welcome to pelanduk katang!

Followers

Saturday, January 12, 2013

Friday, January 11, 2013

Subjek Pendidikan Sivik Dan Kewarganegaraan(PSK)


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...
Hari ini genap 8 hari kita bersekolah pada tahun 2013.Banyak subjek yang telah dipelajari di sekolah.Antaranya subjek PSK...Sekali fikir subjek PSK agak membosankan,namun 2 kali fikir subjek ini jika diajar dan diguna semaksima mungkin banyak faedah yang diperolehi oleh pelajar.Ia merentas semua subjek..contohnya pelajar tingkatan 2 mempelajari tentang kecemerlangan diri dalam tema 1.Bab ini mengisahkan tentang orang-orang yang telah berjaya dalam hidup.Seperti Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz,Nur Amalina Che Bakri dan Dato Azhar Mansur...KISAH MEREKA BOLEH DIJADIKAN TAULADAN...BACA LAH...TERIMA KASIH KEPADA SYAFIQ AIMAN DARI TINGKATAN 2B2 YANG TELAH MENYEDIAKAN BAHAN BANTU INI UNTUK TATAPAN RAKAN-RAKAN DI TINGKATAN 2...SEMOGA USAHA ANDA AKAN MENDAPAT GANJARAN DARIPADA ALLAH SWT...  
 


Nur Amalina Che Bakri









 

Nur Amalina Che Bakri adalah merupakan anak tunggal kepada pasangan Sabariah Hassan seorang guru dan bapanya Che Bakri seorang jurutera DBKL. Beliau mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan SPM 2004 dengan memperoleh 17A1. Nur Amalina berjaya mendapat A1 dalam 17 mata pelajaran iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sejarah, matematik Moden, Biologi, Kimia, Fizik, Ekonomi Asas, Perdagangan, Prinsip Akaun, Sains Teras, Pendidikan Seni, Tasawur Islam, Kesusasteraan Melayu, Bahasa Inggeris Teknologi, Pendidikan Islam dan Matematik Tambahan. Beliau bercita-cita untuk menjadi pakar perbidanan dan sakit puan 


Beliau belajar dan mengulangkaji pelajaran melalui televisyen dan internet. Beliau meminati program-program realiti televisyen seperti siri Fear Factor, The Apprentice, National Geographic dan Discovery Channel kerana beliau sukakan sesuatu yang mencabar dan menjadi inspirasi lepada beliau. Beliau sentiasa melayari intenet untuk mendapatkan maklumat-maklumat terkini dalam pelbagai perkara serta mempunyai kenalan terdiri dari pelajar luar negara untuk bertukar-tukar pandangan dan pendapat.


Beliau mendapat pendidikan awal di Tadika Farley’s Kota Bharu sebelum menyambung pelajaran di Sekolah Rendah Kebangsaan Zainab 1, Kota Bharu (darjah 1), Sekolah Kebangsaan Taman Suria, Johor Bharu (darjah 2-4), Sekolah Kebangsaan Taman Daya, Johor Bharu (darjah 5) dan Sekolah Kebangsaan Ulu Tiram (darjah 6). Beliau pernah menyertai 50 pertandingan seperti sayembara puisi dan lagu, pidato, syarahan, bercerita, kuiz, melukis, menggubah, bersajak dan pernah dimahkotakan sebagai Tokoh Nilam Peringkat Kebangsaan 2004 serta Johan Pidato Permodalan Nasional Berhad. Beliau juga merupakan Naib Pengerusi Kelab Bimbingan dan Kaunseling, Setiausaha Persatuan St. John Ambulans, Setiausaha Pasukan Rumah Kuning, Naib Bendahari Kelab Pencegah Jenayah dan Ketua Pasukan Badminton sekolah semasa beliau di tingkatan 1 hingga tingkatan 5. Semangat dan cita-citanya yang tinggi untuk mencapai kejayaan tidak menghalang beliau bergiat aktif dalam bidang kokurikulum.


Kejayaan beliau dalam peperiksaan SPM 2004 juga adalah berasaskan kepada inisiatif beliau yang suka berjumpa guru untuk berbincang mengenai pelajaran serta mempunyai keyakinan yang kuat untuk berjaya. Beliau akan melanjutkan pengajian peringkat A-Level di United Kingdom pada September 2005 dalam bidang perubatan yang amat beliau minati. Pengajian beliau akan dibiayai sepenuhnya oleh Bank Negara Malaysia.

























                              TAN SRI DR ZETI AZIZ

Tan Sri Dato’ Sri Dr. Zeti Akhtar Aziz dilantik sebagai Gabenor Bank Negara Malaysia pada Mei 2000. Beliau berkhidmat di Bank Negara Malaysia sejak 1985, dan kerjaya beliau meliputi beberapa jawatan kanan dalam polisi monetari dan kewangan serta pengurusan rizab. Dr. Zeti mempengerusikan penggubalan Pelan Induk Sektor Kewangan, satu pelan 10 tahun bagi pembangunan sistem kewangan Malaysia. Sepanjang tempoh beliau sebagai Gabenor, Dr. Zeti turut menyelia transformasi sistem kewangan yang melibatkan pembaharuan kewangan yang meluas, penubuhan institusi kewangan baru, pengukuhan pasaran kewangan dan peralihan kepada apungan terurus kadar pertukaran asing Ringgit. Beliau juga terlibat dalam pembangunan kewangan Islam antarabangsa.

Dalam mempromosikan inisiatif integrasi serantau, Dr. Zeti mempengerusikan Pasukan Kerja bagi Kerjasama Serantau antara Bank-bank Pusat di Asia diExecutives' Meeting of East Asia-Pacific Central Banks (“EMEAP”) untuk membentuk pelan tindakan kerjasama kewangan pada masa hadapan di rantau tersebut. Beliau juga ahli Kumpulan Urus Tadbir Bank Pusat Bank for International Settlements (“BIS”) sejak 2001. Dr. Zeti juga merupakan salah seorang ahli pengasas Majlis Perundingan Asia BIS dan kini adalah Pengerusi Majlis. Dr. Zeti menerima Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) dalam bidang Ekonomi dari Universiti Malaya.  

















Thursday, January 3, 2013

Salam

Salam....Selamat memulakan sesi persekolahan 2013...