Kejayaan Malaysia dan cabaran yang menanti
Mazlan Nordin
KADANG kala ditanya ialah betapa Malaysia diukur kemajuannya dalam
pelbagai bidang setelah sekian lama merdeka. Antara jawapan masa kini
ialah laporan lengkap berjudul
From Kampung to.
Twin Towers, karya Dr. Richard Leete, seorang pegawai expatriate yang
pernah berkhidmat di Malaysia dan kemudian menjadi pegawai kordinasi di
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.
Pada permulaannya beliau mencatat betapa Malaysia telah berubah sama
sekali dari sebuah negara miskin dan pertanian menjadi negara moden dan
penuh bangga kerana kemajuan pesat yang dicapai.
Bilangan penduduk, umpamanya telah meningkat lebih daripada dua
pertiga dari 7.4 juta pada tahun 1957 hingga 13.7 juta pada tahun 1980
dan 26.1 juta pada tahun 2005. Bilangan mereka lebih ramai dari penduduk
Australia dan New Zealand.
Bilangan warga bumiputera meningkat daripada kira-kira setengah pada
tahun 1957 hingga dua pertiga menjelang peralihan abad. Pada masa yang
sama bilangan warga Cina menurun daripada 37 peratus kepada 26 peratus
dan bilangan warga India daripada 11 peratus kepada 8 peratus.
Lantas disebut betapa kian meluasnya rasa identiti nasional dari masa
lampau kerana sebilangan besar bukan Melayu lahir dan membesar di
Malaysia dan kebanyakan para pekerja asing memilih untuk bermastautin
sebagai bumiputera.
Juga disebut betapa Malaysia dapat mengatasi beberapa krisis besar
sama ada dari luar atau dalam negeri. Ketika mencapai kemerdekaan pada
tahun 1957, negara menghadapi darurat (1948-60), iaitu pemberontakan
Parti Komunis Malaya. Seperti diakui penyokong-penyokongnya mahu
mendirikan sesuatu republik komunis.
Lain-lain cabaran berlaku selanjutnya, termasuk konfrontasi Indonesia
pada tahun 1962-1966, pemisahan Singapura dari Malaysia, pada tahun
1965, rusuhan perkauman 1969, kepincangan ekonomi pada awal 1970-an dan
pertengahan 1980-an. Demikian antara pelbagai cabaran yang dihadapi.
k
emiskinan
Dalam pada itu ialah kejayaan Dasar Ekonomi Baru anjuran Tun Abdul
Razak untuk mengatasi masalah kemiskinan rakyat dan keadaan tidak
seimbang antara kaum.
Di samping itu ialah pelancaran kereta Proton yang mulanya tidak
dipersetujui oleh pelbagai pihak, termasuk daripada golongan akademik.
Namun usaha tersebut terus berjaya. Selanjutnya dicatat ialah penubuhan
Universiti Kebangsaan Malaysia (1970), yang pertama menggunakan bahasa
Melayu sebagai bahasa pengantar utama. Dan Universiti Putra Malaysia,
Universiti Sains Malaysia, Universiti Tekonologi Malaysia, Universiti
Teknologi MARA, Universiti Teknologi Petronas, Universiti Tenaga
Nasional. Universiti Tun Abdul Razak, Universiti Tunku Abdul Rahman.
Antara lain-lain hal yang disebut:
l Bilangan universiti-universiti swasta meningkat sejak pertengahan
1990-an. Bahasa Inggeris menjadi bahasa pengantar utama. Ini akan
memberi kelebihan kepada mereka dari universiti-universiti yang bahasa
pengantarnya bahasa Melayu, terutama bila bersaing untuk mendapatkan
para pelajar antarabangsa. Bilangan para pelajar bukan - bumiputera akan
mengatasi yang lain di peringkat institusi swasta. Pertanyaan: Betapa
nanti bila bersaing mencari kerja?
l Parlimen dipulihkan pada bulan Februari 1971, kira-kira 21 bulan
setelah ditangguh sidangnya, Perlembagaan Malaysia dipinda untuk
menghindarkan perbincangan terbuka berupa hasutan mengenai bahasa,
kerakyatan, kedudukan orang Melayu dan status sultan.
l Dalam masa pemerintahan penjajah sebahagian besar kawasan-kawasan
luar bandar tidak mendapat perhatian dalam rancangan pembangunan dan
penduduknya, sebahagian besar Melayu, tidak mendapat kemudahan-kemudahan
asas seperti di bandar, termasuk kemudahan ke sekolah-sekolah, bekalan
elektrik dan air, kemudahan telekomunikasi dan kemudahan bagi yang
sakit.
l Ketika kemerdekaan, kepentingan-kepentingan asing dan Cina hampir
menguasai kekayaan korporat. Pada tahun 1970 kepentingan asing menguasai
kekayaan korporat sejumlah 63 peratus, 27 peratus lagi oleh Cina dan
hanya 2 peratus oleh bumiputera.
l Menjelang tahun 2007 hampir hapus kemiskinan orang Melayu.
Rancangan-rancangan pembangunan luar bandar dan pertanian meningkat
pendapatan para petani. Pelbagai struktur pelajaran, kesihatan dan
kemudahan sosial meningkatkan cara hidup rakyat umumnya.
l Jumlah penduduk Malaysia dijangka meningkat hingga 28.4 juta pada
tahun 2010 dan 33.1 juta pada tahun 2020. Menjelang tahun 2020, lebih
daripada seorang dari tiap lima warga Malaysia akan tinggal di Sabah dan
Sarawak.
Buku
From kampung to Twin Towers (Oxford Fajar)
memuatkan kata-kata pengantar Raja Nazrin Shah mengingatkan tentang
perubahan-perubahan yang perlu dilakukan jika negara mahu terus makmur
selama 50 tahun akan datang.
Lain-lain cabaran dan masalah telah pun muncul dewasa ini, termasuk pada peringkat negeri. Jika sudah maju dari kampung ke
Twin Towers, betapa pula kemudian nanti?