welcome to pelanduk katang!

Followers

Saturday, February 12, 2011

soalan ulangkaji sejarah ting 4


SOALAN-SOALAN ULANGKAJI
SEJARAH SPM 2011
TINGKATAN 4

TINGKATAN 4 - BAB 1
TAMADUN  AWAL MANUSIA

Ulangkaji 1
1.     Galurkan proses sejarah pembentukan  tamadun Mesopotamia.
2.     Apakah ciri-ciri sesebuah negara kota di Mesopotamia?
3.     Nyatakan kedudukan raja dalam pemerintahan teokrasi di Mesopotamia.
4.     Sebutkan ciri-ciri Kod Undang-Undang Hammurabi.
5.     Peranan tulisan terhadap perkembangan tamadun manusia.

Ulangkaji 2


Tamadun Hwang Ho muncul kesan daripada kesuburan tanah yang terdapat di Hwang Ho  atau Sungai Kuning.

 
 




1.     Jelaskan konsep “mandat daripada Tuhan”.
2.     Jelaskan sistem pemerintahan Dinasti Shang dalam tamadun Hwang Ho?
3.     Jelaskan amalan kepercayaan masyarakat tamadun Hwang Ho.
4.     Nyatakan kelebihan Dinasti Shang hasil kemahiran mereka menguasai teknologi gangsa.
5.     Nyatakan sumbangan tamadun Hwang Ho kepada tamadun dunia.

TINGKATAN 4 - BAB 2
TAMADUN  AWAL MANUSIA

Ulangkaji 1
1.     Maurya merupakan  empayar pertama di India yang diasaskan oleh Chandaragupta Maurya. Bagaimana cara beliau mengasaskan empayar Maurya?
2.     Apakah kejayaan yang dicapai Asoka sehingga semasa pemerintahannya dianggap Zaman kegemilangan Dinasti Maurya?
3.     Undang-undang Dinasti Maurya diukir pada tiang batu yang dikenali Kepala Tiang Asoka. Berikan contoh undang-undang yang diukir pada tiang tersebut.
4.     Berdasarkan pengetahuan sejarah anda, berikan kelebihan cara perluasan empayar dilakukan bukan melalui kekerasan seperti yang dilakukan oleh Asoka.
5.     Sebagai seorang warga negara yang bertanggungjawab, apakah tindakan yang perlu anda lakukan untuk memelihara kedaulatan undang-undang negara?







Ulangkaji 2
Tamadun China terletak di Lembah Hwang Ho dan meluas hingga ke bahagian selatan China. Perluasan kawasan ini bermula dengan kemunculan Dinasti Chin. Sistem pendidikan dianggap penting dalam memantapkan pentadbiran.
1.     Siapakah orang yang bertanggungjawab dalam perluasan kuasa tersebut?
2.     Senaraikan ciri-ciri sistem pemerintahan berpusat yang diamalkan oleh Dinasti Chin.
3.     Apakah prinsip falsafah legalisme yang ditulis oleh Han Fei Tzu?
4.     Bagaimana peperiksaan awam di China dikendalikan?
5.     Berikan 3 pandangan anda bagaimana pendidikan boleh menyumbang ke arah kemajuan sesebuah negara.

TINGKATAN 4 - BAB 4
KEMUNCULAN TAMADUN ISLAM DAN PERKEMBANGANNYA DI MAKKAH

Ulangkaji 1
1.     Apakah maksud Jahiliah?
2.     Mengapakah masyarakat Arab digelar sebagai masyarakat Jahiliah?
3.     Nyatakan kedudukan wanita dalam masyarakat Arab Jahiliah?
4.     Jelaskan amalan sistem kabilah.

Ulangkaji 2
1.     Apakah maksud Assabiah?
2.     Senaraikan sebab rnunculnya semangat Assabiah.
3.     Nyatakan kesan semangat Assabiah ke atas masyarakat Arab.
4.     Apakah yang anda tahu tentang peperangan al-Basus?

Ulangkaji 3
1.     Senaraikan sejarah kehidupan baginda sernasa kecil.
2.     Nyatakan pekerjaan yang pernah dilakukan oleh baginda.
3.     Mengapakah Khadijah bt. Khuwailid memilih Nabi Muhammad untuk menguruskan perniagaannya?
4.     Nyatakan sifat terpuji baginda.

Ulangkaji 4
1.      Apakah usaha Nabi Muhammad s.a.w. untuk mengubah akidah dan kehidupan masyarakat Makkah?
2.     Siapakah golongan yang menerima dakwah Islam secara rahsia?
3.     Senaraikan individu terawal yang memeluk Islam.
4.     Bagaimanakah dakwah secara terbuka dilakukan oleh Nabi Muhammad s.a.w.?

Ulangkaji 5
1.     Terangkan ciri-ciri kehidupan masyarakat Arab Jahiliah
2.     Nyatakan ciri-ciri sistem kabilah yang menjadi amalan masyarakat Arab Jahiliah.
3.     Nyatakan kesan buruk amalan sistem kabilah dalam kehidupan masyarakat Arab   Jahiliah.
4.     Terangkan riwayat hidup Nabi Muhammad s.a.w. sebelum dilantik menjadi rasul.
5.     Bagaimanakah Nabi Muhammad s.a.w. berdakwah di Makkah?
6.     Jelaskan reaksi masyarakat Arab Quraisy Makkah terhadap penyebaran Islam.
TINGKATAN 4 - BAB 5
KERAJAAN ISLAM MADINAH

Ulangkaji 1
1.     Berikan tiga sebab mengapa berlakunya hijrah?
2.     Nyatakan kesan dari peristiwa hijrah.
3.     Bagaimanakah sikap orang Ansar terhadap Muhajirin?
4.     Siapakah wanita yang membantu semasa proses hijrah?


Ulangkaji 2
Nabi Muhammad s.a.w telah menyebarkan Islam dengan pelbagai strategi.
1.     Berikan dua cara yang digunakan oleh baginda untuk menyebarkan Islam.
2.     Apakah rasional yang membolehkan umat Islam berperang         ?
3.     Nyatakan garis panduan yang mesti dipatuhi oleh tentera Islam dalam peperangan.
4.     Namakan siri peperangan yang telah disertai oleh Nabi Muhammad s.a.w.

Ulangkaji 3
1.     Siapakah tokoh Quraisy yang telah memeteri perjanjian Hudaibiyah?
2.     Senaraikan tiga peristiwa yang membawa kepada termeterinya Perjanjian Hudaibiyah.
3.     Nyatakan isi kandungan perjanjian Hudaibiyah.
4.     Jelaskan kepentingan Perjanjian Hudaibiyah.

Ulangkaji 4
1.     Huraikan kepentingan Piagam Madinah kepada masyarakat Arab di Madinah.
2.     Mengapakah isi kandungan Perjanjian Hudaibiyah besar ertinya kepada masyarakat Islam?
3.     Nyatakan sebab-sebab Nabi Muhammad s.a.w. bertindak membuka semula kota Makkah pada tahun 630 Masihi.
4.     Mengapakah Kota Mekah dapat dibuka semula dengan mudah oleh orang Islam?
5.     Nyatakan kepentingan pembukaan semula Kota Mekah.

TINGKATAN 4 - BAB 8
TAMADUN ISLAM
PENGARUH ISLAM DALAM PENDIDIKAN DI ASIA TENGGARA

Ulangkaji 1
Masyarakat Melayu mengamalkan dua jenis sistem pendidikan iaitu pendidikan formal dan pendidikan tidak formal.
1.     Nyatakan dua kemahiran yang diterapkan oleh ibu bapa melalui pendidikan tidak formal.
2.     Bagaimanakah pembelajaran pendidikan tidak formal masyarakat Melayu dijalankan?
3.     Di manakah pendidikan formal masyarakat Melayu dilaksanakan selepas kedatangan Islam?
4.     Nyatakan dua ciri sistem madrasah dalam pendidikan formal masyarakat Melayu.
5.     Pada pendapat anda, bagaimanakah pendidikan boleh menjana perpaduan dalam masyarakat Malaysia masa kini?


TINGKATAN 4 - BAB 9
RENAISSANCE

Ulangkaji 1
1.     Apakah yang dimaksudkan dengan Zaman Renaissance?
2.     Senaraikan ciri-ciri yang terdapat di negara Itali sehingga menyebabkan tercetusnya Renaissance di situ?
3.     Sebutkan dua orang tokoh cendekiawan Itali yang muncul pada Zaman Renaissance.
4.     Nyatakan kesan-kesan yang wujud hasil daripada Zaman Renaissance.

TINGKATAN 4 - BAB 10
DASAR BRITISH DAN KESANNYA TERHADAP EKONOMI NEGARA

Ulangkaji 1
1.     Huraikan cara kemasukan buruh dari Cina dan India ke Tanah Melayu pada abad ke-19.

Ulangkaji 2
1.     Apakah peranan institusi kewangan?
2.     Huraikan sebab-sebab keperluan perkhidmatan insurans.
3.     Senaraikan undang-undang berhubung tanah yang diperkenalkan oleh British di Tanah Melayu, Sarawak dan Sabah. 
4.     Apakah yang anda faham dengan maksud mayarakat majmuk?
5.     Nyatakan ciri-ciri masyarakat majmuk di Malaysia semasa zaman penjajah.

Ulangkaji 3
1.     Jelaskan perkembangan perkhidmatan kesihatan pada awal abad ke 20 di Tanah Melayu.
2.     Nyatakan perkembangan sektor perkilangan.
3.     Terangkan perkembangan sistem pendidikan semasa penjajahan British.




















SOALAN-SOALAN ULANGKAJI
SEJARAH SPM 2010
TINGKATAN 5

TINGKATAN 5 - BAB 1
KEMUNCULAN GERAKAN NASIONALISME DI ASIA TENGGARA

Ulangkaji 1
1.     Apakah yang dimaksudkan dengan imperialisme?
2.     Senaraikan dua keistimewaan Asia Tenggara yang mendorong imperialis Barat menjalankan dasar imperialismenya di rantau tersebut.
3.     Nyatakan nilai-nilai yang dipegang oleh kuasa Barat hingga menyebabkan persaingan antara        mereka untuk menguasai negara-negara Asia Tenggara.

Ulangkaji 2
1.     Nyatakan tiga ciri umum sistem birokrasi Barat yang diperkenalkan di Asia Tenggara.
2.     Nyatakan perubahan yang diperkenalkan Belanda dalam sistem pemerintahan tradisional tempatan di Indonesia.
3.     Nyatakan tugas Encomiendero di bawah Sistem Encomienda yang diperkenalkan Sepanyol di Filipina.
4.     Berikan tiga kesan  penguasaan British terhadap Burma selepas Perang Inggeris – Burma.

Ulangkaji 3
1.     Huraikan sistem pemerintahan di Indo China sebelum dan selepas kedatangan Perancis ke negara tersebut.
2.     Apakah perubahan yang dilaksanakan oleh Mongkut dan Chulalongkorn untuk mengekalkan kemerdekaan Thailand?
3.     Terangkan perubahan sistem politik di Tanah Melayu sebelum kedatangan Portugis dan British.

Ulangkaji 4
1.      Jelaskan kesan pengenalan sistem birokrasi Barat terhadap sistem pentadbiran di Asia Tenggara.
2.     Huraikan faktor-faktor yang membawa kepada kemunculan nasionalisme di Asia Tenggara.
3.     Jelaskan perbezaan antara gerakan nasionalisme tahap pertama dengan gerakan nasionalisme tahap kedua di Asia Tenggara.
4.     Mengapakah gerakan nasionalisme di Thailand berbeza daripada gerakan nasionalisme negara asia di Asia Tenggara ?







TINGKATAN 5 - BAB 2
GERAKAN NASIONALISME DI TANAH MELAYU
SEHINGGA PERANG DUNIA KEDUA

Ulangkaji 1
1.     Bagaimana pendudukan Jepun menjadi pemangkin gerakan nasionalisme di Tanah Melayu?
2.     Sekiranya anda dilantik menjadi pemimpin Malaysia, bagaimanakah anda menanamkan semangat nasionalisme kepada rakyat jelata.

Ulangkaji 2
1.     Apakah gerakan Islah?
2.     Namakan dua akhbar yang menjadi saluran gerakan Islah menyebarkan idea perjuangan mereka.
3.     Sebutkan dua tokoh yang mempelopori gerakan Islah.

Ulangkaji 3
1.     Nyatakan idea-idea yang disampaikan melalui gerakan Islah oleh Kaum Muda.
2.     Berikan sebab-sebab gerakan Islah oleh Kaum Muda tidak dapat bergerak di Negeri-Negeri Melayu kecuali di Negeri-Negeri Selat sahaja.
3.     Apakah sumbangan Kaum Muda dalam pendidikan?

Ulangkaji 4
1.     Peranan yang dimainkan oleh akhbar, majalah dan novel dalam menggerakkan kesedaran kebangsaan orang Melayu pada tahun 1930-an adalah amat jelas .Nyatakan isu yang dibangkitkan akhbar-akhbar  Melayu tahun 1930-an.
2.     Jelaskan isu-isu berkaitan wanita yang dibangkitkan dalam akhbar, majalah dan novel Melayu pada tahun 1930-an.
3.     Berikan tema-tema semangat kebangsaan oleh Ishak Haji Muhammad melalui novel karangannya.

Ulangkaji 5
1.     Kemunculan Persatuan-persatuan Negeri awal abad ke 20 membincangkan pelbagai persoalan bangsa Melayu berkaitan isu ekonomi, sosial dan politik bangsa. Tuliskan tiga tujuan perjuangan nasionalisme oleh persatuan-persatuan negeri Melayu.          
2.     Nyatakan peranan  Mohammad Eunos Abdullah melalui Kesatuan Melayu  Singapura (KMS).
3.     Apakah tujuan penubuhan Persatuan Sahabat Pena Malaya (PASPAM) ?
4.     Senaraikan tindakan-tindakan oleh Kesatuan Melayu Muda (KMM) yang bersifat politik.
5.     Apakah hasil daripada kongres Melayu yang telah diadakan pada tahun 1939 dan 1940?
6.     Mengapakah kesedaran berpersatuan tidak menonjol di Sabah pada awal abad ke-20?









TINGKATAN 5 - BAB 4
PEMBINAAN NEGARA & BANGSA MALAYSIA

Ulangkaji 1
1.     Berikan dua situasi yang menyebabkan Raja-Raja Melayu menandatangani Perjanjian Malayan Union.
2.     Nyatakan kedudukan Raja-Raja Melayu dalam Malayan Union.
3.     Sebutkan kesan ke atas orang Melayu terhadap syarat kerakyatan malayan Union yang longgar.
4.     Apakah reaksi yang ditunjukkan oleh orang Melayu sebagai tanda bantahan mereka terhadap gagasan Malayan Union?

Ulangkaji 2
British telah menubuhkan sebuah Jawatankuasa Eksekutif yang terdiri daripada pegawai kanan British, pemimpin UMNO dan wakil Raja-Raja Melayu untuk mengadakan rundingan tentang pembentukan Persekutuan Tanah Melayu 1948.
1.     Berikan tiga sebab UMNO dan Raja-Raja Melayu dipilih oleh British.
2.     Senaraikan tuntutan orang Melayu dalam mesyuarat penggubalan Perjanjian Persektutan Tanah Melayu di King’s House, Kuala Lumpur.
3.     Apakah alasan yang diberikan oleh golongan radikal Melayu sebagai reaksi menentang  perundingan pembentukan Persekutuan Tanah Melayu?
4.     Nyatakan cadangan-cadangan yang dikemukakan oleh golongan radikal Melayu melalui Perlembagaan Rakyat 1947.              

TINGKATAN 5 - BAB 6
PENGUKUHAN NEGARA DAN BANGSA MALAYSIA

Ulangkaji 1
Idea pembentukan Malaysia yang mula dikemukakan pada awal abad ke-19 dibangkitkan semula oleh beberapa orang tokoh disebabkan oleh beberapa faktor yang merujuk kepada masalah keselamatan, ekonomi dan sosial.
1.     Apakah cadangan-cadangan yang dikemukakan tentang pembentukan Malaysia?
2.     Nyatakan dua perkara yang disebut oleh Tunku Abdul Rahman dalam sidang akhbar di Singapura.
3.     Berikan dua sebab Lee Kuan Yew begitu berminat menggabungkan Singapura dengan   Persekutuan Tanah Melayu.
4.     Apakah faedah-faedah yang diperolehi sekiranya Sarawak, Sabah dan Brunei menganggotai Malaysia ?    

Ulangkaji 2
1.     Jelaskan reaksi Indonesia dan Filipina terhadap pembentukan Malaysia.
2.     Huraikan tindakan yang dilakukan oleh Malaysia dalam menghadapi penentangan Indonesia terhadap pembentukan Malaysia.






TINGKATAN 5 - BAB 7
SISTEM PEMERINTAHAN DAN PENTADBIRAN NEGARA MALAYSIA

Ulangkaji 1
Perlembagaan Malaysia diperkenalkan pada 16 September 1963 mengandungi 183 perkara.
1.     Apakah maksud perlembagaan?
2.     Jelaskan kepentingan perlembagaan.

Ulangkaji 2
Perlembagaan Malaysia telah dipinda beberapa kali. Antara pindaan yang paling penting ialah Akta Hasutan 1970.
1.     Mengapakah Parlimen meluluskan pindaan perlembagaan?
2.     Jelaskan cara bagaimana pindaan perlembagaan dibuat.

Ulangkaji 3
Yang di-Pertuan Agong adalah sistern Raja Berperlembagaan di negara kita.
1.     Apakah yang dimaksudkan dengan Raja Berperlembagaan?
2.     Huraikan bidang kuasa Yang di-Pertuan Agong.

Ulangkaji 4
1.     Apakah yang dirnaksudkan dengan Senarai Persekutuan?
2.     Nama tiga bidang kuasa Senarai Negeri.
3.     Bagaimanakah bidang kuasa Senarai Bersama dilaksanakan?
4.     Mengapakah perlu diwujudkan hubungan balk antara Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Negeri?

Ulangkaji 5
1.     Namakan tokoh yang mereka bentuk bendera Malaysia.
2.     Apakah nama lain bagi bendera Malaysia?
3.     Berikan tafsiran untuk lambang-lambang bendera Malaysia berikut:
(i)             Warna rnerah
(ii)            Warna biru
(iii)           Warna kuning
(iv)          Bulan sabit  
4.     Mengapakah kita patut mengibarkan bendera Malaysia?

TINGKATAN 5 - BAB 8
PEMBANGUNAN DAN PERPADUAN UNTUK KESEJAHTERAAN

Ulangkaji 1
1.     Nyatakan tiga matlamat Dasar Pertanian Negara.
2.     Apakah program yang dijalankan di bawah rancangan FELDA?
3.     Apakah yang dimaksukan dengan program pembangunan in-situ?
4.     Apakah bentuk perkhidmatan sokongan pertanian yang disediakan dalam program pembangunan in-situ?




Ulangkaji 2
1.     Siapakah yang melancarkan Dasar Penswastaan?
2.     Namakan tiga syarikat awal yang terlibat dalam penswastaan oleh kerajaan Malaysia.
3.     Apakah peranan jawatankuasa penswastaan?
4.     Apakah tujuan Dasar Penswastaan dijalankan?

Ulangkaji 3
1.     Mengapakah Ordinan Pelajaran 1952 tidak dapat dilaksanakan?
2.     Senaraikan kandungan Laporan Jawatankuasa Kabinet.
3.     Apakah kurikulum baru yang diperkenalkan dalarn Laporan Jawatankuasa Kabinet?
4.     Bagaimanakah Penyata Razak dapat menyuburkan semangat perpaduan?

Ulangkaji 4
1.     Apakah yang dimaksudkan dengan Wawasan 2020?
2.     Senaraikan tiga cabaran yang terdapat dalam Wawasan 2020.
3.     Apakah matlamat Wawasan 2020?
4.     Bagaimanakah Malaysia boleh menjadi sebuah negara maju pada tahun 200?

Ulangkaji 5
Pembangunan kawasan luar bandar mendapat perhatian sewajarnya dalam Rancangan Malaya Pertama.
1.     Apakah matlamat Rancangan Malaya Pertama?
2.     Jelaskan usaha-usaha kerajaan untuk membangunkan kawasan tersebut.

Ulangkaji 6
Dasar Ekonomi Baru (DEB) diperkenalkan dengan matlarnat membasmi kemiskinan dan menyusun sernula rnasyarakat tanpa mengira kaurn.

1.     Jelaskan peranan agensi-agensi kerajaan untuk rnencapai matlarnat tersebut.
2.     Berdasarkan pengetahuan sejarah anda, sejauh rnanakah DEB berjaya mencapai matlamatnya?

Ulangkaji 7
Dalam usaha memajukan negara Malaysia, sektor perindustrian telah diberi penekanan dalarn Rancangan Malaysia Keempat dan Kelima.
1.     Jelaskan usaha-usaha kerajaan untuk memajukan sektor perindustrian dalam Rancangan Malaysia Keempat.
2.     Apakah tumpuan yang diberikan dalam Rancangan Malaysia Kelima?

Ulangkaji 8
1.     Jelaskan perkara-perkara yang disyorkan dalam Laporan Rahman Talib.
2.     Jelaskan matlarnat yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Ulangkaji 9
Usaha mencapai perpaduan dilaksanakan melalui penggunaan bahasa kebangsaan dan aktiviti sukan.
1.     Jelaskan langkah-langkah kerajaan Malaysia untuk memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.
2.     Jelaskan bagaimana sukan menjadi alat perpaduan di Malaysia.

TINGKATAN 5 - BAB 9
MALAYSIA DALAM KERJASAMA ANTARABANGSA

Ulangkaji 1
1.     Namakan dua negara anggota barn yang didaftarkan pada Sidang Kemuncak NAM ke-13 di Malaysia.
2.     Apakah matlamat penubuhan NAM?
3.     Senaraikan prinsip perjuangan NAM.     
4.     Mengapakah Malaysia menganggotai NAM?

Ulangkaji 2
1.     Berikan nama lain bagi Negara-Negara Selatan.
2.     Apakah tujuan penubuhan Negara-Negara Selatan?
3.     Senaraikan projek yang dirancang oleh Negara-Negara Selatan.
4.     Mengapakah Negara-Negara Selatan bergantung kepada negara maju dalam permasaran bahan rnentah?

Ulangkaji 3
1.     Namakan blok dunia yang terlibat dalarn Perang Dingin.
2.     Nyatakan sebab yang mencetuskan Perang Dingin.
3.     Apakah dasar yang diamalkan oleh Negara-Negara Dunia Ketiga semasa Perang Dingin?
4.     Apakah kesan daripada tercetusnya Perang Dingin.

Ulangkaji 4
1.     Berikan maksud globalisasi.
2.     Apakah faedah globalisasi?
3.     Apakah projek yang dilaksanakan oleh Koridor Raya Multimedia (MSC)?
4.     Bagaimanakah untuk menjayakan modal intelek dalarn era k-ekonomi?

Ulangkaji 5
Perang Dunia Pertama telah berlaku antara tahun 1914 dan 1918.
1.     Huraikan faktor-faktor yang mencetuskan Perang Dunia Pertama.
2.     Jelaskan kesan-kesan Perang Dunia Pertama.

Ulangkaji 6
1.     Perjanjian Versailles yang ditandatangani selepas Perang Dunia Pertama merupakan faktor pencetus kepada Perang Dunia Kedua. Jelaskan.
2.     Nyatakan kesan-kesan Perang Dunia Kedua.

Ulangkaji 7
1.     Jelaskan matlamat Piagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.
2.     Huraikan peranan yang dimainkan oleh Malaysia dalam PBB.

Ulangkaji 8
1.     Jelaskan sumbangan Malaysia dalam Pertubuhan Persidangan Islam (OIC).

No comments:

Post a Comment