welcome to pelanduk katang!

Followers

Monday, May 2, 2011

Beberapa Pengertian yang perlu difahami oleh pelajar sejarah ting 5


PERIKATAN KUASA TENGAH
Perikatan kuasa tengah atau Triple Alliance dibentuk pada tahun 1882 dan dianggotai oleh Negara Jerman, Austria – Hungary dan Itali. Perikatan ini kemudianya disertai oleh Turki dan Bulgaria.
-Sejarah Tingkatan 5 ( Bab 9 – Malaysia Dalam Kerjasama Antarabangsa)


PAKATAN BERTIGA
Terdiri daripada Britain, Perancis dan Rusia yang dibentuk pada tahun 1907, pakatan ini kemudianya disertai oleh Itali dan Jepun.
-Sejarah Tingkatan 5 ( Bab 9 – Malaysia Dalam Kerjasama Antarabangsa)


PERJANJIAN VERSAILLES
Dimeteraikan pada Jun 1919 dalam Perjanjian Damai. Perjanjian ini telah mengubah peta Eropah dan membentuk beberapa buah Negara baru. Membawa kepada pembentukan Liga Bangsa pada tahun 1919
-Sejarah Tingkatan 5 ( Bab 9 – Malaysia Dalam Kerjasama Antarabangsa)

PERKEMBANGAN DASAR LUAR MALAYSIA
Tahap Pertama  Tunku Abdul Rahman    ( 1957 – 1970)
Tahap Kedua    Tun Abdul Razak  ( 1972 - 1976)
                         Tun Hussein Onn  ( 1976 - 1981)
Tahap Ketiga     Tun Dr. Mahathir Mohamad ( 1981 - 2003)
-Sejarah Tingkatan 5 ( Bab 9 – Malaysia Dalam Kerjasama Antarabangsa)

MAPHILINDO
Cantuman nama tiga buah Negara, iaitu Malaysia, Filipina dan Indonesia.Tujuan utama penubuhannya adalah untuk meningkatkan perhubungan persahabatan dan menyelesaikan pertelingkahan antara Malaysia - Filip[ina dan Malaysia – Indonesia.
-Sejarah Tingkatan 5 ( Bab 9 – Malaysia Dalam Kerjasama Antarabangsa)

GLOBALISASI
Merujuk kepada perubahan yang menjadikan dunia tanpa sempadan yang disebabkan oleh kepesatan atau kepantasan perkembangan teknologi maklumat. Segala aspek penting dari segi ekonomi dan sosial seperti barangan, modal, tenaga manusia, kemahiran dan nilai menyeberangi sempadan dalam masa yang begitu singkat. Perubahan yang meliputi skop yang luas ini dihubungkan dengan kemajuan teknologi, khususnya dalam bidang teknologi maklumat dan komunikasi.
-Sejarah Tingkatan 5 ( Bab 9 – Malaysia Dalam Kerjasama Antarabangsa)


K - ekonomi
Ekonomi berlandaskan pengetahuan atau knowledge - based economy merujuk pada keupayaan seseorang untuk menggunakakan ilmu pengetahuan bagi mencipta satu nilai baru yang dapat membawa kemajuan.
-Sejarah Tingkatan 5 ( Bab 9 – Malaysia Dalam Kerjasama Antarabangsa)


K - masyarakat
Merujuk kepada masyarakat yang sentiasa berusaha membaiki dan memperkaya diri dengan pengetahuan agar terus dapat bersaing. Ia juga dikenali knowlwdge society ( k-society).
 -Sejarah Tingkatan 5 ( Bab 9 – Malaysia Dalam Kerjasama Antarabangsa)



No comments:

Post a Comment