welcome to pelanduk katang!

Followers

Thursday, September 13, 2012

PERTANDINGAN UNTUK TING1,2 DAN 4 SHJ


PERTANDINGAN
MENGHASILKAN BAHAN MULTIMEDIA BERDASARKAN SAJAK
“ TAHUKAH WAHAI BANGSAKU SEJARAH ASAL-USUL NEGARA MU
446 TAHUN YANG LALU”
DAN
MENGHASILKAN NOTA RUJUKAN INOVATIF DAN INTERAKTIF SEJARAH TINGKATAN 1,2 DAN 4
Untuk di muat turun
 DALAM BLOG AKADEMIK PANITIA SEJARAH
http//: pelandukkatang.blogspot.com”
Sempena
MENYOKONG DASAR KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
SEJARAH WAJIB LULUS SPM 2013  
 
1.      Pengenalan
Wajib lulus subjek Sejarah dalam peperiksaan SPM bermula 2013 merupakan Dasar Kementerian Pelajaran Malaysia yang baru.Tujuan dasar itu diperkenalkan adalah untuk menunjukkan kepada warga Malaysia bahawa Sejarah adalah penting kepada penduduk negara ini bagi memahami, menghayati, memelihara dan mengetahui permulaan, perkembangan dan asal-usul negara ini. Dengan adanya pemahaman ini, bermakna sifat patriotisme dalam kalangan rakyat dapat dipupuk dari bangku sekolah rendah hingga ke dewasa dan dari satu generasi ke satu generasi agar kemerdekaan negara ini sentiasa dipelihara oleh generasi seterusnya. Sehubungan itu, pertandingan menghasilkan bahan multimedia berdasarkan sajak “Tahukah wahai bangsaku sejarah asal-usul Negara Mu 446 tahun yang lalu merupakan serampang 3 mata untuk berjaya dalam subjek sejarah SPM dan PMR,menerapkan rasa cinta kepada negara dan mengetahui asal-usul negara Malaysia hari ini.


2.      Objektif
1.      Untuk menyemarak dan membantu hebahkan dalam kalangan pelajar dan warga sekolah mengenai dasar baru Kementerian Pelajaran Malaysia iaitu Sejarah Wajib Lulus SPM 2013
2.      Untuk memupuk semangat patriotisme dalam diri pelajar melalui penghasilan bahan multimedia dan nota rujukan yang inovatif dan interaktif
3.      Untuk menambah cara pembelajaran pelajar melalui internet dengan harapan dapat meningkatkan peratus A dan lulus Sejarah SPM dan PMR 2013
4.      Untuk memanfaatkan penggunaan notebook pemberiaan  kerajaan kepada pelajar pada tahun 2011
5.      Menunjukan kepada pelajar subjek Sejarah sentiasa hidup dan terkini walaupun maklumatnya telah berlalu 100 yang lampau.
6.      Memanfaatkan maklumat sejarah yang terdapat didinding sekolah.

3.      Tarikh dan masa
      Sept hingga Oktober

No comments:

Post a Comment