welcome to pelanduk katang!

Followers

Monday, May 2, 2011

Beberapa Pengertian yang perlu difahami oleh pelajar sejarah ting 5


MAPHILINDO
Cantuman nama tiga buah Negara, iaitu Malaysia, Filipina dan Indonesia.Tujuan utama penubuhannya adalah untuk meningkatkan perhubungan persahabatan dan menyelesaikan pertelingkahan antara Malaysia - Filip[ina dan Malaysia – Indonesia.
-Sejarah Tingkatan 5 ( Bab 9 – Malaysia Dalam Kerjasama Antarabangsa)

GLOBALISASI
Merujuk kepada perubahan yang menjadikan dunia tanpa sempadan yang disebabkan oleh kepesatan atau kepantasan perkembangan teknologi maklumat. Segala aspek penting dari segi ekonomi dan sosial seperti barangan, modal, tenaga manusia, kemahiran dan nilai menyeberangi sempadan dalam masa yang begitu singkat. Perubahan yang meliputi skop yang luas ini dihubungkan dengan kemajuan teknologi, khususnya dalam bidang teknologi maklumat dan komunikasi.
-Sejarah Tingkatan 5 ( Bab 9 – Malaysia Dalam Kerjasama Antarabangsa)


K - ekonomi
Ekonomi berlandaskan pengetahuan atau knowledge - based economy merujuk pada keupayaan seseorang untuk menggunakakan ilmu pengetahuan bagi mencipta satu nilai baru yang dapat membawa kemajuan.
-Sejarah Tingkatan 5 ( Bab 9 – Malaysia Dalam Kerjasama Antarabangsa)


K - masyarakat
Merujuk kepada masyarakat yang sentiasa berusaha membaiki dan memperkaya diri dengan pengetahuan agar terus dapat bersaing. Ia juga dikenali knowlwdge society ( k-society).
 -Sejarah Tingkatan 5 ( Bab 9 – Malaysia Dalam Kerjasama Antarabangsa)


No comments:

Post a Comment