PENGENALAN
Menjadi impian Sekolah Menengah Kebangsaan Kerteh ( SEMEKER ) untuk melihat semua pelajar tingkatan tiga sekolah ini berjaya dalam peperiksaan PMR 2011. Sehubungan itu, bagi memenuhi impian ini, pihak pengurusan sekolah dan Jawatankuasa Projek PMR tahun 2011 dengan kerjasama Agensi Pembangunan Masyarakat Terengganu (APMT), mengadakan Program Bangkit Bangsa 2011. Pelaksanaan program ini adalah untuk memberi pendedahan kepada para pelajar bagi mencapai kecemerlangan dalam PMR. Bagi membolehkan para pelajar mencapai kejayaan yang sebenar, jiwa mereka perlu di isi dengan semangat jati diri, patriotisme dan kerohanian sebagai benteng pertahanan diri dalam menghadapi realiti kehidupan di zaman ini. Justeru itu Program Bangkit Bangsa ini dirangka bukan sahaja untuk melahirkan pelajar yang yang cemerlang dari segi akademik dan sahsiah diri malah pelajar yang akan mencintai agama, bangsa dan negara.
OBJEKTIF
Melahirkan pelajar yang bermotivasi tinggi dan rajin berusaha untuk mencapai kecemerlangan.
Mendedahkan teknik belajar yang berkesan kepada pelajar untuk mencapai kejayaan.
Menyedarkan para pelajar kepentingan beribadat kepada Allah S.W.T untuk mencapai kesejahteraan di dunia dan akhirat.
Melahirkan pelajar yang mencintai agama, bangsa dan negara
TARIKH
20 - 22 Mac 2011
TEMPAT
Marang Village Resort & Spa
No comments:
Post a Comment