welcome to pelanduk katang!

Followers

Wednesday, February 9, 2011

SOALAN PBS SEJARAH TING 3 2011

LEMBAGA PEPERIKSAAN KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
PENILAIAN MENENGAH RENDAH 2011 21/2 SEJARAH
KERJA KURSUS (Kertas 2)







TUGASAN 1-
Anda ditugaskan membuat kajian berkaitan institusi pentadbiran tempatan yang terdapat di negara kita berdasarkan satu daripada tajuk berikut:
(i) Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)*
(ii) Rancangan Pembangunan Tanah dan Wilayah*
(iii) Pentadbiran Komuniti Setempat*
(* Rujuk Lampiran)

DAN

TUGASAN 2-
Tulis satu esei tidak kurang daripada 100 patah perkataan yang mengandungi pengamalan unsur patriotisme berdasarkan soalan di bawah.
Soalan:
Bagaimanakah institusi pentadbiran tempatan dapat memperkukuh integrasi nasional di negara kita?




TEMPOH KAJIAN- Februari hingga Julai




1. Kertas ini mengandungi dua tugasan.
2. Tugasan 1(a) untuk Elemen 1, Tugasan 1(b) untuk Elemen 2 dan Tugasan 2 untuk Elemen 3.
3. Calon mesti melaksanakan semua tugasan (Tugasan 1 dan Tugasan 2).








ARAHAN KEPADA CALON


1. Calon PMR wajib melaksanakan Kerja Kursus Sejarah.


2. Calon dikehendaki merancang dan melaksanakan Kerja Kursus Sejarah dari bulan Februari hingga bulan Julai 2011 berpandukan senarai semak.


3. Calon hendaklah mendapat bimbingan guru dalam pemilihan tajuk kajian. Tajuk kajian mestilah berkaitan dengan negara kita Malaysia.


4. Calon mesti melaksanakan ketiga-tiga elemen untuk mendapat tahap pencapaian Kod 1, Kod 2 atau Kod 3. Sekiranya calon hanya melaksanakan satu atau dua elemen sahaja, calon hanya layak mendapat Kod 4.


5. Calon digalakkan menggunakan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) untuk mencari dan mengumpul fakta sejarah.


6. Calon boleh menjalankan kajian secara berkumpulan tetapi hasil kerja mestilah secara individu.


7. Fakta sejarah yang dikumpul untuk Elemen 1 hendaklah didokumentasikan bersama-sama hasil Elemen 2 dan Elemen 3.


8. Hasil kerja kursus calon mestilah merupakan hasil usaha sendiri dan tidak ditiru daripada mana-mana pihak.


9. Elemen 2 hendaklah dihasilkan dalam bentuk esei tidak kurang daripada 15 halaman mengikut format yang ditetapkan.


10. Hasil kerja kursus calon hendaklah ditulis tangan, ditaip atau menggunakan komputer. Penulisan menggunakan komputer hendaklah dengan fon Times New Roman, saiz 12 dengan langkau 2.0.


11. Hasil kerja kursus calon hendaklah menggunakan kertas saiz A4 sahaja.


12. Maklumat peribadi calon hendaklah ditulis di halaman hadapan laporan.


13. Penilaian proses kerja calon akan dilakukan sepanjang masa kerja kursus dilaksanakan.


14. Penilaian dan pemberian markah dilakukan selepas pelaksanaan setiap elemen.


15. Penskoran hasil kerja calon dilakukan pada bulan Julai 2011.




ANDA BOLEH MENDOWNLOAD PANDUAN PENSKORAN PBS SEJARAH TINGKATAN 3 2011 DENGAN MENGKLIK LINK DI BAWAH:-


file format-(.pdf)-open with Adobe Reader

No comments:

Post a Comment