welcome to pelanduk katang!

Followers

Friday, October 11, 2013

kEJAYAAN MALAYSIA MENGEKALKAN KEAMANAN

Kongsi kejayaan Malaysia kekalkan keamanan

DITCHLEY Park Country House adalah sebuah ladang di utara Oxfordshire yang sangat menarik. Di dalamnya tersergam sebuah rumah agam yang dibina dengan sentuhan senibina klasik Georgian.
Terletak di Wychwood Forest, ladang ini pernah menjadi tempat aktiviti berburu keluarga diraja England.
Tempat ini juga pernah menjadi rumah hujung minggu Perdana Menteri Britain, Winston Churchill dan ahli-ahli Kabinetnya pada era perang 1940 dan 1941.
Hiasan dalam rumah agam ini sangat mempersonakan. Pada waktu malam pula Ditchley Park sangat indah, apatah lagi ketika musim panas.
Khabarnya menu makan malam di sini juga menakjubkan.
Oleh kerana kedudukannya yang agak terpencil, tempat ini menjadi pilihan untuk diadakan pelbagai aktiviti seperti pemukiman, persidangan serta majlis ilmu yang lain.
Pada 10 September lalu, sempena lawatan kerjanya selama lima hari ke United Kingdom, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengunjungi Ditchley Park.
Beliau dijemput menyampaikan ucaptama bertajuk Peranan negara-negara Islam dalam mewujudkan kestabilan: Pengalaman Malaysia sempena majlis Malam Tahunan Lembaga Pemegang Amanah Pusat Pengajian Islam Oxford (OCIS).
Bertempat di bilik perpustakaan utama yang sederhana besar tetapi penuh klasik, Muhyiddin memulakan ucapannya dengan berkongsi pengalaman Malaysia. Bagaimana perkongsian kuasa yang menjadi amalan luhur oleh sebuah negara kecil yang penduduknya hanya berjumlah 28 juta dan 60 peratus daripadanya adalah orang Islam telah memberi kejayaan besar kepada negara itu.
Walaupun orang Islam adalah majoriti di Malaysia menurut Muhyiddin, mereka tidak memerintah negara berseorangan. Sebaliknya pemimpin-pemimpin beragama Islam percaya kuasa politik perlu dikongsi secara saksama oleh pelbagai komuniti etnik dan agama.
Tujuannya hanya satu bagi memastikan keamanan dan kestabilan berkekalan di Malaysia. Rakyat dapat hidup aman dan penuh kemakmuran.
Sebagai sebuah negara yang majoritinya adalah orang Islam, beliau juga percaya pendidikan Islam yang betul menjadi kunci kepada pembentukan sebuah masyarakat Islam yang mencintai keamanan.
Muhyiddin mengambil contoh pendidikan Islam yang diajar di sekolah-sekolah kerajaan kepada murid dan pelajar beragama Islam. Penekanan kepada prinsip-prinsip kesederhanaan, toleransi agama serta amalan saling menghormati dan menjadi menjadi faktor penting yang membolehkan orang Islam dan kaum-kaum lain di Malaysia dapat hidup secara aman.
Ada petikan menarik yang boleh direnungkan : ''Menjadi seorang Islam yang warak juga bermakna menjadi seorang yang baik kepada orang lain. Menghormati orang bukan Islam malah membantu mereka, tidak akan menjadikan seorang Islam, 'kurang Islam.'
Dalam satu majlis lain di Four Seasons Park Lane, London sebelum itu pula Timbalan Perdana Menteri mengadakan perbincangan dengan lebih 20 kapten industri utama di United Kingdom.
Banyak nama-nama besar dan penting dalam industri yang hadir.
Antaranya Naib Presiden BAE Systems untuk Asia Tenggara dan India Chris Nunn; Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), Dewan Perdagangan London Peter Bishop; Pengerusi dan pemilik firma arkitek terkemuka, Werner Aeberhard; Naib Presiden Industri Rolls Royces, Robert Watson; CEO Surrey Satelite Technology. Sir Martin Sweeting, Naib Presiden Asia Standard Chartered Sir Thomas Harris; Pengarah Bahagian Hubungan Kerajaan Tesco Simon Burton; Felo Kanan Perniagaan dan Penyelidikan Oxford University, Murray Simpson; dan Timbalan Naib Canselor Reading University, Profesor Tony Downes.
Perbincangan berkisar bagaimana Malaysia dan United Kingdom dapat meningkatkan lagi hubungan dagang, pelaburan dan pendidikan sedia ada bagi faedah kedua- dua buah negara.
Malaysia memberi jaminan akan meneruskan polisi mesra perniagaan, berhemat dan pragmatik bagi memastikan iklim pelaburan negara terus kekal menarik.
Hasil pertemuan itu sangat positif. Menteri Perdagangan dan Pelaburan United Kingdom, Lord Green yang hadir dalam perbincangan turut memberi jaminan United Kingdom akan terus memberi sokongan bagi mengukuhkan hubungan dalam tiga bidang utama itu.
Green turut berkeyakinan hubungan baik yang sudah terjalin sekian lama dapat membantu Malaysia mencapai status negara maju menjelang 2020.
Lawatan kerja ini menyusul dua bulan selepas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak merasmikan upacara pecah tanah projek pembangunan semula Stesen Janakuasa Battersea yang dimajukan oleh sebuah konsortium Malaysia.
Selain menjadi simbol hubungan erat Malaysia dan United Kingdom, lawatan ini memberi banyak manfaat kepada masa depan kedua-dua buah negara.

No comments:

Post a Comment