welcome to pelanduk katang!

Followers

Wednesday, May 23, 2012

Contoh Soalan Sejarah Kertas 3

Assalamualaikum Wbt Kth...

Sebagai persediaan untuk calon SPM 2013 yang akan memulakan Era Sejarah Wajib Lulus SPM maka bermula dari tingkatan 4 2012 lagi calon-calon SPM 2013 telah didedahkan dengan bentuk-bentuk soalan Sejarah Kertas 3 tersebut.

Harap-harap korang faham la maksud ayat di atas maknenya pelajar ting 4 leni dah mula jawab soalan sejarah kertas 3 untuk SPM 2013..

Kod Sejarah SPM 1249/3

Masa menjawab 3 jam bro...lama tu...

Soalan ada satu je,tapi kena jawab semua bahagian...gini lah lebih kurang

Soalan 1 ada 8 tugasan :
Tugasan 1  ada 5 markah
tugasan 2 ada 35 markah
Tugasan 3 10 markah
Tugasan 5 10 markah
Tugasan 6 10 markah
tugasan 7 10 markah
dan tugasan 8 5 markah.Markah keseluruhan 100.


Kalau korang nak tahu..ini lah contoh soalan tersebut...

TAJUK 7.2-TAMADUN AWAL ASIA TENGGARA


Tema / Tajuk : 7.2 Bab 3 Tingkatan 4


Soalan:
Huraikan sejarah kerajaan awal di Asia Tenggara dan menghubungkaitkannya dengan kegemilangan negara kita pada hari ini.

Peringatan;
Calon hendaklah menjawab berdasarkan kerangka jawapan di bawah:

1. Bahagian Pengenalan-Kita kena jelaskan latar belakang kemunculan kerajaan awal di asia Tenggara
2. Bahagian Isi dan Huraian-kita kena huraikan ciri-ciri dan faktor perkembangan kerajaan-kerajaan awal asia tenggara seperti kerajaan agraria dan maritim
3.Seterusnya kita kena jelaskan aspek saling berganung antara kerajaan agraria dan maritim
4.Bagiamanakah kita manfaatkan kedudukan yang strategik di nusantara bagi kemajuan negara
5.Apakah kejayaan yang dicapai oleh negara setelah memanfaat kedudukan yang strategik di nusantara
6.Jelaskan cabaran yang dihadapi oleh Malaysia dalam memajukan negara dan langkah-langkah untuk mengatasi cabaran diatas
7. Nyatakan nilai-nilai murni/iktibar/patriotisme daripada kemajuan kerajaan awal yang boleh diterapkan demi kemajuan negara kita.
8.Sebagai kesimpulan-kita hendaklah merumuskan pengetahuan yang diperolehi,ikhtiar kepada diri,bangsa dan negara dan harapan untuk masa depan ekonomi Malaysia yang lebih cemerlang.

ULASAN.

Maknenya...soalan sejarah kertas 3,memerlukan ketelitian,pengetahuan yang luas-kena baca juga lah akhbar,majalah dan kena tahu semua isu-isu semasa,kena bijak la...ini lah namanya penghayatan sejarah. 
 

Tuesday, May 22, 2012

SELAMAT BELAJAR DI TEMPAT BARU 2012

SELAMAT BELAJAR DI TEMPAT BARU BUAT PELAJAR TINGKATAN 5 SMK KERTEH 2011
SETAKAT YANG PELANDUK TAHU...
SET 5 SAINS KE MATRIKULASI
AMALINA,AMIN,FENDY,ZULAIKHA DAN ZULAIKHA KE FORM SIX SMK BAS.

SELAMAT BELAJO DENGAN CEMERLANG...

HIDUP SEJARAH...TAHNIAH CIKGU SHARIFAH AFIDAH

Anugerah Kecermerlangan Sekolah SPM diwujudkan

17 Mei 2012
KUALA LUMPUR - Bermula tahun ini, Kementerian Pelajaran Malaysia mewujudkan Anugerah Kecemerlangan Sekolah bagi Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) kepada sekolah di seluruh negara yang mencapai kecemerlangan dalam peperiksaan itu dengan menggunakan indeks Gred Purata Sekolah (GPS).
  
Ketua Pengarah Pelajaran Datuk Seri Abd Ghafar Mahmud berkata GPS menggambarkan pencapaian keseluruhan sekolah berkenaan dalam sesuatu peperiksaan apabila pencapaian semua calon diambil kira dalam semua mata pelajaran yang diduduki.
  
"Kecemerlangan itu juga dibuktikan oleh keupayaan sekolah untuk melahirkan murid cemerlang yang mendapat semua Gred A+ dalam semua mata pelajaran yang diduduki," katanya dalam ucapan pada majlis penyampaian Anugerah Kecemerlangan Sekolah dalam SPM 2011 di sini, hari ini.
  
Teks ucapan beliau dibacakan oleh Timbalannya Sufa'at Tumin.
 
Abd Ghafar berkata pihak kementerian melakukan sedikit kelainan pada tahun ini di mana sebelum ini hanya memberi pengiktirafan kepada pelajar yang mencapai keputusan cemerlang dalam peperiksaan SPM.

"Inisiatif ini diharap dapat menyuntik semangat semua warga sekolah terutamanya kepemimpinan sekolah dan tenaga pengajarnya untuk bekerja keras dalam satu pasukan bagi menempa kecemerlangan sekolah," katanya.
  
Abd Ghafar berkata Anugerah Kecemerlangan Sekolah SPM 2011 dibahagikan kepada tiga kategori: kategori pertama iaitu sekolah yang mencapai GPS kurang daripada 1.5; kategori kedua iaitu sekolah yang menghasilkan sekurang-kurangnya tiga peratus calon yang mendapat gred A+ dalam semua mata pelajaran SPM; dan kategori ketiga iaitu sekolah yang berjaya menunjukkan peningkatan GPS sekurang-kurangnya 10 peratus daripada GPS tahun lepas.
  
"Sebanyak 14 buah sekolah di seluruh negara yang layak menerima anugerah kategori pertama; 16 sekolah untuk kategori kedua manakala 18 buah sekolah dipilih untuk kategori ketiga," katanya.
  
Selain itu, katanya, Anugerah Khas Kecemerlangan Peperiksaan SPM juga diwujudkan pada tahun ini bagi memberi penghargaan kepada guru yang berusaha gigih terhadap kejayaan anak muridnya.
  
Anugerah tersebut disandang oleh Sharifah Afidah Syed Hamid, guru mata pelajaran Sejarah dari Sekolah Menengah Sains Sultan Mahmud, Kuala Terengganu yang mendidik seramai 119 pelajar dengan 91 daripada mereka mendapat A+ dalam mata pelajaran Sejarah.
  
Ketika ditemui, Sharifah yang berpengalaman mengajar mata pelajaran sejarah selama 20 tahun, berkata bahan pengajaran dan pembelajaran penting bagi seseorang guru menarik minat pelajar mempelajari sesuatu subjek berkenaan di sekolah.
  
"Sejarah dipandang sebagai mata pelajaran yang membosankan bagi sesetengah pelajar, dan saya tidak menafikan kesukaran untuk mengekalkan prestasi cemerlang pelajar memang ada, tetapi jika kita menaruh sepenuh perhatian dalam menggunakan alat-alat pengajaran dengan baik, nescaya dapat membantu untuk menarik minat mereka untuk mempelajarinya," katanya. - Bernama

Subjek Sejarah lebih seronok

Oleh Ahmad Saufi Mansor
E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel
MELAKA: Pengenalan subjek Sejarah kepada murid tahun satu sebagai mata pelajaran teras di bawah Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) mulai 2014, bakal menggunakan pendekatan menyeronokkan bagi memberi lebih kefahaman dan penghayatan terhadap sejarah negara.
Mata pelajaran sejarah yang kini diajar menerusi subjek Kajian Tempatan akan menerapkan unsur kewarganegaraan, patriotisme dan perlembagaan dalam silibusnya di mana ia disifatkan tidak akan memberi bebanan kepada pelajar.

Timbalan Menteri Pelajaran, Dr Mohd Puad Zarkashi, berkata pengenalan subjek berkenaan tidak akan menimbulkan rasa bosan kepada pelajar kerana ia menggunakan pendekatan ‘pendidikan dalam suasana menarik’ seperti kuiz, forum, lawatan ke tempat bersejarah dan lakonan drama.
Menurutnya, mata pelajaran sejarah untuk murid sekolah rendah ketika ini diajar menerusi subjek Kajian Tempatan di mana ia kurang mengandungi unsur kewarganegaraan, patriotisme dan perlembagaan, namun pengenalan terbaru itu bakal memberi lebih penekanan terhadap tiga perkara berkenaan.

“Pendekatan (lama) mesti diubah kerana kita mahu mereka faham serta menghayati unsur kewarganegaraan, patriotisme dan perlembagaan,” katanya selepas merasmikan majlis penutupan Persidangan Perwakilan Dwi Tahunan Kesatuan Guru-Guru Melayu Malaysia Barat (KGMMB) kali ke-22 di Hotel Permaisuri, Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) di Ayer Keroh dekat sini, semalam.
Hai....Assalamualaikum...selamat pagi..pelanduk sakit...lama tak bersua...