welcome to pelanduk katang!

Followers

Wednesday, February 8, 2012

6 cara tarik pelawat

6 Cara bagi menaikkan pelawat ke blog/website anda melalui tajuk entri dan isi kandungan

iklaneka
Disclaimer: Artikel ini merujuk kepada statistik yang diperoleh daripada Google Analytic untuk akaun Kapasitor. Oleh itu, ini hanya berkisar tentang Kapasitor sahaja dan mungkin tidak berkaitan dengan portal di luar.
Ok, ini adalah perkara yang tidak diajar oleh cikgu Bahasa Melayu di sekolah. Ilmu ini mampu memanfaatkan anda terutamanya jika anda mahu melariskan blog anda di internet. Selain itu, jika anda menggunakan internet sebagai medium mencari duit, anda perlukan traffik yang tinggi bukan? Maka, ini adalah salah satu cara bagi orang datang ke blog anda.
Bayangkan blog/website anda adalah sebuah rumah. Maka:
  1. Setiap entri dalam blog/website anda adalah pintu.
  2. Pintu utama anda bukan muka utama (homepage) sahaja.
  3. Tajuk entri dan isi kandungan entri anda adalah antara faktor penentu kepada berapa ramai  yang datang ke rumah anda.
Oleh itu, elakkan menghias secantik mungkin di pintu depan sahaja tapi anda tidak hias pintu-pintu lain di setiap entri blog anda.
Sebagai contoh, saya berikan statistik Kapasitor sepanjang tahun 2010 sebagai contoh.
Berdasarkan kepada statistik Kapasitor tahun 2010, 8 daripada 10 karya yang tertinggi dan paling dilawati adalah tulisan blog di seksyen Komuniti Kapasitor. Bagaimana ini boleh berlaku? Saya akan huraikan satu persatu:
#1: Ragam dan Jenis Puisi (http://www.kapasitor.net/community/post/2920)
Berdasarkan statistik, entri ini mendapat bacaan yang paling tinggi kerana 90% daripada pembacanya adalah datang daripada enjin cariaan. Maknanya, tidak masuk melalui Kapasitor tetapi cari sahaja di internet menggunakan kata kunci :
jenis puisi, jenis-jenis puisi, jenis jenis puisi, contoh puisi elegi, contoh puisi satire, contoh puisi ode, macam macam jenis puisi, contoh puisi naratif, puisi satire, contoh puisi epik
Selain itu, isi kandungannya juga mengupas dengan teliti tentang jenis puisi dan seterusnya menggunakan banyak perkataan “Jenis Puisi” dan releven dengan kata kunci yang dicari.

#2 Rahsia Bulan Kelahiran dalam Kalender Islam (http://www.kapasitor.net/community/post/2777)
Berdasarkan statistik,  entri ini mendapat bacaan yang kedua tertinggi kerana 95% daripada pembacanya adalah datang daripada enjin cariaan. Maknanya, tidak masuk melalui Kapasitor tetapi cari sahaja di internet menggunakan kata kunci :
rahsia bulan kelahiran, kalender islam, rahsia bulan kelahiran dalam islam, kalender bulan islam, rahsia bulan kelahiran islam, bulan kelahiran dalam islam, rahsia bulan lahir, kelahiran dalam bulan islam, rahsia kelahiran bulan islam, kelender islam
Selain itu, tajuk entrinya juga sangat releven dengan kata kunci. Perhatikan, kata  kunci yang digunakan untuk sampai ke entri ini adalah sangat hampir dengan tajuk entri ini.

#3: Rahsia Ayat Pengasih Nabi Yusuf (http://www.kapasitor.net/community/post/2795)
Berdasarkan statistik, entri ini mendapat bacaan yang ketiga tertinggi kerana 95% daripada pembacanya adalah datang daripada enjin cariaan. Maknanya, tidak masuk melalui Kapasitor tetapi cari sahaja di internet menggunakan kata kunci :
ayat pengasih, surah yusuf ayat pengasih, ayat pengasih nabi yusuf, rahsia ayat pengasih nabi yusuf, doa pengasih nabi yusuf, surah thaahaa ayat 39, ayat nabi yusuf, surah yusuf ayat 4, ayat-ayat pengasih, ayat pengasih surah yusuf
Selain itu, tajuknya juga sangat releven dengan kata kunci. Perhatikan, kata  kunci yang digunakan untuk sampai ke entri ini adalah sangat hampir dengan tajuk entri ini.

Kesimpulannya:
  1. Menulis fakta dan menulis karya kreatif memerlukan pendekatan yang berbeza dalam pemilihan tajuk entri.
  2. Anda dinasihatkan supaya memberikan tajuk entri yang paling tepat dan paling releven dengan isi kandungan entri anda.
  3. Elakkan penggunaan ringkas (shortform) dalam memberi tajuk entri.
  4. Tajuk entri mestilah terus (direct) dan tidak berselindung (straight forward).
  5. Pelajari selok belok Search Engine Optimization (SEO). Nanti kalau sempat aku akan kongsi dan bercerita dengan lebih lanjut tentang SEO ini.
  6. Elakkan memilih tajuk entri yang tidak ada kena mengena dengan isi kandungan.

No comments:

Post a Comment