- Menggunakan kedua-dua belah otak kanan dan kiri. Ini dapat dilakukan dengan membuat aktiviti merangsang kedua-dua belah otak tersebut.
- Merangsang kesemua deria dalam pembelajaran. Kajian menunjukkan bahawa: -Kita ingat 10% apa yang dibaca - Kita ingat 20% apa yang didengar - Kita ingat 50% apa yang didengar dan dilihat - Kita ingat 70% apa yang dicakapkan - Kita ingat 90% setelah dipraktikkan
- Belajar mengikut waktu yang sesuai dengan diri (study according to your biological clock). Bagaimanapun, perlu tahu waktu-waktu yang sesuai untuk belajar iaitu sebelum tidur, selepas bangun tidur, selepas mandi air panas, selepas baca al-Quran/zikir selepas riadah dan selepas berdoa.
- Mengulang kaji secepat mungkin. Ulangkaji ringkas selepas belajar (kita akan lupa 80% selepas belajar). Ulangkaji sekerap mungkin.
- Manfaatkan kemahiran mengingat - Tampal nota-nota penting di dinding - Gunakan kaedah akronim - Tukar perkataan, ayat atau definisi dalam bentuk gambar atau rajah - Reka cerita atau ayat mengenai konsep yang perlu diingat
- Menyedari guru-guru adalah sumber ilmu yang baik. Tanya guru apabila tidak faham
- Menjadikan nota-nota menarik seperti membuat corak, menggariskan isi penting dan sebagainya. Tampal maklumat yang rumit di tempat yang biasa dilihat.
- Cekap mengatur jadual belajar: Mempunyai jadual belajar, Patuh kepada jadual, Buat jadual yang boleh diikuti
- Sentiasa mengawasi pencuri waktu belajar iaitu angan-angan kosong, bertangguh dan malas.
- Tidak membuang masa dengan belajar ketika letih atau mengantuk.
- Tahu memberi ganjaran kepada diri sendiri selepas Berjaya belajar seperti membaca surat khabar, melawat rakan atau sesuatu yang menghiburkan hati.
- Buat Persediaan awal akan memberikan permulaan yang baik dan memberi tanggapan yang positif pada guru. Untuk sentiasa awal dan mendahului, bacalah dahulu sekali atau 2 kali sebelum guru mengajar.
- Berbuat baik kepada guru. Sentiasa menghormati dan menyayangi guru.
- Baca doa tanda kesyukuran selepas belajar
**** DR FADHILAH KAMSAH ***********
Selamat Menempuh Peperiksaan PMR & SPM 2012 kepada semua calon. Semoga Kejayaan milikmu jua amin...
No comments:
Post a Comment