welcome to pelanduk katang!

Followers

Saturday, February 11, 2012

Tokoh Sejarah UKM

Kembalinya Pensyarah Sejarah UKM dan tokoh sejarah tanah air

Friday, 29 October 2010 09:55
Print PDF
29 Okt. 2010
Prof  Dato’ Nik Anuar: Kembalinya Pensyarah Sejarah UKM dan tokoh sejarah tanah air
Bangi, 29 Okt. 2010 – Prof  Dato’ Dr Nik Anuar Nik Mahmud, 61, seorang pensyarah dan felo utama di Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA), seorang tokoh sejarah tanah air telah kembali ke rahmatullah semalam. Beliau meninggal dunia di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia kerana kanser usus.
Beliau terkenal sebagai seorang pengkaji sejarah Malaysia, khususnya politik dan diplomasi konflik sempadan dan pemisahan. 
Lulusan Universiti Malaya dalam bidang sejarah ini memulakan kerjayanya sebagai pegawai tadbir dan diplomatik. Bagaimanapun, tarikan penyelidikan dan pendidikan telah membawa beliau menyertai Universiti Kebangsaan Malaysia dalam tahun 1976 dalam Jabatan Sejarah, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan. Beliau kemudiannya menyertai ATMA sebagai Felo Utama. 
Beliau memperoleh ijazah sarjana dalam bidang Sejarah Asia Tenggara, di School of Oriental anf African Studies, Universiti of London, dan PhD (sejarah)  dari University of Hull.
Beliau telah menghasilkan beberapa buah buku termasuk  The Malays of Patani: The Search for security and independence, terbitan MPH, dan Susur galur Kesultanan Melayu Terengganu, 1708-2008. Terengganu terbitanYayasan Tuanku Mizan.
Projek semasa beliau yang belum sempat disiapkan ialah Impak Komunikasi Terhadap Proses Pembinaan Negara Bangsa dan Unsur-unsur Rasional dan Saintifik dalam Pemikiran Melayu.
Beliau dianugerahkan Pingat Kebesaran Dato’ Paduka Setia Mahkota Kelantan Yang Amat Terbilang (DPSK) pada tahun 2009.
Beliau minggal seorang balu, Datin Rahilah Harun dan lima orang anak, Nik Nur Adnin, Nik Nurhusna, Nik Muhd Adham, Nik Muhd Zafir dan Nik Anis Syahirah serta  tiga orang cucu, Nik Amiraa Batrisyia, Nik Ayra Nadira dan Nik Muhd Rayyan.

Dikeluarkan oleh:
Pusat Komunikasi Korporat
Universiti Kebangsaan Malaysia
03-89215085

No comments:

Post a Comment