welcome to pelanduk katang!

Followers

Saturday, October 6, 2012

BACAAN YAASIIN DAN SOLAT HAJAT PMR SPM 2012


Kepada,

Ibu Bapa / Penjaga Pelajar Tingkatan 3 dan 5 SMK Kerteh Tahun 2012.

Tuan,

MAKLUMAN MENGADAKAN BACAAN YAASIIN DAN SOLAT HAJAT SEMPENA PEPERIKSAAN PMR DAN SPM 2012

Dengan segala hormatnya, perkara di atas adalah dirujuk.

2.         Untuk makluman ibu bapa / penjaga, pihak sekolah ingin memaklumkan bahawa  tarikh peperiksaan PMR adalah pada 9 -16hb Oktober 2012 dan SPM pada 5hb. November hingga 7hb. Disember 2012.

3.         Sehubungan dengan itu, pihak sekolah dengan kerjasama masjid-masjid sekitar qariah Kerteh akan mengadakan program Bacaan Yaasiin dan Solat Hajat seperti dalam maklumat di bawah:

3.1. PROGRAM BACAAN YAASIN DAN SOLAT HAJAT
                               Tarikh    4hb. Oktober  2012(Khamis malam Jumaat)
                               Masa     Selepas Solat  Maghrib(Jamuan disediakan)
                               tempat   :  Masjid Tengku Mizan Zainal Abidin, Masjid Jamek Kerteh,
                    Masjid Kg Labohan, Masjid Batu Putih, Masjid Bukit Pahang
Masjid Kg. Pangkalan Rangoon dan Masjid Ranggon Estate.

                        3.2.PROGRAM SOLAT HAJAT SELEPAS SOLAT JUMAAT
                              Tarikh         :      5hb. Oktober 2012(Hari Jumaat)
                              Masa          :      Selepas Solat Jumaat
                              Tempat       :      Semua masjid seperti di atas.

4.         Ibu bapa / penjaga  digalakkan untuk sama-sama menyertai program di atas bersama dengan anak jagaan masing-masing di masjid yang berdekatan.Kepada ibu bapa / penjaga yang ingin hadir dan menyumbang kewangan untuk jamuan tersebut sila lengkapkan surat jawapan di bawah.

6.         Segala perhatian dan kerjasama yang diberikan oleh ibu bapa / penjaga diucapkan terima kasih..

No comments:

Post a Comment