welcome to pelanduk katang!

Followers

Wednesday, April 4, 2012

Volume Kerja Bab 3 Sejarah Ting 5 Soalan Objektif sahaja


Volume Kerja Bab 3Sejarah Tingkatan 5 : Kesedaran Pembinaan Negara dan Bangsa

SOALAN OBJEKTIF

1.         Dalam masyarakat Melayu tradisional,bukti kewujudan kerajaan  atau 
            negeri ialah                          
(ms 65)
A             adanya institusi kerajaan                                  
B             adanya sempadan wilayah
C             adanya raja yang memerintah                       
D             ada penduduk yang mendiami wilayah

2              Antara berikut, yang manakah bukti kedaulatan berada di tangan rakyat
                dalam  sistem pemerintahan berasaskan Adat Pepatih di Negeri Sembilan?
     (ms 87)
I          Rakyat berhak memecat Yang Dipertuan Besar
II         Penentuan pelantikan Yang Dipertuan Besar oleh lembaga
III        Perlantikan Yang Dipertuan Besar adalah secara pemilihan
IV        Keputusan Yang Dipertuan Besar hasil rundingan dengan Undang

A             I dan II
B             II dan III
C             III dan IV
D             I dan IV

3.         Penjajah British mengubah konsep negeri atau kerajaan masyarakat 
            Melayu tradisional melalui.
(ms66)
A             pelaksanaan sistem perundangan Barat
B             pengenalan sistem birokrasi Barat
C             pelantikan pembesar berbangsa Eropah
D             penetapan sempadan setiap negeri    

4.             Apakah isu yang digunakan oleh Otto Eduard von Bismarck untuk membangkitkan semangat rakyat di medan peperangan? 
(ms 69)
A             Persamaan agama
B             Bangsa yang mulia
C             Membenci kuasa asing   
D             Persamaan rumpun bangsa


5                                - Undang-undang Pahang
                                  - Undang-undang 99 Perak
                                  - Undang-undang Tubuh   Kerajaan Johor

Apakah keistimewaan undang-undang di atas? 
(ms 80)
A             Diwarisi daripada Kesultanan Melayu Melaka    
B             Digubal oleh pemerintah negeri dengan bantuan bangsawan
C             Diiktiraf sebagai undang-undang bertulis terawal di Asia Tenggara
D             Diubahsuai daripada kitab Undang-undang Kerajaan Melayu di Jawa
















No comments:

Post a Comment