Anak-anak memerlukan motivasi dan rangsangan daripada kecil lagi supaya mereka rajin belajar
Pelajaran
anak-anak adalah pelaburan kepada anak-anak dan ibu bapa pada masa
depan. Merangsang anak supaya rajin belajar adalah suatu beban pada masa
kini. Proses belajar memerlukan rangsangan daripada ibu bapa. Tanpa
rangsangan anak-anak tidak berminat untuk belajar. Belajar pada masa
muda manfaatnya akan dapat dinikmati pada masa tua.
Anak-anak pada
masa kini banyak terlibat dengan pelbagai permainan di internet dan
permainan berasaskan komputer menyebabkan mereka kurang berminat untuk
belajar. Proses belajar ini memerlukan tumpuan serius dan berterusan.
Dengan menanam dan menaruh minat seseorang itu akan memberikan tumpuan
kepada apa yang diminatinya khususnya pelajaran.
Menanam minat
supaya anak rajin belajar memerlukan beberapa usaha seperti motivasi,
galakan dan rangsangan yang berterusan .Tanpa usaha ini anak-anak tidak
memahami apa tujuan belajar.
Ibu bapa mesti memahami jiwa anak dan
selalu mengingatkan anak-anak bahawa pelajaran sangat penting untuk
mendapat ilmu dan kemahiran bagi bekalan masa depan. Tanpa ilmu dan
kemahiran seseorang itu sukar untuk senang dan mendapat pekerjaan dalam
era globalisasi pada masa akan datang.
Pendekatan dan strategi
pengajaran dan pembelajaran (P&P) di rumah berbeza dengan pendekatan
di sekolah. Pengajaran di rumah boleh dilakukan dengan berkesan jika
dilakukan dengan berkesan jika dilakukan secara berterusan. Anak-anak
ditetapkan masa dua atau tiga jam setiap hujung minggu untuk belajar
dengan membuat latihan dan membaca bahan bacaan.
Jika anak berada di
tahap sekolah rendah ibu bapa boleh memandu anak-anak dengan
menggalakkan mereka melakukan banyak latihan melalui buku kerja yang
banyak di pasaran. Begitu juga pada tahap tingkatan 1 hingga 3, latihan
secara intensif boleh dilakukan dari semasa ke semasa.
Ramai ibu
bapa menghantar anak-anak ke kelas tuisyen bagi mendapatkan teknik dan
strategi menjawab soalan berbentuk subjektif. Pada masa kini pelajaran
di sekolah menjurus kepada peperiksaan. Mereka yang cemerlang dalam
peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dianggap berjaya dalam hidup.
Sebenarnya keseimbangan antara ilmu pengetahuan yang dipelajari di
sekolah dengan akhlak mesti seiringan.
Lantaran itu,
keseimbangan ilmu pengetahuan dengan akhlak mesti dipupuk di rumah dan
diperkukuhkan di sekolah bagi pembentukan insan seimbang. Peranan ibu
bapa adalah memberi rangsangan kepada anak-anak belajar di rumah. Di
samping itu menumbuhkan minat untuk belajar.
Ibu bapa mesti memahami
pengajaran di rumah ialah aktiviti atau proses berkaitan dengan
penyebaran ilmu pengetahuan atau kemahiran anak-anak. Ia meliputi
perkara seperti aktiviti perancangan, pengelolaan, penyampaian,
bimbingan dan penilaian yang bertujuan menyebar ilmu pengetahuan atau
kemahiran kepada anak-anak dengan cara yang berkesan.
Pendidikan
dan pengajaran di rumah boleh dilakukan sebagai suatu proses berterusan
hingga dewasa. Selain itu juga ibu bapa juga bertanggungjawab mendidik
akhlak, budaya, adab dan mencambahkan ilmu pengetahuan kepada anak-anak.
Melalui pengalaman dan penceritaan anak-anak akan dapat memahami dan
belajar tentang makna kehidupan pada masa depan. Natijahnya, merangsang
anak minat dan rajin belajar memerlukan usaha gigih dan berterusan.
Tanpa usaha gigih ia tidak akan berjaya. Pengajaran di rumah ibu bapa
sebagai pengajar dan anak-anak sebagai murid. Sementara pengajaran di
sekolah memperteguh kan apa yang diajar dan dididik di rumah. Pengajaran
yang baik mesti melibatkan proses pemikiran, komunikasi, penggunaan
bahasa yang berkesan secara berterusan.
Sumber maklumat : Harian Metro
Suzana Zainal
Aspen Learning Centre
No 20 Jln Tmn Melati 5, Setapak, Kuala Lumpur 53100,
No comments:
Post a Comment