welcome to pelanduk katang!

Followers

Sunday, July 22, 2012

Penstrukturan semula label


PETIKAN DARIPADA SEJARAH MELAYU

"Baik tempat ini ; sedang pelanduknya lagi gagah baik kita berbuat negeri di sini. Apabila ditanya apakah nama pokok tempat baginda berteduh,orang di situ menjawab; kayu Melaka namanya tuanku. Maka titah baginda, jika demikian, Melakalah nama negeri ini".

Petikan ini diambil dari Buku Teks Sejarah Tingkatan 1
(Petikan daripada : W.G. Shellabear, Sejarah Melayu, Edisi 3, halaman 45).

Sambil-sambil ber facebok,berblog,bertwitter dan lain-lain ekses internet tu...rajin-rajin lah baca mengenai Sejarah dan penjiwaannya..supaya kita ada motif dan tujuan belajar Sejarah Tingkatan 1,2,3,4 dan 5.Kalau tidak kita akan belajar semata-mata untuk lulus exam sahaja.Selepas itu semua bahan bacaan Sejarah di buang sahaja. Sehinggakan kita terlupa apa itu Jata Negara, Rukun Negara dan sebagainya...

TAHNIAH KEPADA MOHD AKBAL QAMAS DAN AFIKAH OTHMAN DARI 5SN AKHIRNYA DAPAT JUGA KORANG A+ DAN A DALAM SEJARAH SPM 2011...ALLAH SWT MAKBULKAN JUGA USAHA DAN KERJA BUAT KITA BERSAMA SELAMA INI...SYUKUR ALHAMDULILLAH.

TAK LUPA JUGA KEPADA AHLI KELAS 5SN,5PA,5PG,5LN DAN 5PD.ANDA TELAH MENUNJUKAN YANG TERBAIK DALAM SEJARAH SPM 2011.
Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum wbt kth..

Hampir sebulan pelandukkatang tidak berceloteh selepas blog ini diberi nafas baru pada Feb yang lalu..
kadang-kadang sempat..kadang2 tidak sempat..

Walaubagaimanapun team pelandukkatang nak ucapkan tahniah kepada semua calon PMR dan SPM SEMEKER 2011 yang telah menunjukkan prestasi yang cemerlang dalam peperiksaan tersebut,khususnya untuk Mata pelajaran Sejarah la kan..

Saja nak kongsi info dengan korang semua..

PERATUS LULUS SEJARAH PMR
2005(96.60%)
2006(94.8%)
2007(93.7%)
2008(92.5%)
2009(91.6%)
2010(88.3%)
2011(97.12%)

PERATUS LULUS SEJARAH SPM
2005(58.90%)
2006(55.7%)
2007(63.24%)
2008(64.6%)
2009(82.0%)
2010(77.59%)
2011(87.0%)

Sekian
Hai...assalamualaikum....selamat pagi...semua..

Selamat cuti hujung minggu..untuk korang .2 hari cuti ni..jumaat sabtu..tentu banyak yang hendak dibuat.

Tapi ruangan Celoteh Pelanduk kali ni...nak ucapkan:

1. Tahniah la kan kepada geng-geng Cikgu Sarib .. kerana telah berjaya menjadi Johan peringkat Ganu...nak tahu Johan apa?...hahaha korang kenalah baca sendiri...keratan akhbar ini... moga kejayaan ini akan menjadi peransang untuk terus berjaya...nanti boleh lah belanja BBQ...hahaha... 


KUALA TERENGGANU 13 Feb. - Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kerteh yang menghasilkan bekas pembakar BBQ daripada tin terbuang menjuarai Cabaran Interaktif Pengguna Kelab Pengguna Sekolah peringkat negeri (CIP-KPS 2011)
Sekolah dari daerah Kemaman yang diwakili empat pelajar itu mengatasi enam sekolah lain dengan mengetengahkan idea, kreativiti dan inovasi lebih menarik.
Produk kitar semula yang dihasilkan membolehkan mereka membawa pulang piala pusingan dan wang tunai RM1,000 dalam pertandingan yang berlangsung di Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu, dekat sini hari ini.

2. Tahniah kerana SEMEKER berjaya melaksanakan Sambutan Maulidurrasul peringkat SMK Kerteh marin.

Kita hidup berkawan ni...kena lah ucapkan tahniah kepada rakan-rakan yang berjaya...jika tak berjaya pun kita kena beri sokongan juga supaya cuba lagi pada tahun hadapan...seronok hidup begitu...

Oooo...lupa...

3. Tahniah juga kepada Pelajar ting 5 kerana dah selesai peperiksaan TOV SPM...hai...kena semak paper la pula cikgu-cikgu...tunggu la markah korang...muga korang dapat keputusan yang cemerlang..


Ini lah kegilaan terbaru Team Pelanduk Katang... Qamas, Fikah dan...????  untuk mempelbagaikan medium penyampaian bahan Sejarah. Harap dia orang kekal A dalam Sejarah. Begitu juga pelajar-pelajar lain...sama-sama dapat A...

Hahaha..nama pun blog Sejarah...sini ade seket info nak kongsi nga korang..mengenai asal perkataan tamadun daripada bab 1 Sejarah Ting 4.

1.TAMADUN berasal daripada bahasa Arab:
                 i). MUDUN
                 ii). MADAIN
                iii). MADANA

2. MADANA pula punyai 2 maksud iaitu TINGGI BUDI BAHASA dan PEMBUKAAN BANDAR

3. Perkataan  Bahasa Inggeris yang punyai persamaan dengan tamadun ialah CIVILIZATION

4. CIVILIZATION pula asal dari BAHASA GREEK iaitu CIVITAS

5. CIVITAS bermaksud BANDAR

6. TAMADUN sama juga dengan PERADABAN


Cukup la setakat ni dulu untuk info tamadun..k...
Assalamualaikum dan Selamat Pagi...


Hai..apa kaba semua?..harap nyer semua sihat-sihat belake..best kan cuti..dok kat rumah .tak terikat dengan formalliti di sekolah atau di mana-mana jabatan...jangan lupa 1 hari je cuti..esok sekolah balik..hahhaha.


Hari ni kan..semua set-set cikgu dan geng-geng pelajar sekolah dok kat rumah..cuti umum sempena Hari Kelahiran Nabi Muhammad SAW. Boleh la buat pelbagai jenis aktiviti..tapi kita yang belajar Sejarah..mesti tahu la kannn bukan syok cuti semata-mata..sebaliknya kita perlu hayati..apa yang berlaku di sebalik kita cuti hari ni...


Ya la..disamping kita bercuti dengan  tujuan untuk mengingati..mengenangkan..menghayati...menghormati..Nabi Junjungan kita.Nabi Muhammad SAW..kita juga hendaklah menyedari bahawa disebalik percutian ini..ada kisah yang telah terjadi..ada peristiwa yang telah berlaku......Tahu tak peristiwa apa? kisah apa?..hahhaha.. kepada pelajar Sejarah Ting 5..anda sebenarnya tahu kisah tu..sebab dah belajar masa ting 4 tahun lepas...iaitu kisah Nabi Muhammad SAW yang diputerakan ke dunia 1432 tahun yang lalu. Ingat tak? kita belajar dulu dalam Bab 4 Ting 4. Pelajar tingkatan 4 tahun 2011,mungkin tak belajar lagi la tajuk ni...belum sampai lagi..baru masuk bab 2-3 kan?.Tapi tak pe boleh baca sendiri dalam Bab 4 Ting 4 tu..


Inilah seronoknya blajar Sejarah...ia berkaitan..kisah dulu dan sekarang..jadi kepada pelajar Sejarah kita kena tahu lah..setiap kisah dan peristiwa yangberlaku supaya boleh dijadikan pengajaran, panduan untuk kita meneruskan hidup...sesuai dengan maksud Sejarah itu sendiri yang bermaksud..peristiwa yang benar-benar berlaku pada masa lalu...maknenya Kelahiran Nabi Muhammad SAW adalah kisah yang benar-benar berlaku..jadi ia adalah Sejarah... hahaha...faham kannn...setiap Sejarah tu ada pengajaranya..


Menyentuh tentang Bab 4 ni...Tajuknya ISLAM DAN PERKEMBANGANNYA DI MAKKAH..Saja nak imbaskan kembali ingatan anda semua..Bab ni...mengisahkan tentang MASYARAKAT ARAB JAHILIAH,ISLAM DAN PENYEBARANYA DI MAKKAH,REAKSI MASYARAKAT ARAB dan yang sewaktu denganya... kita buat revision sikit..


1. Nama datuk Nabi Muhammad SAW ialah Abdul Muttalib bin Hashim,
2. Nama bapa saudara Nabi Muhammad SAW ialah Al-Haris,Abu Talib,Abu Lahab,Abbas dan Hamzah.
3.Tahun kelahiran Nabi Muhammad SAW dinamakan Tahun Gajah kerana pada tahun tu berlakunya serangan tentera bergajah di Kota Makkah yang dipimpin oleh Abrahah dari Habsyah.
4.Riwayat ringkas Nabi Muhammad SAW..
        BERKETURUNAN BANGSA QURAISY
        BAPA BAGINDA IALAH ABDULLAH BIN ABDUL MUTALIB DAN IBU BAGINDA    NAMANYA AMINAH BINTI WAHAB....NABI DILAHIRKAN PADA 20 APRIL 570 M BERSAMAAN DENGAN 12 RABIULAWWAL TAHUN GAJAH..NABI TELAH DISERAHKAN KEPADA HALIMATUS SA'ADIYAH UNTUK DIPELIHARA DAN DISUSUI SETELAH BAPA BAGINDA MENINGGAL DUNIA...SIAPA YANG MEMELIHARA NABI SETERUSNYA...APABILA IBUNYA MENINGGAL DUNIA MASA USIA 6 TAHUN...BAGINDA TELAH DIPELIHARA OLEH ABDUL MUTTALIB AIATU DATUKNYA,KEMUDIAN APABILA DATUKNYA MENINGGAL DUNIA,BAGINDA PULA DI PELIHARA OLEH BAPA SAUDARANYA ABU TALIB...Menyedihkan kita..Nabi Muhammad SAW menjadi yatim piatu masa usia 6 tahun lagi...bayangkan jika kita ni jadi yatim pada usia tersebut...baginda juga pernah mengembala kambing kepunyaan Abu Talib..masa usia 12 tahun..baginda telah ke Syam untuk menjalankan perniagaan...itulah serba ringkas info yang nak dikongsi bersama pada pagi ini...selebihnya...boleh lah kita tonton siaran TV...TV3 pun tengah siarkan tentang kisah Nabi Junjungan...selamat bercuti la yeer...jangan lupa pelajar ting 4 Sejarah baca teks Sejarah Bab 4 dan Pelajar Ting 5,buka balik bab tu..disamping tu..baca lah buku-buku sirah nabi dan buku- buku kisah nabi yang lain....baru ummmp belajar Sejarah...bukan susah pun...yang penting...Sejarah sentiasa di segarkan,dihidupkan dengan sambutan-sambutan begini...masa merdeka...kita cuti hari kemerdekaan...bab kemerdekaan di bincangkan dalam teks ting 3...ingat takkk....bagus kalau ingat...nanti dapat A Sejarah...


Ok la kan..banyak sangat nanti korang boring pula...cukuplah setakat ni dulu...kkk....bye..byee


SELAMAT MENYAMBUT HARI KEPUTERAAN NABI MUHAMMAD SAW 12 RABIULAWAL 1432H.

Tips untuk mendapat keputusan Cemerlang dalam peperiksaan...

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...Khusus kepada calon-calon SPM dan PMR 2011 SEMEKER...

Hari ini kita telah berada di bulan Februari, set SPM sedang exam TOV. Calon PMR dah selesai TOV.Cuma nak minta ko orang la kan khususnya Tangan-Tangan Gate,Si Comots dan yang lain dari 5sn,5pg dan seluruh ting 5 supaya dah memulakan ulangkaji Bab 1 dan 2 Tingkatan 4.U all semua mesti belek2 buku teks Sejarah Ting 4 bermula dari sekarang.Masa dalam kelas cikgu2 memang akan mengajar sukatan tingkatan 5 punyer.Yang sukatan tingkatan 4 u all kena ulangkaji sendiri,pinjam buku teks dengan tig 4 sekarang.Sama juga dengan pelajar ting 3,ulangkaji Sejarah ting 1 dan 2 mulai sekarang.
K..TU TIP YANG PERTAMA...ULANGKAJI TEKS YANG LEPAS..
Sambil-sambil ber facebok,berblog,bertwitter dan lain-lain ekses internet tu...rajin-rajin lah baca mengenai Sejarah dan penjiwaannya..supaya kita ada motif dan tujuan belajar Sejarah Tingkatan 1,2,3,4 dan 5.Kalau tidak kita akan belajar semata-mata untuk lulus exam sahaja.Selepas itu semua bahan bacaan Sejarah di buang sahaja. Sehinggakan kita terlupa apa itu Jata Negara, Rukun Negara dan sebagainya...
Hai..Assalamualaikum dan salam sejahtera semua...


Apa criter semua bro-bro...,beb..beb..anak-anak menakan..,semek-semek,..baby..baby. semua?. Itulah ya... trend yang digunakan oleh anak-anak sekolah dan remaja sekarang. Susah juga nak ikut cara dan gaya percakapan generasi awal remaja ini. Semua slamba beb.Kadang-kadang jika nak berdampingan dengan dia orang..kita kena ikut cara dia orang..molek juga.., asal tak lari dari landasan. Whatever...ever..pandai-pandai lah menyesuaikan diri  dengan set-set remaja ni.Kalau skema sangat.dia orang .tak ikut juga kita...tapi..tali layang-layang tetap kena pegang kemas-kemas..kalau dia orang hanyut..angau..mat nga sangat..kita kena tarik cepat-cepat supaya remaja di awal usia ni tak lah hanyut ke laut..


Jadi blok ini pun cuba mencari pendekatan slamba dalam menyampaikan ilmu mata pelajaran Sejarah kepada anak-anak remaja khususnya untuk geng-geng Tingkatan 5 Sains di SMK Kerteh,Kemaman, Terengganu. Set-set dia orang semua kreatif, blog ni pun hasil usaha..usahawan internet..tak lain dan tak bukan..Akbal Qamas...bersama dengan cikgu sejarahnya..muga-muga blog ini tidak melanggar peraturan dan undang-undang negara.


Kau orang juga mungkin terkezut juga kan..sebab apa nama blok ni Pelanduk Katang...ya la..mana ada pelanduk lagi di sekitar Kerteh ni..kecuali u all pergi memburu kat hutan Kg. Cabang ke..atau di sekitar air terjun Menderu..mungkin masih ada spesis  pelanduk yang  masih mendiami hutan segar tersebut...jika ada rezeki terjumpa la...dapat rasa daging pelanduk..mesti sedap kan...bakar..termercik air liur rasanya...


Cepat la beritahu kita orang mengapa pelanduk...ya la memandangkan blog ni untuk set-set 5 sains yang belajar Sejarah... tetapi set-set lain boleh baca juga kan...tak pe..kita orang tak marah pun..saja je untuk membawa ingatan geng-geng 5 sains ke alam zaman 1400 tahun dulu..ingat pelanduk..ingat la kat Melaka..ingat lah di situlah bermulanya...zaman permulaan pembinaan Tanah Melayu . di mana..anjing Parameswara telah di tendang Pelanduk...hairan juga bagaimana Pelanduk dapat menendang anjing...di situ kita kena kaji..gagah ke pelanduk tu?..spesis pelanduk apa? berketul-ketul ke body pelanduk tu atau pun katang ke?atau pun  masa tu anjing Parameswara sedang letih sebab mengembara dari satu tempat ke tempat lain?...ataupun pelanduk tu kuat sebab pelanduk tu minum air sungai yang belum tercemar,makan pucuk-pucuk kayu dan rumput yang masih segar dan subur...banyak lagi yang kita boleh fikir kan....boleh persoal macam-macam...tak terbatas...apa..apa pun jawapan cari sendiri...jadi sesuai lah memandang kan blog ni..bertemakan Sejarah...makan cikgunya cadang nama pelanduk...Qamas pula tambah katang...dialek Ganu la...nak gabungkan supaya ada ummmmp..entah la kau orang suka atau tidak nama blog ni...suka la yeee nanti...kalau tak suka kau oranh kena jual...kat pasa tani...    


Harap-harap kau orang yang tidak pernah mengenal pelanduk...boleh buka google imege cari Pelanduk...atau piun nati kita orang masukkan gambar pelanduk di sini.. apa-apa pun buka lah Buku Teks Sejarah Tingkatan 1...dalam buku tersebut menceritakan tentang pembukaan Melaka dan pembinaan Malaysia pada hari ini..seronokan.... dapat tahu sejarah tu....ya la kita kena tahu Sejarah asal usul negara kita...di mana bermula kita...di mana bermula negara kita...jangan lupa asal-usul kita...itu semua nama nya Sejarah...peristiwa yang benar-benar berlaku....panjang pula celoteh Pelanduk hari ini...mungkin kau orang penat dah nak baca...lain kali pula la... pelanduk sambung...kepada geng-geng 5 sain selamat menduduki TOV 2011...INGAT SEJARAH A+A...hebat kan Sejarah dapat A...kalau ada masa lagi bolg pelanduk ni akan masukkan bahan-bahan yang telah diajar dari bab 1 sejarah tingkatan 5 dalam bentuk slamba..santai...biasa...dialog..bual-bual..TAPI AWAS...JANGAN GUNA AYAT-AYAT INI DALAM KARANGAN BM...KANTOI U ALL NANTI...PELANDUK TAK BERTANGGUNGJAWAB ATAS...KEGAGALAN U ALL DALAM BM...


K...BYE...BYE...JUMPA LAGI   
Maklum la subjek sejarah bukan subjek glamour...ala-ala artis popular..bintang pujaan ramai..fesyen terkini..ratu..maskulin..dan macam-macam lagi..maka..cara mempersembahkan kepada pelajar...cara mengajar guru...cara ulangkaji..cara bercerita dan menceritakan semula perlu terkini dan canggih...secanggih...Anugerah  Bintang Popular  katakan...sampai begitu sekali perlu up-grade...pelajar juga perlu membuka minda untuk menerima SUBJEK SEJARAH dengan hati yang terbuka...mesti anggap senang...berbincang dengan guru...macam ni saya suka...guru juga perlu tanya pelajar bagaimana cara untuk cikgu ajar kamu...yang penting objektif pembelajaran tercapai, memenuhi sukatan pelajaran dan dapat A dalam Sejarah...
Biasa la kan...ramai budak-budak amik paper sejarah kat skolah..anggap susah sangat nak baca,hafal dan ingat sejarah...tapi ada juga yang kata senang nyer blajo sejarah..entah yang mana satu..korang ni..senang atau susah?????? Pening nak pikir...tup-tup..mai kita sama-sama kongsi dalam Pelanduk Katang ni...mcamana nak belajar Sejarah dengan mudah...jom..jom..join...

No comments:

Post a Comment