welcome to pelanduk katang!

Followers

Monday, April 22, 2013

BAB 5(PEMBINAAN NEGARA DAN BANGSA YANG MERDEKA


                                                                BAB 5
  PEMBINAAN NEGARA DAN BANGSA YANG MERDEKA
  

Nota panduan

                                                            Pakatan Murni
       Maksud pakatan murni ialah usaha semua kaum di Tanah Melayu menghasilkan satu kerjasama dan tolak ansur politik melalui rundingan. Merupakan jalan penyelesaian untuk menyatupadulan pelbagai kaum. Tokoh-tokoh  yang menyertai rombongan kemerdekaan di London  ialah   Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj,   Dato’ Abdul Razak Hussein, Dato’ Panglima Bukit Gantang,   Kolonel H.s. Lee  dan  Dato’ Nik Ahmed Kamil.
            Usaha-usaha mengadakan pakatan murni di kalangan penduduk penduduk di Tanah Melayu sebelum penubuhan Parti Perikatan ialah membentuk Jawatankuasa Hubungan Antara kaum(Communities Liaison Commitee – CLC),  dianggotai kaum Melayu dan Cina,  orang Melayu bernaung di bawah UMNO dipimpin oleh Dato’ Onn bin Jaafar,  Orang Cina dinaungi Persatuan Cina Malaya(MCA) dipimpin oleh Tan Cheng Lock. Pada bulan Ogos 1949   dianggotai oleh enam orang pemimpin Melayu, enam pemimpin Cina, seorang wakil India, Sri Lanka, Serani dan Eropah, Penubuhan  Jawatankuasa Hubungan Antara kaum titik permulaan kerjasama kaum di Persekutuan Tanah Melayu, Ini merupakan perubahan dasar UMNO sanggup berunding dengan kaum lain untuk kepentingan masa depan Tanah Melayu.  Rundingan diadakan antara UMNO dan Jawatankuasa Hubungan Antara kaum , Bersetuju menubuhkan Lembaga Pembangunan Industri Desa (RIDA), Tujuan untuk memajukan ekonomi dan pendidikan masyarakat luar bandar, Pengerusinya Dato’ Onn bin Ja’afar, memberi kerakyatan kepada imigran mengikut Syarat Kerakyatan Negeri 1951, Mengadakan pilihan raya di semua peringkat   di peringkat perbandaran, negeri dan Majlis Perundangan Persekutuan, Dato’ Onn membuka keahlian UMNO kepada orang bukan Melayu,  cadangan ini  ditentang oleh masyarakat Melayu, beliau telah meninggalkan UMNO, Dato’ Onn Jaafar menubuhkan Parti Kemerdekaan Malaya (IMP), IMP  menggunakan konsep kerjasama kaum dalam dalam sebuah parti,  Keahlian IMP untuk semua kaum, IMP gagal mendapat sambutan dari kaum Melayu, Cina, India,dan kaum lain, Sir Malcolm MacDonald menubuhkan Persidangan Kebangsaan, matlamatnya  untuk mencapai kerjasama politik , mengurangkan perasaan perkauman di kalangan penduduk,  dipengerusikan oleh Dato’ Panglima Gantang,. Tunku Abdul Rahman mengadakan konvensyen kebangsaan bersama MCA, matlamatnya untuk mewujudkan kerjasama dalam politik, Kerjasama UMNO_MCA telah dibentuk untuk menghadapi pilihan raya Majlis Perbandaran Kuala Lumpur 1952.
       Kejayaan  Parti Perikatan dalam melaksanakan pakatan murni ialah memenangi  9 daripada  12 kerusi yang dipertandingkan  dalam pilihan raya Majlis Perbandaran Kuala Lumpur. Parti perikatan memenangi 26  daripada 37 kerusi yang dipertandingkan dalam pilihan raya Majlis Perbandaran  di beberapa bandar utama. Parti Perikatan memenangi 226 dripada 268 kerusi yang dipertandingkan dalam pilihan raya negeri pada tahun 1954. Pada tahun 1955, Parti Perikatan disertai oleh MIC,  Parti Perikatan menyertai pilihan raya Majlis Perundangan Persekutuan Julai 1955, Parti perikatan telah menyediakan manifesto pilihan raya, isi kandungan manifesto mencapai kemerdekaan dalam masa empat tahun,  mewajibkan pendidikan, menjadikan perkhidmatan awam bercorak tempatan, menjaga hak asasi manusia, dan melindungi hak Raja-Raja Melayu sebagai Raja Berpelembagaan. Parti Perikatan memenangi  51 daripada 52 kerusi yang dipertandingkan dalam pilihan raya Majlis Perundangan Persekutuan 1955. Kemenangan Parti Perikatan membolehkan Tunku Abdul Rahman selaku ketua Parti Perikatan menjadi Ketua Menteri, Beliau membentuk kabinet, Pembahagian anggota kabinetnya terdiri daripada pelbagai kaum,    Kabinet ini berfungsi sehingga kemerdekaan dicapai. 1956 Tunku Abdul Rahman mengetuai rombongan kemerdekaan ke London untuk mengadakan rundingan. Sebuah suruhanjaya bebas mengkaji perlembagaan telah dibentuk. British bersetuju memberi kemerdekaan kepada Tanah Melayu pada 31 Ogos 1957. Tunku Abdul Rahman mengisytiharkan tarikh kemerdekaan di Bandar Hilir Melaka.

No comments:

Post a Comment