welcome to pelanduk katang!

Followers

Saturday, October 6, 2012

persiapan fasa terakhir PMR 2012


Kepada,

Ibu Bapa / Penjaga Pelajar Tingkatan 3 SMK Kerteh Tahun 2012.


Tuan,

PERSEDIAAN  FASA TERAKHIR MENGHADAPI PMR  2012

Dengan segala hormatnya, perkara di atas adalah dirujuk.

2.         Terlebih dahulu pihak sekolah ingin merakamkan ucapan tahniah dan terima kasih kepada ibu bapa / penjaga kerana akhirnya anak tuan/puan akan menduduki peperiksaan PMR sebenar bermula pada 9 -16hb Oktober 2012 ini.

3.         Pihak sekolah yakin dan percaya semua ibu bapa / penjaga akan sentiasa memantau dan memastikan anak tuan puan supaya sentiasa bersedia untuk menghadapi peperiksaan penting tersebut seperti mengulangkaji pelajaran, menjaga pemakanan dan kesihatan, menyediakan peralatan peperiksaan dan tidur yang mencukupi, pengangkutan dan amal ibadat kepada Allah SWT yang sempurna.

4.         Insya-Allah dengan usaha, doa, tawakkal dan perhatian yang diberikan oleh ibu bapa khususnya dalam fasa terakhir ini, kami yakin anak tuan/puan akan mencapai KEJAYAAN YANG CEMERLANG DALAM PEPERIKSAAN PMR 2012 nanti seperti firman Allah SWT “Mintalah kepada Ku nescaya akan Ku perkenankan permintaan mu”.      

5.         Untuk makluman pihak tuan, kami juga telah menyediakan program untuk anak tuan/puan seperti dalam lampiran di sebelah. Ibu bapa / penjaga yang mempunyai kelapangan masa, boleh menghadirkan diri untuk sama-sama menyertai program tersebut. Walau bagaimanapun pihak kami tidak menyediakan makanan dan minuman.Kami juga melampirkan jadual peperiksaan PMR 2012 untuk makluman pihak ibu bapa / penjaga.

6.         Segala perhatian dan kerjasama yang diberikan oleh ibu bapa / penjaga untuk memastikan anak-anak berjaya dalam PMR 2012 amat kami hargai.

Sekian,terima kasih.

“Guru Penyayang Murid Berkualiti”
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

No comments:

Post a Comment