welcome to pelanduk katang!

Followers

Friday, October 11, 2013

KEJAYAAN DALAM ASPEK PENDIDIKAN

Pencapaian Malaysia : Pendidikan

Sektor pendidikan Malaysia diselia oleh Kementerian Malaysia. Sistem pendidikan Malaysia terdiri daripada pendidikan prasekolah bukan wajib, diikuti enam tahun pendidikan rendah yang wajib dan lima tahun pendidikan menengah. Sekolah rendah dibahagikan kepada dua kumpulan, iaitu sekolah kebangsaan dan sekolah jenis kebangsaan (vernakular). Sekolah kebangsaan menggunakan bahasa Malaysia sebagai perantara, manakala sekolah jenis kebangsaan menjadikan bahasa Mandarin atau Tamil untuk tujuan yang sama. Sebelum ke sekolah menengah, murid-murid Tahun 6 wajib menduduki Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR).
Pendidikan menengah di Malaysia dilakukan terutamanya di Sekolah Menengah Kebangsaan selama lima tahun. Pada akhir Tingkatan Tiga, murid-murid mengambil peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR); tetapi PMR bakal dimansuhkan pada tahun 2016. Pada tahun terakhir persekolahan menengah iaitu Tingkatan Lima, para pelajar menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Sekolah menengah kebangsaan menjadikan bahasa Malaysia sebagai perantara utama, tetapi wujudnya juga sekolah menengah swasta yang berantara dalam bahasa Cina dan Inggeris. Sekolah antarabangsa juga didirikan di Malaysia khas untuk anak-anak warga asing.
Sebelum sistem matrikulasi diperkenalkan, pelajar yang hendak memasuki universiti awam perlu melanjutkan lagi persekolahan menengah selama 18 bulan untuk Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM). Semenjak kemunculan program matrikulasi alternatif kepada sejak tahun 1999, sesiapa yang menyiapkan program 12 bulan di kolej matrikulasi boleh berdaftar di universiti awam.

No comments:

Post a Comment