welcome to pelanduk katang!

Followers

Friday, July 27, 2012

Cadangan Membina Instrumen pelajar

1.Menentukan hasil pembelajaran yang hendak dinilai, kaedah penilaian dan instrumen penilaian
2.Penggunaan Jadual Penentuan Ujian (JPU) boleh membantu membina soalan mengikut hasil pembelajaran yang ditentukan.
3.JPU - dapat merangkakan:
i.tajuk/kemahiran yang hendak diuji dan peringkatnya dalam taksonomi kognitif Bloom.
ii.bilangan serta peratus soalan untuk setiap peringkat kognitif juga ditunjukkan
iii. untuk sesuatu tajuk dan peringkat taksonomi,hasil pembelajaran dicatatkan secara spesifik.

Penentuan hasil pembelajaran ataupun aras-aras kemahiran bergantung kepada:
mata pelajaran

1. tajuk-tajuk yang dinilai
2. peringkat kebolehan murid yang dinilai
3. wajaran aras kesukaran
4. mudah, sederhana, sukar

LANGKAH-LANGKAH MENYEDIA JPU

1.Pilih tajuk yang hendak dinilai.
2.Tentukan Hasil Pembelajaran.
3.Tentukan bilangan soalan mengikut aras.
4.Tulis bilangan soalan dalam petak berkenaan.
5.Semak jumlah dan peratus semua soalan dalam lajur menegak dan mendatar.

KAEDAH PENILAIAN

1.lisan
2.penulisan
3.pemerhatian

Ketiga-tiga kaedah ini boleh digunakan untuk :

1.Mengesan serta-merta
- mengesan penguasaan hasil pembelajaran dengan serta-merta dalam pengajaran harian
- tidak memerlukan instrumen yang khusus

2.Mengesan kemajuan
- mengesan kekuatan dan kelemahan selepas beberapa pembelajaran
- perlu dirancang secara individu atau kumpulan
- menggunakan instrumen tertentu seperti senarai semak, lembaran kerja, ujian bertulis

3.Mengesan pencapaian
- mengesan pencapaian selepas beberapa pembelajaran atau pada akhir program
- perlu dirancang secara individu
- dijalankan dengan menggunakan senarai semak, skala kadar, ujian bertulis dan ujian lisan

APA GUNA PEMERHATIAN?

Digunakan untuk menilai
- sikap
- perlakuan/amalan
- amali
- kemahiran manipulatif
- kemahiran bersosial
- kemahiran belajar
- kemahiran kinestetik
- kemahiran literasi komputer
- kemahiran mereka cipta

Perlaksanaan Pemerhatian

1.Pemerhatian proses dan hasil kerja seperti lukisan,buku skrap, kraf tangan dan kerja kursus membolehkan pengajar menilai sikap serta penguasaan sesuatu
kemahiran.

2.Maklumat daripada pemerhatian boleh membantu pendidik melengkapkan gambaran mengenai keputusan penilaian yang diperoleh melalui kaedah lisan dan penulisan.

3.Instrumen penilaian pemerhatian meliputi senarai semak dan skala kadar/marking scheme.

PENILAIAN SECARA LISAN

APAKAH GUNA?
Untuk mendapat maklumat hasil interaksi:
- pelajar dengan pendidik
- pelajar dengan pelajar
- pelajar dengan bahan pembelajaran

Apa aspek yang boleh dinilai secara lisan?

- kefahaman konsep
- pengetahuan fakta
- pemikiran peringkat tinggi
- kecekapan mendengar
- penggunaan bahasa yang tepat
- kecekapan metematik
- gaya persembahan/ kelancaran berbahasa
- pertuturan dan sikap

PENILAIAN PENULISAN

Bagaimana ia dilakukan?

- karangan
- laporan projek/kerja kursus/folio
- latihan dan ujian bertulis
- huraian atau tafsiran data/jadual, graf atau carta.

Apa kemahiran yang diukur?

- kemahiran menulis
- menyusun idea
- perbendaharaan kata
- mengaplikasi
- mentafsir
- menilai
- mempertahan/menyokong hujah
- menyebar idea/ buat rumusan/cadangan

No comments:

Post a Comment