Followers
Saturday, February 11, 2012
Memorial Tun Hussein Onn di Kamsis Tun Hussein Onn,UKM.
Sepanjang 4 tahun berada di Jabatan Sejarah,UKM..banyak kenangan yang telah dipintal bersama pensyarah-pensyarah Jabatan Sejarah..antaranya..Prof.Nik Anuar,Dr Oong Hak Ching,Dr Khazin,Dr. Nabir dll.Kelahiran Pelanduk Katang ini juga sebenarnya adalah atas semangat dan jati diri Sejarah yang telah tersemai kemas semasa belajar di Jabatan Sejarah UKM dulu...guru-guru inilah yang telah menyemai semangat tersebut hingga kini..sebab itu lah apabila menyebut Sejarah..tokoh-tokoh ini lah yang sentiasa bermain di minda...kisah ini berlangsung selama 4 tahun bermula dari tahun 1993-1998.Atas dasar semangat sejarah dan mencintai sejarah..penulis pelanduk katang sempat..mengabadikan nama Pusat Sumber di KTHO sebagai Pusat Sumber Khalifah Harun Ar-Rasyid dan Memorial Tun Hussein Onn di Kamsis Tun Hussein Onn ( Kamsis ROTU ) Kedua-dua tempat tersebut walaupun tidak sehebat nama-nama seperti Muzium Negara,Kota A Famosa namun ia telah menjadi peristiwa bersejarah dalam hidup penulis PelandukKatang kerana ia ditubuhkan selepas mendapat idea dan saranan daripada Dr Nik Anuar Nik Mahmud ( Masa tu masih Dr).Penulis berbincang hingga mengeluarkan kos yang agak tinggi untuk mendapat bahan-bahan bergambar keluarga Tun Hussein dari Arkib Negara Malaysia.Alhamdulillah pada masa itu,penulis mendapat sokongan daripada Pengetua Kamsis Tun Hussein Onn .Lebih bermakna Memorial tersebut telah dilawati oleh Dato'Hishamuddin Tun Hussein semasa perasmian Minggu Keluarga KTHO...Walaubagaimanapun semua ini adalah dalam kenangan...hari ini penulis tidak pasti adakah masih wujud Pusat Sumber Khalifah Harun ar-Rasyid dan Memorial Tun Hussein Onn di Kamsis Tun Hussein Onn,atau pun nama nya pun telah berubah!...atas semangat Sejarah...banyak bahan-bahan Sejarah telah dibuat di sekolah yang penulis mengajar bersama team Panitia Sejarah....semuga semangat sejarah ini akan berterusan hingga ke akhir hayat walaupun tidak sehebat dan terkenal hingga ke peringkat antarabangsa...cukup lah...kami pewaris sejarah negara yang telah di bawa oleh guru-guru kami semasa di universiti dahulu..ianya telah berpanjangan hingga ke hari ini...semangat Jabatan Sejarah UKM 1993-1998/1999 akan terus subur,berdahan,berakar,menghijau sepanjang zaman...Terima Kasih guru-guru ku Allahyarham Prof.Nik Anuar Nik Mahmud,semoga roh mu dicucuri rahmat..semuga ilmu bermanfaat yang dicurahkan oleh mu kepada ku akan mendapat ganjaran daripada Allah SWT...Terima kasih juga kepada Dr Oong Hak Ching, Dr.Khazin,Dr Nabir...setelah berbelas tahun meninggalkan UKM...nama-nama besar ilmuan sejarah ini...akan terus mekar dalam ingatan...kepada anak-anak murid di sekolah...warisilah...semangat sejarah ini...yang akan sentiasa bertali arus dari satu generasi kepada satu generasi....
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment