welcome to pelanduk katang!

Followers

Monday, May 2, 2011

Beberapa Pengertian yang perlu difahami oleh pelajar sejarah ting 5


NEGARA PERSEKUTUAN
Malaysia ialah Negara Persekutuan. Persekutuan bermaksud penyatuan beberapa buah negeri yang mempunyai sebuah Kerajaan Persekutuan serta beberapa buah Kerajaan Negeri. Kedua - dua kerajaan ini menjalankan tugas berdasarkan kuasa yang diperuntukan dalam Perlembagaan Malaysia.
-Sejarah Tingkatan 5 ( Bab 7 - Sistem Pemerintahan dan Pentadbiran Negara Malaysia)

SENARAI PERSEKUTUAN
Memuatkan bidang kuasa Persekutuan, hanya Kerajaan Persekutuan mempunyai kuasa terhadapnya.  
Senarai Persekutuan :
Hal ehwal negeri  ( hubungan luar ).
Pertahanan,Keselamatan dalam negeri.
 Pentadbiran dan keadilan,Kerakyatan Negara.
Pilihanraya Negara.
Kewangan, perniagaan,perdagangan dan perusahaan.
Perkapalan, pelayaran dan pengangkutan.
 Jabatan Ukur, penyelidikan.
Kerja raya dan tenaga pusat.
Pelajaran.
Kesihatan.
Keselamatan buruh dan sosial.
Orang Asli dan Hal-hal lain.
 -Sejarah Tingkatan 5 ( Bab 7 - Sistem Pemerintahan dan Pentadbiran Negara Malaysia)

SENARAI NEGERI
Mengandungi bidang kuasa negeri, hanya negeri sahaja yang mempunyai kuasa terhadapnya.
Senarai negeri :
 Undang-undang Islam.
Tanah.
Pertanian dan Perhutanan.
Kerajaan Tempatan.
 Perkhidmatan tempatan.
Kerajaan negeri.
Hari Cuti negeri dan undang-undang negeri
-Sejarah Tingkatan 5 ( Bab 7 - Sistem Pemerintahan dan Pentadbiran Negara Malaysia)


SENARAI BERSAMA
Kedua-dua kerajaan Persekutuan dan Negeri mempunyai kuasa terhadapnya.
Senarainya ;
Kebajikan sosial.
Biasiswa.
Taman Negara.
Perancangan Bandar dan wilayah.
Penjagaan haiwan.
 Kesihatan dan kebersihan awam.
Parit dan tali air.
Pemulihan. H
iburan awam dan Perhubungan.
 -Sejarah Tingkatan 5 ( Bab 7 - Sistem Pemerintahan dan Pentadbiran Negara Malaysia)

No comments:

Post a Comment