welcome to pelanduk katang!

Followers

Thursday, April 12, 2012

Sajak Patriotisme untuk pemuda- pemudi Malaysia


Pesan Untuk Pemuda-Pemudi Bangsa Ku

Bangkitlah dari tidur mu!
Sungguh kita sudah maju
Tetapi jangan dilupakan
Melaka dahulu adalah tauladan
Tiba-tiba...
Keindahan yang dikecapi
Hanyalah sementara waktu
Diragut  Portugis yang berhelah
Dibaham Belanda yang tidak cukup tanah
Ditakluk British yang  durjana
Ditawan Jepun yang pendusta
Dikongkong Bintang Tiga yang rakus
Direbut kembali oleh British yang memberi seribu janji
.....untuk diberi rundingnya kemerdekaan.... 

Pemuda-pemudi bangsaku,
Peliharalah kemerdekaan ini
Kita harus sentiasa bersedia
Berdiri dibarisan hadapan
Mempertahan negara kita
Seperti pemuda-pemudi Melaka dahulu
Bersedia menentang Portugis dan Belanda
Kita harus bersedia
Seperti pemuda-pemudi Tanah Melayu dahulu
Bersedia menentang British
Kita harus bersedia
Seperti pemuda-pemudi Tanah Melayu dahulu
Bersedia menentang Jepun dan Bintang Tiga

Pemuda-pemudi bangsaku
Kaulah kubu
Kaulah senjata
Kaulah pembela maruah negara
Kita harus waspada
Daripada dijajah semula
Oleh bangsa asing yang kini sedang melata
Kita harus ada rasa bimbang
Kerana kita perlu belajar daripada sejarah!



No comments:

Post a Comment