welcome to pelanduk katang!

Followers

Sunday, July 22, 2012

Nota bercampur-campur


Bab 5 : Pembinaan Negara Bangsa Yang Merdeka

5.1 SISTEM AHLI
1. Ciri-ciri Sistem Ahli
· sistem bertujuan melatih penduduk Tnh Mel dan kaum lain mentadbir Tnh Melayu
· merupakan cabinet bayangan, Anggota cabinet dikenali sebagai ahli yang dilantik oleh Pesuruhjaya Tinggi British dgn persetujuan Majlis Raja-raja Melayu.
· keanggotaan Sistem Ahli ialah seramai 9 org, iaitu 5 pendududk Tnh Mel dan 4 pegawai Inggeris
2. Proses pelaksanaan & kepentingan Sistem Ahli
· Ahli yang dilantik diberi tugas mengetuai satu portfolio yang mengandungi beberapa buah jabatan
· Ahli menguruskan pentadbiran serta mencadangkan undang-undang berkaitan jabatannya. Mengadakan perbincangan dgn pegawai2 kanan British berkaitan cadangan undang2
· Merupakan tapak asas untuk melatih penduduk tempatan kea rah berkerajaan sendiri dan menjadi proses kea rah perpaduan kaum di Tnh Mel
5.2 PAKATAN MURNI
1. Usaha murni kaun ke arah kerjasama dan tlak ansur politik melalui rundingan
i. Penubuhan Jawatan Hubungan Antara Kaum (CL) – UMNO dan MCA
ii. Pembukaan keahlian UMNO kepada orang bukan Melayu
iii. Penubuhan Parti Kemerdekaan Malaya (IMP)
Penubuhan Persidangan kebangsaan, 1953
iv. Tunku Abdul Rahman menganjurkan Konvensyen Kebangsaan UMNO & MCA
Pembentukan Parti Perikatan
v.
2. Hasil daripada kerjasana UMNO-CLC ialah:
a) Penubuhan RIDA bertujuan memajukan ekonomi pendidikan orang Melayu
a) Pemberian Kerakyatan Negeri 1951 kepada imigran yang lahir di Tnh Mel dgn syarat ibu atau bapa adalah warganegara Tnh mel
b) Pilihan raya peringkat majlis perbandaran, negeri dan Majlis perundangan Persekutuan akan diadakan pada masa yang sesuai
5.3 PERIKATAN DAN PAKATAN MURNI KE ARAH KEMERDEKAAN
1. Kesan kemenangan Parti Perikatan dalam pilihan raya Majlis Perundangan persekutan 1955 ilaah Tunku Abdul Rahman dilantik sebagai ketua Menteri dan pembentukan anggota cabinet daripada pelbagai kaum
2. Tunku Adul Rahman telah mengetuai rombongan rundingan kemerdekaan ke Landon pada bulan Febuari 1956 yg disertai oleh wakli Perikatan dan wakil Raja2 Melayu
5.4 PERJANJIAN PERSEKUTUAN TANAH MELAYU 1957
1. Suruhanjaya Reid ditubuhkan pada Mac 1956 bertujuan membincangkan dan menyusun Perlembangaan Persekutuan Tanah melayu yang merdeka
2. Isu yang diberi tumpuan oleh Suruhanjaya reid ialah soal kerakyatan secara jus soli
3. Tolak ansur yang dicapai ialah Raja2 Melayu menerima kerakyatan secara jus soli sementara kaum lain mengiktirafkan kedudukan istimewa orang Melayu
4. Pelaksanaan tugas Suruhanjaya Reid:
i. Mac 1956 : pembentukan Suruhanjaya reid
ii. Feb 1957 : cadanagan Suruhanjaya Reid diterbitkan
iii. Mei 1957 : Cadangan Suruhanjaya reid diterima oleh Parlimen British
iv. 17 Ogos 1957: Majlis Mesyuarat Perundanagan Persekutuan mengesahkan cadangan Suruhanjaya Reid untuk memebentuk Perlembagaan kemerdekaan 1957
5. Isi-isi penting Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1957
a. Pembentukan sebuah kerajaan pusat yang kuat
b. Pembahagian kuasa melalui Senarai Persekutuan dan Senarai Negeri
a. Pembentukan institusi Raja Berperlembagaan
b. Tiga bentuk kerakyatan, iaitu melalui kuatkuasa undang-undang, secara naturalisasi dan melalui permohonan
c. Kedududkan istimewa orang Melayu dikekalkan
d. Agama Islam sebagai agama rasmi
e. Bahasa melayu diiktiraf sebagai bahasa kebangsaan
f. Yang di-Pertuan Agong diiktiraf sebagai ketua Negara
g. Pentadbiran Negara bersifat demokrasi berpalimen
h. Menteri Besar menjadi pelaksana pentadbiram peringkat negeri dengan dibantu oleh Dewan Negeri dan EXCO
BAB 7 : SISTEM PEMERINTAHAN DAN PENTADBIRAN NEGARA MALAYSIA
1. Institusi Raja Berperlembagaan dan bidang kuasa Yang di-Pertuan Agong
( a ) Konsep Raja Berperlembagaan
• Sistem pemerintahan yang mengekalkan raja sebagai pemerintah tertinggi
• Pemerintah dibantu oleh Perdana Menteri
• Sistem pemerintahan beraja mengikut peruntukan dalam perlembagaan Malaysia.
• Yang Pertuan Agong bertindak berdasarkan perlembagaan dan nasihat Perdana Menteri.
• Yang di – Pertuan Agong di pilih daripada kalangan negeri raja Melayu daripada 9 buah negeri. secara bergilir-gilir
• Pemilihannya berdasarkan peruntukan dalam Perlembagaan Malaysia
( b ) Bidang Kuasa Yang di-Pertuan Agong Mengikut Perlembagaan Malaysia.
• Yang di Pertuan Agong mengetuai tiga badan kerajaan iaitu badan perundangan (Legislatif), badan pemerintahan (eksekutif) dan badan kehakiman (Judisiari)
• Yang di Pertuan Agong berkuasa memanggil dan membubarkan parlimen
• Yang di Pertuan Agong adalah Ketua Tertinggi Angkatan Bersenjata. Baginda berkuasa mengampun dan menangguhkan sesuatu hukuman terhadap kesalahan yang dibicarakan oleh Mahkamah Tentera
• Bertanggungjawab menjaga dan memelihara kedudukan dan hak istimewa orang Melayu.Baginda boleh menitahkan Majlis Raja-Raja Melayu mengadakan mesyuarat bagi membincangkan keistimewaan, kedudukan, dan kehormatan Raja- Raja Melayu
• Sebagai ketua agama Islam bagi negeri baginda sendiri, Pulau Pinang, Melaka, Wilayah Persekutuan, Sarawak dan Sabah
• Mempunyai kuasa budi bicara untuk melantik Perdana Menteri. Baginda mempunyai kuasa melantik dan melucutkan jawatan Jemaah Menteri dan Timbalan Menteri setelah mendapat nasihat Perdana Menteri
• Berkuasa mengisytiharkan undang-undang darurat di bawah Undang-Undang X jika mendapati keselamatan negara terancam
• Berkuasa melantik pengerusi dan tiga orang ahli Suruhanjaya Pilihan raya, ahli Perkhidmatan Kehakiman serta Pengerusi dan Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam. Baginda juga bertanggungjawab melantik Peguam Negara dan seorang Ketua Audit Negara bagi Persekutuan
( c ) Kepentingan Raja Berperlembagaan
• Merupakan tonggak keagungan kerajaan Malaysia sejak merdeka hingga kini
• Membantu memantapkan kewibawaan institusi beraja di negara kita
• Memberi keseimbangan kepada raja yang menaungi rakyat dan rakyat yang dinaungi raja
2. KONSEP NEGARA PERSEKUTUAN DAN FUNGSINYA .
• Malaysia ialah sebuah negara Persekutuan
• Persekutuan bermaksud penyatuan beberapa buah negeri yang mempunyai sebuah kerajaan Persekutuan serta beberapa buah kerajaan negeri.
• Kedua-dua kerajaan ini menjalankan tugas berdasarkan kuasa yang yangdiperuntukkan dalam Perlembagaan Malaysia.
( a ) Pengagihan Kuasa Pentadbiran Malaysia
Senarai Persekutuan
Memuatkan bidang kuasa Persekutuan iaitu hanya Kerajaan Persekutuan mempunyai kuasa terhadapnya
• Hal ehwal luar negeri(hubungan luar)
• Pertahanan
• Keselamatan dalam negeri
• Pentadbiran dan keadilan
• Kerakyatan negara
• Pilihanraya negara
• Kewangan
• Perniagaan, perdagangan dan perusahaan
• Perkapalan, pelayaran dan pengangkutan
• Jabatan Ukur, penyelidikan
• Kerja raya dan tenaga pusat
• Pelajaran
• Kesihatan
• Keselamatan buruh dan sosial
• Orang Asli
• Hal-hal lain
( b ) Senarai Negeri
Mengandungi bidang kuasa yang diperuntukkan kepada negeri iaitu Kerajaan Negeri sahaja mempunyai kuasa terhadapnya
• Undang-undang Islam
• Tanah
• Pertanian dan perhutanan
• Kerajaan Tempatan
• Perkhidmatan tempatan
• Kerajaan negeri
• Hari cuti negeri
• Undang-undang negeri
Senarai Bersama
Senarai Bersama menurunkan bidang kuasa Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri. Dalam bidang kuasa ini kedua-dua kerajaan mempunyai kuasa terhadapnya.
• Kebajikan sosial
• Biasiswa
• Taman Negara
• Perancangan bandar dan wilayah
• Penjagaan haiwan
• Kesihatan dan kebersihan awam
• Parit dan tali air
• Pemulihan
• Hiburan awam
• Perhubungan
Rumusan
• Persekutuan adalah satu kaedah menyatukan pelbagai wilayah yang dahulunya wujud berasingan.
• Hubungan baik Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri perlu dipupuk demi kestabilan dan kewibawaan Kerajaan Persekutuan dalam m embantu mengurangkan perbalahan etnik
• Pemimpin dan rakyat mesti mengamalkan toleransi demi kepentingan bersama.
3. PERBANDINGAN BIDANG KUASA KERAJAAN PERSEKUTUAN DENGAN KERAJAAN NEGERI.
( a ) Bidang kuasa Kerajaan Persekutuan
• Perlembagaan persekutuan peruntukkan kuasa yang luas kepada kerjaan Persekutuan dalam pentadbiran negeri
• Badan eksekutif mempunyai tugas menjalankan kuasa eksekutif mengikut perlembagaan dan undang-undang yang sedia ada.
• Kuasa eksekutif kerajaan persekutuan terletak kepada Yang di-Pertuan Agong
• Kabinet dan Jemaah Menteri menjalankan kuasa Eksekutif dan diketuai oleh Perdana Menteri.
( b ) Bidang kuasa Kerajaan Negeri
• Peruntukan kuasa eksekutif kepada Kerajaan negeri oleh Perlembagaan Malaysia.
• kuasa Eksekutif terletak kepada Raja, sultan atau Yang Dipertua Negeri,
• Menteri Besar atau Ketua Menteri di lantik oleh Sultan atau Yang diPertua
• Urusan Pentadbiran terletak kepada Perlembagaan Negeri.
• Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri mengandungi sembilan ahli DUN serta tiga orang pegawai kerajaan iaitu setiausaha Kerajaan negeri, Pegawai kewangan negeri dan Penasihat undang-undang negeri.
( 3 ) LAMBANG-LAMBANG NEGARA
Tujuan
• Rakyat dapat menunjukkan kesetiaan terhadap tanah air
• Rakyat sanggup berkorban dan kecintaan terhadap tanah air
• Rakyat sentiasa bersemangaat
• simbol perpaduan
• Lambang kemegahan penduduk
• Membezakan Malaysia dengan Negara lain
• Melambangkan kedaulatan sesebuah Negara
• Taat kepada pemerintah
• Terdiri daripada Jata Negara, bendera kebangsaan dan lagu kebangsaan.
( a ) JATA NEGARA
• Menjadi lambang kemegahan penduduk negara
• Setiap lambang mempunyai maksud tersendiri
• Lima bilah keris lambang negeri Kedah, Kelantan,Terengganu dan Johor yang dikenali sebagai Negeri Melayu Tidak Bersekutu.
• Pokok Pinang mewakili negeri Pulau Pinang.
• Pokok Melaka melambangkan negeri Melaka.
• 2 ekor harimau melambangkan keberanian.
• Negeri Sarawak dan Sabah dilambangkan jata negeri tersebut.
• Bulan sabit –agama Islam sebagai agama rasmi dan bintang empat belas gabungan 14 buah negeri Persekutuan.
• Empat jalur berlainan warna merujuk negeri Perak, Selangor, Negeri Sembilan, dan Pahang yang dikenali sebagai Negeri Melayu Bersekutu.
• Hitam putih lambang negeri Pahang.
• Warna merah dan kuning lambang negeri Selangor.
• Warna hitam, putih, dan kuning lambang negeri Perak.
• Warna merah, hitam, kuning lambang negeri Sembilan
( b ) BENDERA KEBANGSAAN
• Menggantikan bendera Union Jack pada tengah malam 31 Ogos 1957
• Pada tahun 1949 ditubuhkan Jawatankuasa reka bentuk Bendera Persekutuan Tanah Melayu
• Adakan pertandingan mereka bentuk bendera dan 373 peserta mengambil bahagian.
• Encik Mohamad Hamzah telah terpilih sebagai pemenang.
• Pada 26 Mei 1950 buat pertama kali Bendera Persekutuan berkibar di perkarangan istana Sultan Selangor.
• Bendera Persekutuan dikenali juga Jalur Gemilang.
• Dikibar di majlis rasmi dan adapt istiadat rasmi, seperti hari keputeraan Yang di- Pertuan Agong dan Hari Kebangsaan.
• Warna merah- keberanian
• Warna putih –kesucian
• Warna biru –Perpaduan
• Warna kuning –lambang kedaulatan Raja-raja Melayu
• Bulan sabit –lambang agama Islam sebagai agama rasmi
• Bintang berpecah empat belas-lambang gabungan empat belas negeri.
• 14 Jalur –warna merah dan putih lambang gabungan negeri.
( c ) LAGU KEBANGSAAN.
• Sebelum Merdeka lagu kebangsaan ialah ‘God Save the Queen’
• Lagu kebangssan negara kita dikenali juga lagu Negaraku yang dicipta pada tahun 1957
• Pemilihan lagu dibuat oleh Tunku Abdul Rahman yang mengetuai sekumpulan jemaah hakim di Dewan Polis Depoh, Kuala Lumpur
• Pasukan pancaragam polis Di raja telah memperkenalkan 4 buah lagu.
• Lagu Terang Bulan iaitu lagu kebangsaan negeri Perak dipilih kerana mempunyai unsur kemelayuan.
• Majlis Raja-Raja Melayu memperkenankan keputusan jemaah hakim tersebut
• Lagu terang bulan dipilih sebagai asas lagu kebangsaan
• Digubah semula oleh En. Saiful Bahri
• Lirik lagu menggambarkan kesetiaan rakyat kepada negara.
• Lirik lagu menuntut kita supaya bersyukur, taat kepada raja dan sanggup berkorban demi mempertahankan tanah air
• Membangkitkan semangat patriotik dan cintakan negara
1
Mengapakah manusia memilih lembah sungai untuk petempatan mereka?
(m/s 8)

A
Lembah berpaya sesuai untuk pertahanan

B
Air banjir untuk mengairi tanaman

C
Tanah yang subur untuk pertanian

D
Sempadan menentukan pengaruh politik


2
Mengapakah Tamadun Indus mengalami kehancuran pada tahun 1800 s.m.?
                                                                                                                (ms 23 )

I
Bencana alam

II
Serangan orang Aryan

III
Pemberontakan rakyat

IV
Kelemahan pemerintahan Asoka




A
I dan II

B
I dan IV

C
II dan III

D
III dan IV


3.
Apakah yang menjadi teras perundangan Tamadun China pada zaman Dinasti Chin?                                                                                                          (ms 47 )

I
Hukuman berat

II
Bersifat kolektif

III
Sebagai pemulihan

IV
Keputusan pembesar




A
I dan II

B
I dan IV

C
II dan III

D
III dan IV


4.









Mengapakah kedua-dua konsep di bawah amat berpengaruh dalam kehidupan tamadun masing-masing?













( ms 58)

A
Menghubungi roh si mati

B
Meramalkan bencana alam

C
Menentukan nasib seseorang

D
Mengimbangi kesihatan dalam kehidupan





5.

Apakah bukti penemuan yang menunjukkan wujud zaman logam di Asia Tenggara?
(ms 73 )

A
Serunai besi

B
Kercing emas

C
Gong tembaga

D
Gendang gangsa


6.

Apakah faktor yang menyebabkan kerajaan Angkor maju dalam bidang pertanian?
(ms 77 )

A
Sistem pengairan yang baik

B
Pelabuhan entreport

C
Tentera yang kuat

D
Kedudukan yang strategik

7.
Faktor utama yang membolehkan kerajaan Angkor menjadi sebuah kerajaan yang kuat kerana kedudukannya yang berhampiran dengan Tasik Tonle Sap.

Antara berikut, yang manakah merupakan kepentingan tasik Tonle Sap kepada kerajaan Angkor (ms 77 )

I
Tanah subur

II
Sumber air

III
Sistem pengangkutan

IV
Pusat pelancongan




A
I dan II

B
I dan IV

C
II dan III

D
III dan IV
                                                                                         



8.



Mengapakah perbuatan di bawah dilakukan oleh masyarakat Arab Jahiliah?

(ms 101 )

A
Kemiskinan hidup

B
Korban kepada tuhan 

C
Menjaga maruah keluarga

D
Mengurangkan tanggungan




9.

Apakah faktor-faktor yang menyebabkan munculnya cara hidup berkabilah
di kalangan masyarakat Arab jahiliah?
(ms 102 )

I
Keadaan geografi

II
Ketua mesti berilmu

III
Tempat tinggal yang terasing

IV
Semangat asabiyah


A
I dan II

B
I dan IV

C
II dan III

D
III dan IV


10.

Penghijrahan orang Islam dari kota Makkah ke Madinah  berlaku kerana
(ms 121 )

A
melarikan diri

B
mengembangkan ekonomi

C
mendapatkan perlindungan

D
menerima jemputan masyarakat setempat
                                                                                               
11.
Nabi Muhammd  s.a.w menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh masyarakat Madinah berlandaskan
 (ms  127)

I
Adat

II
Keadilan

III
Musyawarah

IV
semangat assabiyah


A
I dan II

B
I dan IV

C
II dan III

D
III dan IV





12

Sebelum wafat Nabi Muhammad s.a.w telah menyampaikan amanat penting kepada umat Islam menerusi khutbah terakhir

Apakah amanat penting tersebut ?
(ms 137 )

I
Mementingkan perpaduan

II
Melantik Abu Bakar al-Siddiq sebagai pengganti

III
Menasihati kaum Quraisy  memeluk agama  Islam

IV
Mengamalkan hidup berasaskan Al-Quran dan Sunnah


A
I dan II

B
I dan IV

C
II dan III

D
III dan IV
     



13.

Penghasilan buku al-Shamil fis Sina’ah al-Tabibiyah menunjukkan
(ms152 )

A
Peningkatan dalam bidang rawatan selepas pembedahan

B
Perkembangan ilmu dalam bidang kimia

C
Perkembangan ilmu al-Sunnah

D
Peningkatan dalam ilmu tafsir

                             

14.

Apakah sumbangan Khalifah Abu Bakar al Siddiq semasa pemerintahannya?
(ms144-145 )

A
Membukukan al Quran

B
Menubuhkan jabatan baru

C
Menghapuskan golongan murtad

D
Membina sistem pengairan
                                                                                               

15.
Gelaran di bawah digunakan selepas kedatangan Islam.



-          Zillullah fil-ardh
-          Zillullah fil -alam





Apakah maksud gelaran tersebut?
(ms 196 )

A
Raja

B
Wakil tuhan

C
Pemimpin

D
Bayangan Allah



16.
Apakah kandungan yang terdapat dalam okum kanun di bawah?



Hukum Kanun Melaka




 (ms199 )

A
Undang-undang keluarga

B
Tugas nakhoda

C
Peraturan di lautan

D
Penentuan timbangan



17.
Maklumat di bawah merupakan undang-undang bertulis yang terdapat di negeri-negeri Melayu.



Ÿ     Undang-undang Johor
Ÿ     Undang-undang Kedah






Mengapakah sistem perundangan itu diwujudkan?
 (ms 200 )

I
Membasmi kemiskinan.

II
Melicinkan pentadbiran.

III
Mengawal tingkah laku manusia.

IV
Memajukan kegiatan perdagangan.


A
I dan II

B
I dan IV

C
II dan III

D
III dan IV


18.

Apakah faktor yang mendorong kemunculan golongan Baron di Eropah  pada   Zaman  Gelap?
(ms 215 )

A
Kemusnahan kuasa pusat

B
Kemunculan petani kecil

C
kemerosotan perdagangan

D
Keperluan bahan makanan
                                                                                               

19.

Mengapakah gerakan  Reformation  dapat berkembang dengan pesat di Jerman?
(ms 221 )

A
Galakan raja

B
Campur tangan Paus

C
Penciptaan mesin cetak

D
Perkembangan perdagangan


20.

Antara galakan yang diberikan oleh British kepada peladang yang mengusahakan tanaman getah ialah
(ms248 -249 )

I
pemberian hadiah

II
tarif cukai yang rendah

III
kadar sewa tanah  rendah

IV
membina  kilang memproses


A
I dan II

B
I dan IV

C
II dan III

D
III dan IV


                                                                                                           

21.

Pada abad ke-19 pedagang tempatan di Tanah Melayu hanya boleh mendapatkan perkhidmatan bank Eropah melalui
(ms 257 )

A
Sultan

B
Residen

C
Komprador

D
Penggawa


22.

Apakah yang dimaksudkan dengan sistem pendidikan vernakular?
(ms265 )

A
Bahasa ibunda digunakan

B
Masa pembelajaran ditetapkan

C
Terhad kepada golongan dewasa

D
Lengkap dengan pakaian seragam


23.

Negara
Hasil kekayaan
Tanah Melayu
Bijih timah, getah
Indonesia
Bijih timah, rempah ratus
Negara Thai
Bijih timah, kayu jati

Apakah ystem yang membolehkan kuasa penjajah menguasai hasil bumi tersebut?
 (ms5 )

A
Membuka perindustrian baru

B
Pengenalan sistem politik barat

C
Perluasan pelabuhan entreport

D
Memberi keistimewaan kepada pemerintah


24.

Apakah peranan Encomiendero dalam ystem Encomienda di Filipina?
 (ms 9)

A
Mendaftar tanah

B
Memajukan perdagangan

C
Mengkristiankan penduduk

D
Menggubal undang-undang


25.

Apakah faktor berlakunya penentangan penduduk tempatan terhadap kuasa Barat di Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak pada abad ke-19 ?
(ms 30)

A
Penggunaan sistem telegraf

B
Pembinaan sistem pengangkutan

C
Pengenalan sistem pentadbiran penjajah

D
Penubuhan sistem pendidikan vernakular




26.

Mayat Tok Jangut telah digantung dalam keadaan kepala ke bawah dan kaki ke atas di pasar setelah terkorban dalam peristiwa serangan British pada bulan Mei 1915 di Saring, Pasir Puteh.

Apakah yang dilakukan oleh British sebelum Tok Janggut digantung sedemikian?
 (ms 42)

A
Dibiarkan terseksa di Pasir Puteh

B
Ditunjukkan kepada sultan Kelantan

C
Diarak ke seluruh pekan Kota Bharu

D
Dicam mayat oleh Engku Besar Jeram


27.

Lambang negara merupakan simbol atau tanda yang menjadi identiti sesebuah negara

Apakah peralatan yang menjadi simbol kedaulatan raja dan kerajaan yang memerintah pada zaman Kesultanan Melayu Melaka?
 (ms 76)

I
Nobat

II
Bendera

III
Cogan kata

IV
Alat regalia


A
I dan II

B
I dan IV

C
II dan III

D
III dan IV

28.
Apakah tujuan British memperkenalkan pentadbiran di bawah?



MALAYAN UNION-1946




 (ms 95 )

I
Menjimatkan kos

II
Melicinkan pentadbiran

III
Mengukuhkan kuasa politik setempat

IV
Memenuhi permintaan penduduk tempatan


A
I dan II

B
I dan IV

C
II dan III

D
III dan IV





29.

Mengapakah Singapura tidak dimasukkan ke dalam  Malayan Union 1946?
(ms 96)

A
Mempunyai penduduk daripada kaum Melayu, Cina & India

B
Mewakili kerajaan Negeri-Negeri Selat

C
Menjaga kepentingannya sebagai pelabuhan bebas

D
Mempunyai banyak hasil daripada penduduk tempatan

30.
Ahli-ahli yang dilantik dalam Sistem Ahli berperanan untuk
(ms 118 )

I
mengurus pentadbiran harian jabatan

II
mencadangkan undang-undang yang berkaitan

III
menggubal dasar-dasar baru untuk kepentingan rakyat

IV
mengarah pegawai-pegawai kanan melaksanakan tugas


A
I dan II

B
I dan IV

C
II dan III

D
III dan IV

No comments:

Post a Comment