyukur meskipun berdepan kepayahan ketika menduduki peperiksaan dalam keadaan tidak selesa, dia dapat menempuhnya dengan baik.

“Pada awalnya saya hampir berputus asa serta amat tertekan. “Bagaimanapun, saya semakin bersemangat apabila kakak dan keluarga sering memberi galakan.

“Kejayaan ini memang tidak dijangkakan dan ia berkat usaha kedua-dua orang tua saya yang tidak jemu mendoakan kami,” katanya.
Pasangan kembar yang berhasrat menjadi pensyarah itu berkata, sama seperti pelajar lain, selain menumpukan sepenuh perhatian dalam kelas dan menelaah pelajaran, mereka juga tidak mengabaikan solat serta sering berbincang dengan rakan.

SMK Sultan Ismail antara penerima anugerah Sekolah Cemerlang bagi kategori Sekolah Kawalan di Johor.
Murid terbaring cemerlang
MELAKA: Walaupun terpaksa belajar di sekolah dalam tempoh enam jam dalam posisi berbaring di atas kerusi roda dan hanya mampu menggerakkan tangan serta kepalanya, namun ia bukanlah penghalang buat Hazman Shahir Samsul Kamar, 15, untuk memperoleh keputusan membanggakan pada Penilaian Menengah Rendah (PMR) 2011 yang diumumkan, semalam.
Pelajar tingkatan tiga Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dato’ Dol Said, Alor Gajah itu mampu membuktikan kecacatan yang dialaminya akibat penyakit ‘spinal muscular atrophy type II’ sejak berusia lapan bulan bukanlah mustahil untuk memperoleh keputusan 5A 3B 1C.

Keputusan diperoleh itu mendapat A untuk Bahasa Inggeris, Geografi, Pendidikan Islam, Matematik, Kemahiran Hidup Bersepadu (Teknikal) dan B bagi Bahasa Melayu, Sejarah serta Sains sementara C bagi Bahasa Arab.
Anak sulung daripada empat adik beradik itu membuatkan ibunya, Haslina Hassan, 41, berbangga buat kali kedua selepas berjaya mengulangi pencapaian baik selepas mencapai 4A 1B dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) yang didudukinya pada 2008.

Menurutnya, dia amat bersyukur dengan kejayaan itu kerana mampu membuktikan kekurangan pada dirinya bukanlah penghalang untuk belajar bersungguh-sungguh.

Katanya, kejayaan dicapai itu juga tidak akan tercapai tanpa pengorbanan ibunya dan bantuan guru serta rakan sekelas yang banyak membantu.
“Rakan sekelas banyak membantu saya mengambil buku dan menyalin nota serta membantu pergerakan saya yang terbatas.

“Saya hanya mampu baring sepanjang masa di atas kerusi roda dan jika di rumah, saya mengulangkaji pelajaran dalam keadaan sama serta memperuntukkan tempoh tiga jam untuk itu,” katanya selepas menerima penghargaan istimewa Jabatan Pelajaran Negeri yang disampaikan Exco Pelajaran, Belia dan Sukan negeri, Datuk Gan Tian Loo dan Timbalannya, Datuk Ab Rahaman Ab Karim serta Pengarah JPNM, Datuk Mohamad Yusoff Osman, semalam.
Terdahulu sebelum itu majlis penyampaian sijil penghargaan istimewa dan keputusan PMR itu diadakan di Auditorium Rumah Media, Ayer Keroh, di sini.

Hazman Shahir berkata, pencapaian baik dalam PMR ini adalah didorong usaha dan iltizam dalam dirinya untuk bersaing dengan pelajar lain di sekolahnya.

Katanya, dia belajar di sekolah aliran perdana dengan semua pelajarnya adalah golongan normal, tetapi dia bertekad untuk membuktikan dirinya mampu melakukan setanding dengan rakan lain.

“Bagi saya kecacatan bukanlah penghalang. Usaha dilakukan ini adalah bagi memberi motivasi kepada rakan lain dengan keadaan fizikal mereka yang normal dan mereka mampu melakukan lebih baik daripada saya.

“Mereka (yang normal) perlu bersyukur dengan apa yang dikurniakan terhadap mereka dan sepatutnya menggunakan kelebihan yang ada itu,” katanya yang bercita-cita menjadi pereka grafik dan menjadikan Pengerusi Microsoft, Bill Gates sebagai idolanya.

Sementara itu, Haslina ketika ditemui berkata, setiap hari rutinnya adalah menghantar anaknya ke sekolah dari rumahnya di Durian Tunggal, di sini, pada jarak 12 kilometer dan menunggu sehingga jam 10 pagi sebelum pulang ke rumah dan mengambilnya semula jam 2 petang.

Katanya, dia memang memberikan dorongan tinggi kepada anaknya ini untuk mencapai keputusan baik dalam PMR atau apa saja peperiksaan didudukinya sebagai cara bagi memberi semangat kepada dirinya untuk menempuh kehidupannya akan datang.

“Saya tidak mahu anak hanya terbaring saja. Dia perlu berusaha dan melakukan sesuatu untuk bangkit bagi masa depannya dan bukan seorang orang kelainan upaya (OKU) yang hanya menunggu ajalnya.

“Saya bersyukur kerana Hazman mampu membuktikan kepada semua orang dia boleh berjaya dalam kehidupannya.

“Saya amat kagum dengan semangatnya kerana mampu melakukan yang terbaik serta membanggakan saya,” katanya selain Hazman anak ketiganya, Muhammad Azwan Syarief, 12, turut menghidap penyakit sama seperti abangnya.
Usaha, doa perlu seiring
SEPANJANG minggu lalu, boleh dikatakan jadual saya padat dengan pelbagai undangan bagi majlis bacaan Yassin dan solat hajat khusus bagi pelajar yang bakal menduduki peperiksaan.
Ini sekali gus membuktikan pelajar, khususnya yang bakal menduduki Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR), Penilaian Menengah Rendah (PMR), Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) memasuki fasa ‘demam peperiksaan’.

Dalam kesibukan menjalankan tugas seharian, sempat juga saya menelefon beberapa sahabat imam muda (IM) lain seperti IM Nazrul dan IM Fakrul bagi bertanyakan khabar sekali gus memastikan hubungan silaturahim yang ‘tercipta’ dalam program Imam Muda Dua itu tidak terputus begitu saja.
Daripada perbualan bersama mereka, saya dapati mereka juga sibuk dengan undangan program yang hampir serupa.

Saya juga terharu kerana ada pelajar menghantar komen berunsur kecewa di laman facebook saya ‘Kelab Penyokong Imam Muda Hassan’ kerana tidak berpeluang mengikuti program bacaan Yassin dan solat hajat di bawah kendalian saya.

Oleh kerana ruangan masa terhad, jujur memang saya tidak mampu memenuhi pelbagai undangan sama ada di sekolah atau masjid bagi mengendalikan program seperti itu.
Justeru, coretan kali ini, saya tujukan khas untuk adik-adik yang bakal menghadapi peperiksaan tahun ini.

Secara amnya, saya menyokong mana-mana penganjuran program bacaan Yassin dan solat hajat untuk pelajar yang menduduki peperiksaan.
Sebaik-baiknya program seumpama ini hendaklah diperbanyakkan lagi supaya masjid dan surau sentiasa kekal dalam keadaan ‘Imarah’.

Bagaimanapun, saya terpanggil untuk mengutarakan beberapa perkara kurang molek yang mungkin boleh diperbaiki lagi bagi mendapat kualiti amalan terbaik.

Ini kerana, dalam satu program bacaan Yassin dan solat hajat yang saya hadiri, perkara paling nyata yang dapat dilihat apabila ada ibu bapa hanya datang menghantar anak di pintu pagar masjid dan kemudian terus pulang ke rumah.

Selesai program, macam biasa, ibu bapa datang kembali menjemput pulang anak mereka.

Sama seperti hantar anak pergi tuisyen, mereka tidak ikut serta dalam program dianjurkan. Mungkin bagi mereka, ini program anak, bukan program ibu bapa.

Sebenarnya, program bacaan Yassin dan solat hajat seperti dianjurkan itu bukan semata-mata untuk pelajar tetapi yang lebih penting ialah pembabitan ibu bapa pelajar.

Ibu bapa sepatutnya bijak mengambil ruang dan peluang memanfaatkan program seperti ini untuk mengeratkan hubungan anak beranak.

Mereka sepatutnya sedar mengenai peranan mereka dan sesungguhnya doa daripada ibu bapa lebih afdal dan lebih mustajab di sisi Allah SWT.

Hal ini dinyatakan dalam sebuah hadis Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Ibnu Majjah yang menegaskan, tiga golongan jika berdoa pasti dimakbulkan (oleh Allah) iaitu orang dizalimi, orang musafir dan doa ibu bapa kepada anaknya.

Saya masih ingat sewaktu belajar dulu, tatkala tiba ambang peperiksaan, saya cuba sedaya upaya untuk pulang ke kampung berjumpa ibu.

Saya minta ibu doakan kesihatan fizikal dan ketenangan diri saya sepanjang menghadapi peperiksaan dan lazimnya ibu berpuasa sunat sebagai usaha dan tanda sokongannya kepada saya.

Alhamdulillah, saya bersyukur kerana mendapat ibu yang benar-benar kasih dan mengambil berat mengenai diri saya.

Di sudut lain pula, saya selalu lihat adik-adik yakni pelajar yang hadir ke program itu berebut-rebut mengambil botol air yang dibacakan Yassin. Ada juga ibu bapa yang datang membawa beberapa bekas dan botol air besar sebagai tambahan untuk dibacakan Yassin.

Air ini selalunya dirujuk sebagai air penerang hati. Bagi minum kepada anak yang bakal menduduki peperiksaan supaya hati mereka terang dan senang jawab kertas soalan.

Namun, adakah ini betul? Benar, air sering digunakan sebagai medium perubatan, begitu juga dalam amalan perubatan Islam. Dalam sebuah hadis daripada Ibn Umar RA menyatakan, Rasulullah SAW pernah bersabda yang bermaksud: “Sesungguhnya demam itu atau demam yang berat itu berpunca daripada bahang api neraka. Jadi, sejukkanlah ia dengan air.” (Riwayat Muslim, 5882) Ia jelas kepada kita bahawa amalan ini tidak bertentangan dengan ajaran Islam selagi mana menggunakan bacaan ayat suci al-Quran sebagaimana dinyatakan Allah dalam firman-Nya menerusi surah Al-Isra ayat 82 yang bermaksud: “Dan Kami turunkan daripada Al-Quran itu sesuatu yang menjadi penawar dan rahmat bagi orang yang beriman.” Kajian saintifik profesor Universiti Yokohama, Jepun, Dr Masaru Emoto menghuraikan hasil kajian menakjubkan apabila molekul air yang dibacakan ayat suci al-Quran akan membentuk seperti berlian berkilauan cantik bercahaya berbanding air biasa.

Justeru, air yang memiliki sifat molekul baik ini jika diminum akan bercampur dengan kandungan air dalam badan kita (badan manusia mengandungi di antara 55 hingga 75 peratus air) dan dengan izin Allah mampu memberi kesan positif kepada mereka yang meminumnya.

Namun, sekali lagi saya ingin menegaskan kepada adik-adik, meminum air penerang hati ini, tetapi belajar ala kadar saja, ia bukan faktor penentu kejayaan.

Minum air penerang hati hanya sebagai ikhtiar untuk berjaya tetapi perkara paling utama adalah, kita tetap kena tekun membuat latihan dan mengulang kaji pelajaran untuk cemerlang dalam peperiksaan.

Ingat, kehadiran saya sebagai Imam Muda bagi menjayakan majlis bacaan Yassin dan solat hajat hanya sebagai daya penarik atau ‘catalyst’ yang diharapkan mampu membakar semangat dan motivasi adik-adik.

Bukan disebabkan saya hadir mengimamkan solat dan doa yang saya bacakan membuatkan adik-adik lulus cemerlang.

Semuanya dengan izin Allah dan seperti saya katakan tadi, ia hanya satu daripada usaha untuk kita berjaya.

Paling penting, lakukan sesuatu dengan niat kerana Allah dan bukan kerana ingin menunjuk-nunjuk, untuk membalas dendam atau sebagainya.

Baru-baru ini saya menerima e-mel daripada seorang pelajar yang bertanya mengenai pengalamannya melihat beberapa rakan suka melawan cakap orang tua, tidak menunaikan solat dan terbabit dengan pergaulan bebas, tetapi tetap berjaya dengan cemerlang dalam peperiksaan.

Pelajar ini seakan-akan kecewa kerana selama ini dia bekerja keras menelaah dan mengulang kaji pelajaran serta taat dengan perintah agama, tetapi keputusan peperiksaannya tidak seperti diharapkan.

Dalam hal ini saya suka berpesan kepada adik-adik, jangan kita sesekali bersangka buruk kepada Allah. Ini kerana perkara begini selalunya dirujuk sebagai ‘Istidraj’.

Jadi, apa itu Istidraj? Istidraj adalah perkara luar biasa yang dikurniakan Allah kepada seseorang tetapi dengan tujuan mungkin Allah ingin membinasakannya. Selalunya mereka yang berjaya cemerlang tetapi ingkar dengan perintah Allah… hidup mereka tidak tenang dan tenteram.

Ilmu yang ada tidak memberi manfaat dan kebaikan dalam hidup mereka. Bahkan kebijaksanaan yang mereka dimiliki hanya merosak dan menyesatkan orang lain.

Akhir kalam, sentiasalah kita bermohon kepada-Nya ketika senang mahupun susah tanpa jemu. Bila doa kita akan dimakbulkan, bukan urusan kita. Itu urusan Allah.

Imam Al Qardawi pernah menyatakan hal ini iaitu: “Penerimaan Allah terhadap sesuatu doa ada syaratnya. Makbulnya doa ada jangkamasa dan ada waktunya tertentu. Allah SWT akan makbulkan doa orang pada waktu yang dikehendaki-Nya dan dengan cara yang dikehendaki-Nya.”

Friday, September 28, 2012

iklan helmet sejarah


“MEREKA YANG
MELUPAI SEJARAH AKAN MENGULANGI KESILAPAN YANG SAMA”.

SEJARAH MERUPAKAN PENYELIDIKAN TENTANG PERKARA YANG TELAH BERLAKU
- Ahmad Fauzi bin Mohd Basri, Mohd.Fo’ad bin Sakdan dan Azami bin Man. 2002. Buku Teks Sejarah Tingkatan 1 KBSM. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.....m/s 4.

“Rasanya banyak kebaikan menggunakan HELMET semasa menunggang motorsikal...Betul tak” ?


Pesanan Ikhlas
Panitia Sejarah 
 Ingat “Sokmo”  Cikgu  Pesan
 Sejarah  Mesti  A dan A+  Sahaja