Hi.....semoga anda terus melayari blog ini...
Hari ni masuk hari kedua,geng-geng PMR SMK Kerteh berada di Marang Village Resort,kat Marang...seronok juga diaorang dok sini...yang best skali masa slot Sejarah..2.30-4.30 Ptg ...oleh Cikgu Alias bin Dollah dari SMK Tengku Intan Zaharah,Dungun...ianya telah menjadi sejarah yang bermakna dalam diari pelajar...
Pelajar-pelajar telah didedahkan dengan teknik penyoalan dalam sejarah...biasanya soalan berkisar tentang...
1. Konsep / istilah sejarah / ciri-ciri sesuatu peristiwa atau perkara.
2.Sebab / Faktor berlakunya sesuatu peristiwa sejarah
3.Kesan atau akibat sesuatu peristiwa sejarah
4.Kronologi / urutan peristiwa
5.Tokoh dalam sejarah
6.Perjanjian dalam sejarah
7.Organisasi / pertubuhan bukan politik / parti politik / institusi tempatan, serantau dan antarabangsa.
8.Iktibar / unsur patriotisme / nilai murni peristiwa sejarah
9.Situasi
Hahaha..tuy la beberapa teknik penyoalan dalam sejarah...umumnyer pelajar-pelajar ting 3 kena cakna beberapa perkara:
1.Pengetahuan sejarah
2.Kemahiran Sejarah
3.Nilai dalam sejarah
Biasanya cara untuk menguji kemahiran calon dalam memahami sejarah:
1. Peta
2.Gambar rajah
3.Rajah
4.Peribahasa
5.Puisi
6.Pernyataan
7.Senarai
8.Petikan
9.Jadual
10.Maklumat.
No comments:
Post a Comment