welcome to pelanduk katang!

Followers

Saturday, February 19, 2011

Hahaha...Sejarah TOV SPM Korang dan Birokrasi Barat Bab 1 Sej Ting 5

Assalamualaikum....hai...

Akhirnya....siap juga la semak Sejarah SPM TOV korang... tu pun baru siap set 5SN... Yang 5PG tunggu ek..

Ya la memandangkan korang baru  saje habis katam...bab 1 Sejarah Ting 5...belum menjadi darah daging lagi kot...tak pe la... usaha lagi...tunjukan yang terbaik dalam peperiksaan seterusnya pula...

Sambil2 korang buka email...layari internet..fb..ataupun....mana2 blog..tu..   sini...ada info Sejarah seket...

Rujuk Soalan TOV Sejarah Bahagian A : No-4 tentang Birokrasi Barat di Asia Tenggara:

Ciri-ciri umum sistem Birokrasi Barat yang diperkenalkan di Asia Tenggara...
1.Penubuhan Kerajaan Pusat hasil penyatuan wilayah-wilayah di tanah jajahan
2.Perlantikan Gabenor Jeneral sebagai ketua pentadbir di tanah jajahan
3.Pelaksanaan pentadbiran melalui biro/jabatan
4.Pelantikan pegawai Barat sebagai ketua Biro
5.Pengenalan undang-undang Barat

Dua Perubahan pentadbiran di Filipina
1.Gabenor Jeneral sebagai pemerintah tertinggi peringkat pusat
2.Pentadbiran wilayah di ketuai Ketua Datuk Bandar

Dua Perubahan di Indonesia
1.Pentadbiran pusat di ketuai Gabenor Jeneral
2.Penubuhan Volksraad yang merupakan Majlis Rakyat

Langkah British di NNMB dan NNMTB
1.Memperkenalkan sistem residen
2.Memperkenalkan sistem Penasihat

Tu je la dulu...jangan lupa ulangkaji Bab 1 Sejarah Ting 4....Sepatutnya korang dah habis 2 bab ulangkaji Sejarh Ting 4..  ok jumpa lagi..

No comments:

Post a Comment