welcome to pelanduk katang!

Followers

Monday, March 21, 2011

Seminar Kecemerlangan Sejarah PMR 2011

Hi.....semoga anda terus melayari blog ini...

Hari ni masuk hari kedua,geng-geng PMR SMK Kerteh berada di Marang Village Resort,kat Marang...seronok juga diaorang dok sini...yang best skali masa slot Sejarah..2.30-4.30 Ptg  ...oleh Cikgu Alias bin Dollah dari SMK Tengku Intan Zaharah,Dungun...ianya telah menjadi sejarah yang bermakna dalam diari pelajar...

Pelajar-pelajar telah didedahkan dengan teknik penyoalan dalam sejarah...biasanya soalan berkisar tentang...

1. Konsep / istilah sejarah / ciri-ciri sesuatu peristiwa atau perkara.
2.Sebab / Faktor berlakunya sesuatu peristiwa sejarah
3.Kesan atau akibat sesuatu peristiwa sejarah
4.Kronologi / urutan peristiwa
5.Tokoh dalam sejarah
6.Perjanjian dalam sejarah
7.Organisasi / pertubuhan bukan politik / parti politik / institusi tempatan, serantau dan antarabangsa.
8.Iktibar / unsur patriotisme / nilai murni peristiwa sejarah
9.Situasi

Hahaha..tuy la beberapa teknik penyoalan dalam sejarah...umumnyer pelajar-pelajar ting 3 kena cakna beberapa perkara:

1.Pengetahuan sejarah
2.Kemahiran Sejarah
3.Nilai dalam sejarah

Biasanya cara untuk menguji kemahiran calon dalam memahami sejarah:

1. Peta
2.Gambar rajah
3.Rajah
4.Peribahasa
5.Puisi
6.Pernyataan
7.Senarai
8.Petikan
9.Jadual
10.Maklumat.

Kem Bangkit Bangsa Agensi Pembangunan Masyarakat Terengganu ( APMT) & SMK Kerteh 2011


PENGENALAN
Menjadi impian Sekolah Menengah Kebangsaan Kerteh ( SEMEKER ) untuk melihat semua pelajar tingkatan tiga sekolah ini berjaya dalam peperiksaan PMR 2011. Sehubungan itu, bagi memenuhi impian ini, pihak pengurusan sekolah dan Jawatankuasa  Projek PMR  tahun 2011 dengan kerjasama Agensi Pembangunan Masyarakat Terengganu (APMT), mengadakan Program Bangkit Bangsa  2011. Pelaksanaan program ini adalah untuk memberi pendedahan kepada para pelajar bagi mencapai  kecemerlangan  dalam PMR. Bagi membolehkan para pelajar mencapai kejayaan yang sebenar, jiwa mereka perlu di isi dengan semangat jati diri, patriotisme dan kerohanian sebagai  benteng pertahanan diri dalam  menghadapi realiti kehidupan di zaman  ini. Justeru itu Program Bangkit Bangsa ini dirangka bukan sahaja untuk melahirkan pelajar yang yang cemerlang dari segi akademik dan sahsiah diri malah pelajar yang akan mencintai agama, bangsa dan negara.

OBJEKTIF
Melahirkan pelajar yang bermotivasi tinggi dan rajin berusaha untuk mencapai  kecemerlangan.

Mendedahkan teknik belajar yang berkesan  kepada pelajar untuk mencapai kejayaan.

Menyedarkan para pelajar kepentingan beribadat kepada Allah S.W.T untuk mencapai kesejahteraan di dunia dan akhirat.

Melahirkan pelajar yang mencintai agama, bangsa dan negara

TARIKH
20 - 22 Mac 2011

TEMPAT
Marang Village Resort & Spa