Putrajaya atau nama penuhnya Wilayah Persekutuan Putrajaya ialah pusat pentadbiran Kerajaan Persekutuan Malaysia yang menggantikan Kuala Lumpur pada
1999. Putrajaya, bandar raya pintar dalam taman terletak 25 kilometer
di selatan Kuala Lumpur merupakan sebuah bandaraya futuristik yang
menempatkan pusat pentadbiran Kerajaan Persekutuan.
KEMAJUAN MALAYSIA DALAM ASPEK PENTADBIRAN
Dari
sebuah tempat terpencil yang dikenali dengan nama Prang Besar, kawasan
ini melonjak membangun dengan nama Putrajaya mulai 12 Oktober 1994.
Berbanding dengan Kuala Lumpur, sebuah bandar tinggalan penjajah,
Putrajaya dibangunkan oleh anak bangsa sendiri dengan bercirikan budaya
tempatan.
Mula
dibina pada 16 April 1995, Putrajaya akan menggunakan aplikasi
teknologi maklumat (IT). Dengan terbinanya Putrajaya, suatu hari nanti
Kuala Lumpur, Putrajaya, dan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur
(KLIA) akan menjadi Bandar gergasi standing dengan Tokyo dan Yokohama di
Jepun.
Untuk
mencapai matlamat ini, Wetland Putrajaya telah dibina untuk
menyingkirkan sedimen dan membersihkan aliran permukaan yang tercemar
sebelum ia memasuki tasik. Sesuai dengan lokasinya di tengah-tengah
bandaraya, Wetland Putrajaya menjadi titik penting dalam membawa rakyat
untuk bersama-sama mencapai matlamat dari segi rekreasi, pendidikan dan
penyelidikan.
Lokasinya yang berada ditengah-tengah Koridor Raya Multimedia,
Putrajaya seluas 4,931 hektar ini dibangunkan dengan kos RM20.5 billion
mengandungi Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, Perumahan,
Kemudahan komersial, kemudahan sosial dan kemudahan keagamaan.
Pada
10 Mei 1999, Kompleks Pejabat Perdana Menteri mula beroperasi di
Putrajaya. Putrajaya menjadi penanda aras kepada pembangunan dan
pentadbiran sesebuah bandar baik di peringkat dalam negara mahupun di
peringkat antarabangsa.
No comments:
Post a Comment