Bab 2 : Nasionalisme di Malaysia Sehingga Perang Dunia Kedua
OBJEKTIF
1. Pada bulan Mei 1928, kumpulan petani telah menyerang bangunan
kerajaan di Kuala Berang dan berjaya mendudukinya.
Berdasarkan pengetahuan sejarah anda, apakah punca serangan
tersebut ?
(ms 42)
A British menghapuskan kuasa pembesar negeri
B British mengugut untuk menurunkan takhta sultan
C Penduduk mahu mengusir British dari Terengganu
D Pengenalan undang-undang tanah British
2. Novel Pengarang
Anak Mat Lela Gila Ishak Hj. Muhammad
Antara berikut, manakah isu yang dibangkitkan menerusi novel tersebut ?
(ms 33)
I Mencintai tanah air
II Menghargai warisan bangsa
III Memperjuangkan emansipasi wanita
IV Mementingkan pendidikan moden untuk wanita
A I dan II
B II dan III
C III dan IV
D I dan IV
|
3
|
Namakan pertubuhan X di atas?
(ms 56)
A Kesatuan Melayu Muda
B Kesatuan Melayu Singapura
C Persatuan Sahabat Pena Malaya
D Persatuan Kebangsaan Melayu Sarawak
4. Siapakah yang bertanggung jawab melantik Menteri Besar
mengikut Undang-undang Tubuh Kerajaan Terengganu?
(ms 86)
A. Rakyat
B. Sultan
C. Jemaah Menteri
D. Majlis Mesyuarat Kerja
5. Mengapakah Persatuan Sahabat Pena Malaya ( PASPAM) mendapat sambutan yang hangat di kalangan orang Melayu?
(ms 55)
A Kegiatannya bercorak politik
B. Perjuangannya menuntut kemerdekaan
C. Organisasinya mempunyai perlembagaan
D. Menggalakkan ahlinya bertukar-tukar fikiran
STRUKTUR
1 |
(ms 42 – 45) | |||
| (a) | (i) (ii) | Nyatakan tindakan Haji Abdul Rahman Limbong menentang pentadbiran British di Terengganu ? ………………………………………………………………………………………… ………………………………………………………………………………………… (2 markah) | |
| (b) | (i) (ii) (iii) | Namakan tiga kawasan yang terlibat dalam peristiwa penentangan terhadap British di Terengganu ………………………………………………………………………………………… …………………………………………………………………………………………. ………………………………………………………………………………………… (3 markah) | |
| (c) | (i) (ii) | Apakah tindakan yang diambil oleh penduduk tempatan menentang British? ………………………………………………………………………………………… ……………………………………………………………………………………….. (2 markah) | |
| (d) | (i) (ii) | Bagaimanakah pihak British menghadapi penentangan penduduk tempatan? ………………………………………………………………………………………… ………………………………………………………………………………………… (2 markah) | |
| (e) | (i) | Pada pandangan anda, mengapakah penentangan tersebut gagal? ………………………………………………………………………………………… (1 markah) | |
| | | [ 10 Markah ] |
2 |
(ms 45– 49) | |||
| (a) | (i) (ii) | Apakah kesan sistem pendidikan Inggeris dan sekolah vernakular Melayu kepada penduduk tempatan? ………………………………………………………………………………………… ………………………………………………………………………………………… (2 markah) | |
| (b) | (i) (ii) | Nyatakan dua dasar British yang menimbulkan persaingan kepada pendudukan tempatan. ………………………………………………………………………………………… …………………………………………………………………………………………. (2 markah) | |
| (c) | (i) (ii) (iii) | Bagaimanakah pendudukan Jepun menjadi pemangkin kepada gerakan nasionalisme di Tanah Melayu? ………………………………………………………………………………………… ……………………………………………………………………………………….. ………………………………………………………………………………………. (3 markah) | |
| (d) | (i) (Ii) | Senaraikan dua kepentingan mesin cetak dalam gerakan nasionalisme? ………………………………………………………………………………………… ………………………………………………………………………………………… (2 markah) | |
| (e) | (i) | Pada pandangan anda, mengapakah gerakan nasionalisme gagal dalam menentang penjajah? ……………………………………………………………………………………… (1 markah) | |
| | | [ 10 Markah ] |
ESEI
1 | Pada awal abad ke-20, akhbar,majalah dan novel berperanan membangkitkan kesedaran semangat kebangsaan dan memajukan bangsa Melayu. (ms 50 – 53 ) | |
| (a) | Apakah isu sosial dan pendidikan yang dibangkitkan oleh akhbar-akhbar untuk memberi kesedaran kepada orang Melayu? [ 7 Markah] |
| (b) | Nyatakan mesej yang terdapat dalam novel tulisan Ishak Haji Muhammad untuk membangkitkan kesedaran nasionalisme di Tanah Melayu [ 7 Markah] |
| (c) | Pada pandangan anda,mengapakah akhbar,majalah dan novel memainkan peranan penting dalam menggerakkan nasionalisme d Tanah Melayu? [ 6 Markah] |
2 | Perjuangan nasionalisme di Tanah Melayu turut digerakkan oleh beberapa persatuan-persatuan Melayu yang bertujuan untuk membela kepentingan bangsa Melayu dalam pelbagai bidang. ( ms 54 – 57) | |
| (a) | Jelaskan tentang penubuhan Persatuan Sahabat Pena Malaya (PASPAM) pada tahun 1934. [ 6 Markah] |
| (b) | Terangkan matlamat perjuangan Kesatuan Melayu Muda (KMM) dalam memberi kesedaran kepada penduduk di Tanah Melayu. ( 8 Markah] |
| (c) | Berdasarkan pengetahuan sejarah anda, apakah kepentingan Kongres Melayu yang diadakan pada tahun 1939 dan 1940 di Tanah Melayu. [ 6 Markah] |
PERATURAN PEMARKAHAN
OBJEKTIF
1. D 2. A 3. A 4. B 5. C
STRUKTUR
| | |||
| 1(a) | F1 F2 F3 F4 | Tidak berpuas hati dengan sistem cukai Tidak berpuas hati dengan sistem undang-undang tanah British Mengetuai penduduk kampong membersihkan tanah Membuka tanah milik Tengku Nik Maimunah Mana-mana 2 x 1m | 1 1 1 1 [2M] |
| 1(b) | F1 F2 F3 F4 | Kuala Telemong Lubuk Batu Kampung Pelam Kuala Berang Mana-mana 2 x 1m | 1 1 1 1 [2M] |
| 1(c) | F1 F2 F3 F4 | Melancarkan penentangan bersenjata Menyerang bangunan kerajaan Berjaya menduduki bangunan kerajaan Berkumpul dan bersiap sedia di Kuala Telemong untuk menentang British Mana-mana 2 x 1m | 1 1 1 1 [2M] |
| 1(d) | F1 F2 F3 F4 F5 | Dengan menggunakan nama dan kuasa Sultan Menghantar tiga orang pembesar yang membawa perintah Sultan menawan semula Kuala Berang Menangkap mereka yang terlibat Memburu sesiapa sahaja yang menghalang Menghantar sepasukan polis untuk menyerang penduduk tempatan Mana-mana 2 x 1m | 1 1 1 1 1 [2M] |
| 1(e) | F1 F2 F3 F4 | Menggunakan nama Sultan supaya rakyat tidak derhaka Kekurangan ilmu Tiada senjata moden Mana-mana jawapan yang munasabah Mana-mana 1 x 1m | 1 1 1 1 1 [1M] |
| | |||
| 2(a) | F1 F2 F3 F4 F5 | Melahirkan golongan intelek Melayu Mereka mampu berfikir tentang kemajuan bangsa Mereka menyedari perlunya sumbangan tenaga dan fikiran Mereka menggunakan idea baru untuk memajukan diri Menolak penjajahan Barat Mana-mana 2 x 1m | 1 1 1 1 1 [2M] |
| 2(b) | F1 F2 F3 F4 F5 | Menggalakkan sesiapa sahaja datang untuk melabur,berniaga,berdagang dan bekerja Boleh menetap di Tanah Melayu Kemasukan orang asing yang berterusan meningkatkan jumlah imigran Mereka menguasai ekonomi Tanah Melayu Orang Melayu kekal dengan pertanian padi Mana-mana 2 x 1m | 1 1 1 1 1 [2M] |
| 2(c) | F1 F2 F3 F4 F5 F6 | Konsep kawasan Kesemakmuran Asia Menekankan kebebasan negara-negara Asia untuk menentukan kemajuan Meningkatkan persaudaraan di kalangan negara-negara Asia Menggalakkan orang tempatan bekerjasama dengan Jepun Jepun berjanji akan memberi kemerdekaan Mana-mana 3 x 1m | 1 1 1 1 1 [3M] |
| 2(d) | F1 F2 F3 F4 | Penyebaran ilmu pengetahuan Mendorong penentangan terhadap British Melalui buku,akhbar,majalah dan kitab agama Idea menentang penjajah dapat disebarkan Mana-mana 2 x 1m | 1 1 1 1 [2M] |
| 2(e) | F1 F2 F3 F4 F5 | Tiada kerjasama di kalangan peminpim Rakyat tidak bersatu Kesedaran politik masih rendah Dasar penjajah yang menindas rakyat Mana-mana jawapan yang munasabah Mana-mana 2 x 1m | 1 1 1 1 1 [1M] |
ESEI
| | ||
1(a) | F1 F2 F3 F4 F5 F6 F7 F8 F9 F10 | Memajukan pendidikan tinggi orang Melayu Menggalakkan pendidikan untuk anak perempuan Menyeru orang melayu supaya meninggalkan sifat negatif seperti memilih kerja dan tidak mahu berusaha Menggalakkan tabungan di kalangan orang Melayu untuk pendidikan anak-anak Mementingkan kemahiran tradisional orang Melayu seperti pertukangan dan kerja tangan Mementingkan pendidikan bahasa Inggeris untuk kemajuan orang melayu Meminta taraf sekolah Melayu dibaiki dengan memberikan nilai ekonomi Memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi dalam pentadbiran British Menyeru orang Melayu supaya tidak meninggalkan pendidikan Islam Mengekalkan nilai-nilai baik masyarakat Melayu Mana-mana 7 x 1m | 1 1 1 1 1 1 1 1 1 1 [ 7 m] |
1(b) | F1 F2 F3 F4 F5 F6 F7 F8 F9 F10 | Anak Mat Lela Gila Semangat menentang penjajah oleh anak muda tempatan Menghargai warisan bangsa sendiri Mencintai tanah air Menolak kesenangan demi maruah bangsa Putera Gunung Tahan Semangat wira pemuda tempatan dalam menjaga maruah bangsa Berasa bangga dengan kebolehan sendiri Gadis tempatan yang menolak cinta pegawai penjajah Tidak mahu menjatuhkan maruah bangsa Mana-mana 7 x 1m | 1 1 1 1 1 1 1 1 1 [7 m] |
1(c) | F1 F2 F3 F4 F5 F6 F7 F8 F9 F10 F11 | Dapat menyebarkan isu berkaitan sosial,ekonomi dan politik Pembaca mendapat idea baru Pendedahan yang banyak tentang gerakan nasionalisme di dalam dan di luar negara Dapat menilai kesan penjajahan terhadap kemajuan ekonomi,pendidikan dan politik Menjadi media utama bahan bacaan rakyat Menyampaikan mesej-mesej jelas tentang semangat kebangsaan Berjaya menyatukan orang Melayu menentang penjajah Berjaya menyedarkan orang Melayu untuk memajukan bangsa Berperanan mengkritik penjajah Mendedahkan banyak gerakan nasionalisme di luar dan di dalam negara Mana-mana jawapan yang munasabah Mana-mana 6 x 1m | 1 1 1 1 1 1 1 1 1 1 1 [Mak. 6m] |
| | ||
2(a) | F1 F2 F3 F4 F5 F6 F7 F8 F9 F10 F11 | Dipimpin oleh cerdik pandai Pulau Pinang Antaranya S.M. Zainal Abidin B.A. Bertujuan untuk menggalakkan ahlinya berkenal-kenalan Bertukar-tukar pendapat bagi memajukan diri sendiri dan bangsa Menggalakkan perpaduan di kalangan orang Melayu Menggalakkan persaudaraan di seluruh Semenanjung Tanah Melayu Organisasi PASPAM yang kemas Mempunyai perlembagaannya sendiri Mendapat sambutan hangat di kalangan rakyat Tidak bersifat politik Kegiatan social PASPAM menjadi asas kepada kesedaran perpaduan Melayu Mana-mana 6 x 1m | 1 1 1 1 1 1 1 1 1 1 1 [ 6 m] |
2(b) | F1 H1a H1b H1c H1d F2 H2a F3 H3a H3b F4 H4a H4b H4c F5 H5a H5b H5c F6 H6a H6b | Sebuah persatuan separa politik Ditubuhkan pada 1939 Dipimpin oleh Ibrahim Yaakub Nama KMM diilhamkan oleh Sutan Djenain Didaftarkan pada 1940 oleh Mustaffa Hussin KMM adalah menggalakkan perpaduan di kalangan pemuda Melayu di seluruh Semenanjung Tanah Melayu Meningkatkan tahap pendidikan orang Melayu Tujuan penubuhan KMM adalah lebih bersifat politik Bekerjasama dengan Jepun untuk menghalau British Cawangan KMM juga ditubuhkan untuk meluaskan Menjadikan KMM salah sebuah badan propaganda Jepun Membeli Warta Malaya untuk dijadikan alat propaganda anti British Menggelilinggi Tanah Melayu untuk mencari sokongan propaganda menentang British menubuhkan Maahad II Ihya Assyariff di Gunung Semanggol Perak menjadi penyokong KMM Mereka menyediakan kader-kader yang dikenali sebagai tentera semut untuk menentang British Mendapat tindakan / ancaman daripada British 150 orang penyokong KMM ditangkap oleh British Mereka dipenjarakan di Changi, Singapura Mama-mana 8 x 1m | 1 1 1 1 1 1 1 1 1 1 1 1 1 1 1 1 1 1 1 1 [ 8 m] |
2(c) | F1 F2 F3 F4 F5 F6 F7 F8 F9 | Kemuncak kepada kesedaran kebangsaan orang Melayu Membincangkan soal kemunduran orang Melayu dalam pendidikan Kemunduran dalam ekonomi Layanan serta pilih kasih British kepada anak negeri Kongres ini disokong oleh golongan intelek Akhbar-akhbar Melayu turut menyokong kongres ini Resolusi kongres ini menggambarkan perpaduan Melayu Mereka berusaha untuk mengatasi permasalahan sosioekonomi dan politik Orang Melayu dapat mengatasi perasaan kenegerian yang memisahkan mereka Mana-mana 6 x 1m | 1 1 1 1 1 1 1 1 1 [Mak. 6m] |
Peraturan Pemarkahan Tamat
No comments:
Post a Comment