welcome to pelanduk katang!

Followers

Friday, September 21, 2012

PANDUAN KESELAMATAN UNTUK PELAJAR


 
“PANDUAN KESELAMATAN UNTUK pelajar”
Elakkan Kemalangan : Anda Mampu Mengubahnya
Sempena
Kempen Keselamatan Pelajar
Tema
“KECUAIAN MEMBAWA PADAH”
Sayangi Diri Anda

 Keselamatan di Jalan Raya :
  1. Pelajar mestilah mempunyai lesen memandu yang sah dan memastikan cukai jalan sentiasa diperbaharui.
  2. Bacalah DOA MENAIKI KENDERAAN terlebih dahulu sebelum memulakan perjalanan.
  3. Seboleh mungkin, elakkan keluar rumah pada waktu malam dengan menggunakan motosikal. Pelajar disarankan menyelesaikan semua urusan diluar rumah pada waktu siang.
  4. Pastikan motosikal berada dalam keadaan baik seperti semua lampu, brek  tayar dan lain-lain
  5. Topi keledar hendaklah dipakai dengan sempurna dan diikat kemas
  6. Kelajuan motosikal dihadkan sebanyak 60 km/jam. Jangan memecut dan pandu dengan laju. Elakkan terlibat dalam perlumbaan haram dan merempit.
  7. Pakai pakaian yang terang supaya senang dilihat oleh orang lain.
  8. Sila patuhi peraturan lalulintas seperti berhenti di simpang jalan, patuhi lampu isyarat, menggunakan isyarat untuk membelok dan pandang kiri dan kanan sebelum melintas jalan.Guna gear yang sesuai mengikut situasi.Jangan terus melintas jika anda tidak pasti masih ada kenderaan lain di belakang kenderaan yang berada dihadapan kiri kanan anda. 
  9. Dapatkan kebenaran terlebih dahulu daripada ibu bapa / penjaga & tuan punya motorsikal sebelum menggunakanya.
Keselamatan di Sekolah :

  1. Sila berhati-hati  semasa menaiki dan menuruni tangga dari/ke Bilik Peperiksaan.
  2. Pastikan kasut dalam keadaan baik (tapak kasut masih berbunga).
  3. Sila beratur semasa masuk ke Bilik Peperiksaan.
  4. Jangan berebut semasa membeli makanan di kantin.
Keselamatan Diri
  1. Sekiranya berlaku hujan dan banjir, elakkan daripada bermain air.
  2. Sila kenalpasti kawasan longkang, berlubang dan sungai untuk elakan terjerlus dan lemas.
  3. Elakkan pergi ke laut dan ladang atau tempat yang dijangka tidak selamat.
  4. Jaga pemakanan iaitu makan makanan yang seimbang dan banyakkan minum air masak 6-8 gelas sehari.
  5. Elakkan terlibat dengan kegiatan jenayah dan penyalahgunaan dadah.
  6. Jangan melayari laman web negatif dan elakkan melayari internet dalam jangkamasa yang lama, tumpukan kepada ulangkaji subjek keesokan hari.
  7. Luahkan atau berkongsi masalah dengan guru bimbingan dan kaunseling, ibu bapa atau rakan yang boleh dipercayai.
  8. Sila pastikan kuantiti tidur yang mencukupi dan amalkan tidur yang berkualiti.
  9. Lakukan senaman ringan dan riadah bersama kawan-kawan dan keluarga.
  10. Pastikan alat tulis yang lengkap telah disediakan lebih awal termasuk payung/baju hujan
  11. Pastikan anda duduk dikerusi semasa peperiksaan dalam keadaan sopan.
  12. Sentiasa berdoa dan bertawakkal kepada Allah SWT untuk keselamatan diri khususnya sepanjang musim peperiksaan dan sepanjang kehidupan.

No comments:

Post a Comment