welcome to pelanduk katang!

Followers

Monday, May 2, 2011

Beberapa Pengertian yang perlu difahami oleh pelajar sejarah ting 5


SISTEM RAJA BERPERLEMBAGAAN
Sistem pemerintahan yang mengekalkan raja sebagai pemerintah tertinggi Negara dan negeri. Pemerintah dibantu oleh Perdana Menteri.
-Sejarah Tingkatan 5 ( Bab 7 - Sistem Pemerintahan dan Pentadbiran Negara Malaysia)

SISTEM REPUBLIK
Sistem ini menolak institusi beraja. Kerajaan diketuai oleh presiden yang dipilih oleh rakyat melalui pilihanraya. Di Perancis, Korea Selatan, India dan Filipina, presiden memegang dua jawatan, iaitu sebagai ketua kerajaan dan ketua Negara
-Sejarah Tingkatan 5 ( Bab 7 - Sistem Pemerintahan dan Pentadbiran Negara Malaysia)

No comments:

Post a Comment