welcome to pelanduk katang!

Followers

Wednesday, February 9, 2011

SOALAN PBS GEOGRAFI PMR 2011

LEMBAGA PEPERIKSAAN KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
PENILAIAN MENENGAH RENDAH 2011 23/2 GEOGRAFI
KERJA KURSUS



1. Kerja Kursus ini mengandungi dua tugasan: Tugasan 1 dan Tugasan 2.
2. Setiap tugasan disertakan dengan Panduan Penskoran.
3. Pilih sama ada Tugasan 1 atau Tugasan 2.
4. Calon dikehendaki melaksanakan tugasan tersebut berdasarkan kriteria penskoran yang ditetapkan.
5- anda boleh mendapatkan PANDUAN KRITERIA PENSKORAN dengan mendownload di link yang disediakan di akhir entri ini.





TUGASAN 1: PENCEMARAN ALAM SEKITAR

Calon dikehendaki menjalankan satu kajian tentang pencemaran alam sekitar di kawasan kajian.
Kajian tersebut mestilah merangkumi perkara-perkara berikut:
• Konsep pencemaran alam sekitar
• Jenis pencemaran alam sekitar
• Punca pencemaran alam sekitar
• Kesan pencemaran alam sekitar
• Cadangan untuk mengurangkan kesan pencemaran alam sekitar
• Penerapan nilai atau unsur patriotisme dalam dapatan kajian

ATAU


(TELEKOMUNIKASI)

Calon dikehendaki menjalankan satu kajian tentang perkambangan sistem perhubungan (telekomunikasi) di kawasan kajian.
Kajian tersebut mestilah merangkumi perkara-perkara berikut:

• Konsep dan jenis sistem perhubungan
• Faktor yang mempengaruhi perkembangan sistem perhubungan
• Kepentingan sistem perhubungan
• Kesan negatif perkembangan sistem perhubungan
• Cadangan untuk mengurangkan kesan perkembangan sistem perhubungan
• Penerapan nilai atau unsur patriotisme dalam dapatan kajian





TEMPOH- Januari – Julai




ARAHAN KEPADA CALON
Calon hendaklah merujuk kepada Buku Panduan Pelaksanaan Dan Penilaian Kerja Kursus Geografi 23/2 dalam pelaksanaan kerja kursus ini.




1. Calon PMR wajib melaksanakan Kerja Kursus Geografi.


2. Calon dikehendaki merancang dan melaksanakan Kerja Kursus Geografi dari bulan Februari hingga bulan Julai berpandukan senarai semak.


3. Calon hendaklah mendapatkan bimbingan guru dalam pemilihan tugasan. Kajian
hendaklah dijalankan di tempat tinggal atau kawasan sekolah calon yang tidak melebihi 5 kilometer persegi.


4. Calon mesti melaksanakan kesemua aspek kerja kursus untuk mencapai tahap 


Kod 1: Cemerlang,
Kod 2: Kepujian atau 
Kod 3: Memuaskan. 


Calon yang tidak menulis laporan dapatan kajian akan mencapai 
Kod 4: Mencapai sebahagian tahap penguasaan minimum.


5. Calon digalakkan menggunakan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) untuk mencari dan mengumpul fakta geografi.


6. Calon boleh melaksanakan kajian secara berkumpulan tetapi hasil kerja mestilah secara individu.


7. Fakta geografi yang dikumpul hendaklah didokumentasikan dalam bentuk laporan dapatan kajian. Laporan dapatan kajian hendaklah dihasilkan dalam bentuk esei tidakkurang daripada 400 patah perkataan mengikut format yang ditetapkan.


8. Hasil kerja kursus hendaklah ditulis tangan, ditaip atau menggunakan komputer pada kertas saiz A4 sahaja. Penulisan menggunakan komputer hendaklah dengan fon Times New Roman, saiz 12 dengan langkau 2.0. Penggunaan komputer dalam kajian tidak mempengaruhi pemarkahan.


9. Huraian calon dalam laporan kajian mestilah tepat, lengkap dan berkaitan kawasan kajian.


10. Hasil kerja kursus calon mestilah merupakan hasil usaha sendiri dan tidak ditiru daripada mana-mana pihak.


11. Maklumat peribadi calon hendaklah ditulis di halaman hadapan laporan.


12. Rujukan hendaklah ditulis dengan format penulisan yang betul.


13. Penilaian proses kerja calon akan dilakukan sepanjang masa kerja kursus dilaksanakan.


14. Penilaian dan pemberian markah dilakukan selepas pelaksanaan setiap aspek. Penskoran hasil kerja calon dilakukan pada bulan Julai 2011.




ANDA BOLEH MENDOWNLOAD PANDUAN KRITERIA PENSKORAN UNTUK MELAKSANAKAN KERJA KURSUS DENGAN MENEKAN LINK DI BAWAH:






file format: (.pdf)- open with adobe reader
23 helai mukasurat. baca dengan teliti.

No comments:

Post a Comment