welcome to pelanduk katang!

Followers

Saturday, April 16, 2011

Minggu Bidang Kemanusiaan SMK Kerteh 2011


 
MINGGU BIDANG KEMANUSIAAN
PENGGAL PERTAMA
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN KERTEH
( SEMEKER )
2011

                                                                 

Panitia Pendidikan Islam
Panitia Sejarah
Panitia Geografi
Panitia Pendidikan Seni dan Visual ( PSV )
Panitia Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan ( PJPK )
Panitia Pendidikan Sivik Dan Kewarganegaraan ( PSK )
Panitia Tasawwur Islam


1. PENGENALAN

            Bidang Kemanusiaan merupakan ilmu akademik yang mengkaji unsur - unsur kemanusiaan seperti alam sejagat, sosial, perundangan,  kesusasteraan, sejarah, falsafah, agama, seni visual, seni pentas, dan muzik. Unsur - unsur tersebut dikaji dengan menggunakan kaedah pemerhatian, soal selidik, analisis data dan lain-lain cara yang sesuai mengikut tema kajian dan penulisan. Aspek kemanusiaan yang lain termasuklah teologi, undang-undang, psikologi, filologi, retorik dan sebagainya. Aspek yang dikatakan sealiran dengan bidang ini juga adalah antropologi, kajian kawasan, komunikasi dan kajian budaya. Bidang Kemanusiaan & Sains Sosial & Kemasyarakatan ada di mana-mana. Di peringkat Kementerian Pelajaran Malaysia bidang ini dikenali sebagai Sains Sosial, di peringkat Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu dikenali sebagai Kajian Kemasyarakatan dan di sekolah dipanggil Bidang Kemanusiaan. Begitu juga di institusi pengajian tinggi awam Malaysia, bidang ini di kenali sebagai Fakulti Sastera dan Sains Sosial di Universiti Malaya (UM), Sains Kemasyarakatan dan Kemanusiaan di Universiti Kebangsaan Malaysia(UKM) dan Fakulti Ilmu Kemanusiaan di Universiti Sains Malaysia(USM) serta Fakulti & Jabatan Sains Sosial di Universiti Sultan Mizan Zainal Abidin(UniSZA). Secara umumnya, Bidang Kemanusiaan begitu luas dan merangkumi keseluruhan ruang. Di sekolah, Mata Pelajaran Pendidikan Islam, Sejarah, Geografi, Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan ( PSK ), Pendidikan Seni dan Visual ( PSV ), Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan ( PJPK ) dan Tasawwur Islam adalah duta kepada Bidang Kemanusiaan & Kemasyarakatan & Sains Sosial ini. Membimbing pelajar untuk menerajui, menerokai, meneropong, menguasai, mewarisi dan menghayati  Bidang Kemanusiaan & Sains Sosial & Kemasyarakatan untuk kejayaan dalam akademik, sahsiah dan masa depan  di Malaysia  menjadi penyebab utama Minggu Bidang  Kemanusiaan ini di adakan. Sehubungan  itu, semua panitia dibawah Bidang Kemanusiaan bergabung tenaga untuk mengadakan program ini dengan tema “ Inovasi Kemanusiaan Peneraju Transformasi”.

2. OBJEKTIF

a)      Untuk menerapkan unsur – unsur kemanusiaan melalui aktiviti kepanitiaan dalam kalangan pelajar dan warga sekolah.

b)      Untuk memberi kesedaran kepada warga sekolah bahawa mata pelajaran yang dianggap serpihan seperti PJPK, PSV dan PSK tetap penting untuk kecergasan, kekreatifan dan pembentukan sahsiah pelajar.
c)      Untuk menunjukan kepada pelajar bahawa peluang pengajian dan kerjaya dalam bidang Kemanusiaan & Sains Sosial & Kemasyarakatan pada masa hadapan terbuka luas untuk diwarisi oleh generasi hari ini.

d)      Untuk melahirkan rasa cinta kepada negara melalui mata pelajaran Sejarah, untuk melahirkan rasa kesedaran  bertauhid kepada Allah SWT melalui Pendidikan Agama Islam, memupuk jati diri menjaga alam sekitar  melalui mata pelajaran Geografi, menerapkan  jati diri nilai dan moral  melalui mata pelajaran Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan ( PSK ), melahirkan fizikal dan mental  yang cergas dan sihat melalui Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan ( PJPK ), melahirkan pemikiran yang kreatif dan inovatif melalui mata pelajaran Pendidikan Seni dan Visual ( PSV ) dan mengamalkan jati diri Kesyumulan Islam melalui Tasawwur Islam.

e)      Untuk menunjukan bahawa Bidang Kemanusiaan merentasi sempadan negara, warna kulit, teknologi dan budaya.

f)       Untuk melahirkan warga negara yang bertanggungjawab kepada agama,bangsa dan negara.

3. KUMPULAN SASAR

Pelajar Tingkatan 1 – 5 SMK KERTEH.

4. TARIKH   

            28hb. April  – 9hb. Mei  2011.

5.TEMPAT

            SMK Kerteh.

6. PERASMIAN PENUTUPAN ( 9 MEI 2011, 8.30 PAGI, DEWAN SEKOLAH)

            En. Samsul bin Salim,
            Penolong Pegawai Pelajaran Daerah Pengurusan Akademik ( Kemanusiaan )

7. TEMA

            “ Inovasi Kemanusiaan Peneraju Transformasi

8. PRINSIP PELAKSANAAN

            Tidak membenarkan pelajar keluar daripada kelas waktu pengajaran dan pembelajaran semata-mata  
              untuk berlatih dan sebagainya.

            Sebarang latihan dan aktiviti adalah pada waktu mata pelajaran bidang kemanusiaan dan pada waktu 
             yang telah ditetapkan sepanjang Minggu Bidang Kemanusiaan sahaja.

            Sebarang urusan keluar kelas pelajar perlu dicatat dalam buku kawalan kelas.

            Pelajar-pelajar diminta membawa Buku Rekod Kehadiran Kokurikulum untuk ditandatangani oleh 
             guru yang mengurus aktiviti kepanitiaan untuk hari Selasa dan Rabu jam 2.00 - 4.30 Ptg sahaja
           


No comments:

Post a Comment