welcome to pelanduk katang!

Followers

Sunday, July 31, 2011

Sempena Ramadhan...

Assalamualaikum warahmatullah…

Ingin sekali berbicara sebagai tazkirah untuk diri sendiri tentang peringatan dan amalan simple tetapi amat besar di sisi Allah Ta'ala yang diajarkan oleh Rasulullah SAW sebagai guideline kepada kita untuk menempuh mencari kehidupan sebenar yang kekal abadi di akirat nanti. Pencarian kita di dunia ini hanyalah sebagai bekal untuk hidup di akhirat nanti. Jangan sesekali kita jadikan kehidupan dunia sebagai tujuan hidup ini. Hari ini ana hendak berkongsi satu amalan yang makin dilupai oleh umat Islam seantero dunia kerana kealpaan kita merealisasikan sunnah Rasulullah SAW dan terlalu terpengaruh dengan budaya barat. Amalan yang ana maksudkan ini ialah zikir sebelum mati kecil atau tidur.
Saidina Ali RA pernah berkata (lebih kurang begini,tak ingat sangat nas sebenar): "Setiap orang yang berakal dari kalangan kami (sahabat) mesti membaca zikir sebelum tidur sebagaimana yang diajarkan oleh Rasulullah SAW.
Maknanya di sini, dari budak-budak yang telah baligh hingga yang dah tua pasti mengetahui zikir-zikir yang patut dibaca sebelum tidur sebagaimana yang ditinggalkan oleh Nabi kita Muhammad SAW.
Remaja hari ini lebih suka memasang suara-suara syaitan daripada membaca doa atau zikir mengingati Allah Ta'ala sedangkan penyanyi atau sesiapa sahaja tidak dapat menjamin kita bangkit hidup macam biasa keesokan harinya.Tapi itulah hakikatnya sekarang ini,mereka lebih suka mengakhiri hidupnya dengan benda-benda yang laghawut tiada faedah.
Sebenarnya itulah gambaran kita sebelum mati nanti. Ada hukama' menukilkan,sesiapa yang ingin melihat atau mengetahui bagaimana keadaan seseorang itu hendak mati nanti perhatikanlah bagaimana keadaannya sebelum tidur.
Andai sebelum tidur kita ingat bagaimana nak tambahkan satu ringgit menjadi satu juta maka itulah akan disebutkan ketika hendak mati nanti.
Andai seseorang sebelum tidur ia ingat bagaimana hendak merompak harta orang maka masa hendak mati nanti perkara inilah yang akan disebut-sebut nanti.
Mustahil untuknya hendak menyebut nama Allah Ta'ala ketika mati kerana ketika hendak tidur tak pernah mengingatiNYA!!!
Cuba kita lihat apakah yang kita gunakan untuk dodoi anak-anak kecil untuk tidur? Pernahkan kita ajar doa dan zikir yang diajarkan oleh Rasulullah SAW?
Di sinilah kita kena bermuhasabah!
Ok,bagimanakah cara Rasulullah hendak tidur dan apakah doa dan zikir yang patut dibaca?
1. Hendaklah tidur dalam keadaan wudhu'.
Sebagaimana sabda Rasulullah :
إذا أتيتَ مضجعكَ فتوضأ وضوءك للصلاة
Maksudnya :"Apabila kamu mendatangi tempat tidurmu(hendak tidur) maka hendaklah kamu berwudhu sebagaimana wudhu' hendak solat".
Apakah fadhilat tidur dalam keadaan wudhu'?
Sabda Rasulullah SAW :
من بات طاهراً بات في شعاره ملك ، فلم يستيقظ إلا قال الملك اللهم اغفر لعبدك فلان فإنه بات طاهراً
Maksudnya : "Sesiapa yang tidur dalam keadaan wudhu' maka akan tidur malaikat di rambutnya satu malaikat.Tidak bangun dari tidur kecuali malaikat tersebut berdoa:"Ya Allah,Engkau ampunkan hambaMu ini.Sesungguhnya dia tidur dalam keadaan wudhu'."
2. Baca ayat kursi.
Apakah fadhilatnya?
Diceritakan dalam hadith bahawa akan datang satu malaikat yang akan menjaga orang yang membaca ayat kursi sebelum tidur daripada gangguan jin dan syaitan serta segala keburukan.
Dalam erti kata lain malaikat menjadi pengawal kita ketika tidur daripada segala keburukan dan kejahatan.
3. Membaca dua ayat terakhir daripada surah al Baqarah.
4. Membaca doa hendak tidur :
بسمك اللهم أموت و أحي
Maksudnya :"Dengan namaMU aku mati dan hidup".
5. Menadah tangan,membaca tiga Qul kemudian tiup di tapak tangan dan sapu seluruh tubuh sebagaimana dilakukan oleh Rasulullah SAW.
عن عائشة رضي الله عنها أن النبي صلى الله عليه وسلم كان إذا آوى الى فراشه كل ليلة جمع كفيه ثم نفث فيهما فقرأ فيهما : ( قل هو الله أحد ) ( قل أعوذ برب الفلق ) ( قل أعوذ برب الناس ) ، ثم يمسح بهما ما استطاع من جسده ، يبدأ بهما على رأسه ووجهه وما أقبل من جسد ، يفعل ذلك ثلاث مرات . أخرجه البخاري.
Dan banyak lagi doa dan zikir yang elok dibaca dan diamalkan, bolehlah rujuk dalam kitab-kitab turath yang lain.
wallahu 'alam
mohamad nurul hafiz ab latif,
umm qura university,
makkah almukarramah,
00966501272045
UNTUK RENUNGAN BERSAMA...BLAJO SEJARAH PUNG...KENA TAHU GOK HOK LAING KANG...KANG...KANG..

Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak

Siapakah orang yang sibuk? Orang yang sibuk adalah orang yang tidak mengambil berat akan waktu solatnya seolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman a.s

Siapakah orang yang manis senyumanya?
Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang ditimpa musibah lalu dia kata "Inna lillahi wainna illaihi rajiuun." Lalu sambil
berkata,"Ya Rabbi Aku redha dengan ketentuanMu ini", sambil mengukir senyuman.


Siapakah orang yang kaya?
Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan tidak lupa akan kenikmatan dunia yang sementara ini.

Siapakah orang yang miskin?
Orang yang miskin adalah orang tidak puas dengan nikmat yang ada sentiasa menumpuk-numpukkan harta.

Siapakah orang yang rugi?
Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia pertengahan namun masih berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebaikan...

Siapakah orang yang paling cantik?
Orang yang paling cantik adalah orang yang mempunyai akhlak yang baik.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang paling luas?
Orang yang mempunyai rumah yang paling luas adalah orang yang mati membawa amal-amal kebaikan di mana kuburnya akan di perluaskan saujana mata memandang.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang sempit lagi dihimpit?
Orang yang mempunyai rumah yang sempit adalah orang yang mati tidak membawa amal-amal kebaikkan lalu kuburnya menghimpitnya...

Siapakah orang yang mempunyai akal?
Orang yang mempunyai akal adalah orang-orang yang menghuni syurga kelak kerana telah mengunakan akal sewaktu di dunia untuk menghindari siksa neraka..

Siapakah org yg KEDEKUT ?
Orang yg kedekut ialah org yg membiar atau membuang email ini begitu sahaja, malah dia tidak menyampaikan pula pada org lain.




 
SELAMAT BERPUASA YE.... 
 
 

Sejarah juga ni...Tamadun Islam...

Kita selalu dimomokkkan apa ilmu yang hebat dihasilkan dari orang Barat, malah dari Jepun juga sehingga kita terlupa bahawa sebenarnya orang-orang Islam dahulu adalah lebih banyak membuat penemuan hebat dalam sains dan teknologi mendahului Barat. Tahukan anda bahawa kehidupan moden kita masakini adalah tak lepas dari penemuan-penemuan ilmuwan muslim.

Inilah penemuan muslim yang luar biasa:

1. Pembedahan

Sekitar tahun 1000, seorang doktor Islam, Al Zahrawi menerbitkan 1500 halaman ensiklopedia bergambar tentang operasi bedah yang digunakan di Eropah sebagai rujukan perubatan selama lebih dari 500 tahun. Diantara banyak penemuan, Zahrawi yang menggunakan larutan usus kucing menjadi benang jahitan, sebelum menangani operasi kedua untuk memindahkan jahitan pada luka. Dia juga yang dikatakan menciptakan sepasang alat pembedahan.

2. Kopi

Saat ini warga dunia meminum sajian khas tersebut tetapi, kopi pertama kali dibuat di Yaman pada sekitar abad ke-9. Pada awalnya kopi membantu kaum sufi tetap terjaga ibadah larut malam. Kemudian dibawa ke Qairo oleh sekelompok pelajar yang kemudian kopi disukai oleh seluruh kerajaan. Pada abad ke-13 kopi menyeberang ke Turki, tetapi baru pada abad ke-16 ketika kacang mulai direbus di Eropah, kopi dibawa ke Itali oleh pedagang Venice .

3. Mesin Terbang

Abbas ibn Firnas adalah orang pertama yang mencuba membina sebuah pesawat terbang dan menerbangkannya. Di abad ke-9 dia mereka sebuah perangkat sayap dan secara khusus berbentuk kostum burung. Dalam percubaannya yang terkenal di Cordoba Sepanyol, Firnas terbang tinggi untuk beberapa saat sebelum kemudian jatuh ke tanah dan mematahkan tulang belakangnya. Rekaannya yang dibuatnya secara tidak terduga menjadi inspirasi bagi seniman Italia Leonardo da Vinci ratusan tahun kemudian.

4. Universiti

Pada tahun 859 seorang puteri muda bernama Fatima al-Firhi mendirikan sebuah universiti tingkat pertama di Fez Maroko. Saudara perempuannya Miriam mendirikan masjid indah secara bersamaan menjadi masjid dan universiti al-Qarawiyyin dan terus beroperasi selama 1.200 tahun kemudian. Hassani mengatakan dia berharap orang akan ingat bahwa belajar adalah inti utama tradisi Islam dan cerita tentang al-Firhi bersaudara akan menginspirasi wanita muslim di mana pun di dunia.

5. Aljabar

Kata aljabar berasal dari judul kitab pakar matematik terkenal Parsi abad ke-9 ‘Kitab al-Jabr Wal-Mugabala’, yang diterjemahkan ke dalam buku ‘The Book of Reasoning and Balancing’. Membangun akar sistem Yunani dan Hindu, aljabar adalah sistem yang mempersatukan untuk nombor rasional, nombor tidak rasional dan gelombang magnitud. Pakar Matematik Islam yang lainnya Al-Khawarizmi juga yang pertama kali memperkenalkan konsep angka menjadi bilangan yang boleh menjadi kekuatan.

6. Optik

“Banyak kemajuan penting dalam pembelajaran optik datang dari dunia Islam” ujar Hassani. Diantara tahun 1,000 SM, Al-Haitham membuktikan bahawa manusia melihat objek dari refleksi cahaya dan masuk ke mata, bertentangan dengan teori Euclid dan Ptolemy bahawa cahaya dihasilkan dari dalam mata sendiri. Ahli Fizik hebat Islam yang lainnya juga menemui fenomena pengukuran kamera di mana dijelaskan bagaimana mata gambar dapat terlihat dengan hubungan antara optik dan otak.

7. Muzik

Pemuzik muslim kelihatan signifikan di Eropah. Di antara banyak instrumen yang hadir ke Eropah melalui timur tengah adalah gambus dan rahab, nenek moyang biola. Skala not muzik modern juga dikatakan berasal dari alfabet Arab.

8. Berus Gigi

Menurut Hassani, Nabi Muhammad SAW mempopularkan penggunaan berus gigi pertama kali pada tahun 600. Menggunakan ranting pohon Siwak, untuk membersihkan gigi dan menyegarkan nafas. Bahan kandungan di dalam Siwak juga digunakan dalam ubat gigi moden.

9. Takal / Crank

Banyak dasar sistem otomatik moden pertama kali berasal dari dunia Islam, termasuk pemutar yang menghubungkan sistem. Dengan menukarkan gerakan memutar dengan gerakan lurus, pemutar memungkinankan objek berat terangkat relatif lebih mudah. Teknologi tersebut ditemukan oleh Al-jazari pada abad ke-12, kemudian digunakan dalam penggunaan basikal hingga kini.

Sebarkan artikel ini untuk menunjukkan kehebatan Islam, semoga ada dari anak cucu kita berjaya mencipta sesuatu yang baru dan tidak terlalu tunduk dengan momokan orang Barat.

Saturday, July 30, 2011

Sejarah Ting 5 ( Bab 7 - Badan Pelaksana:EKSEKUTIF )

Badan Pelaksana ( Eksekutif )
1. Jemaah Menteri / Kabinet - badan pelaksana dasar-dasar kerajaan.
2.Kabinet - pembuat dasar2 kerajaan.
3.Tugas JM/K - Menggubal dasar2 kerajaan
4.Perdana Menteri  - Ketua Jemaah Menteri
5.PM/TPM biasanya mengetuai sesebuah/beberapa kementerian
6.Tugas Kementerian - Menggubal dasar2 kerajaan
                                 - Merancang
                                 -Menyelaras program pembangunan ekonomi dan sosial
7.Kementerian - Diketuai MENTERI
                          Dibantu TIMBALAN MENTERI
                                       SETIAUSAHA PARLIMEN
                                       SETIAUSAHA POLITIK
8.Perkhidmatan Awam - Diketuai KETUA SETIAUSAHA NEGARA
                                      Tanggungjawab:
                                         -Mengawasi perjalanan kementerian dan jabatan kerajaan
                                       Diperingkat Kementerian diketuai KETUA SETIAUSAHA KEMENTERIAN
                                       Dibantu oleh-kakitangan kerajaan/pegawai perkhidmatan awam
9.Jabatan Kerajaan -Diketuai KETUA JABATAN(KETUA PENGARAH)
                               -Setiap kementerian mempunyai jabatan di peringkat PUSAT,NEGERI DAN  
                                DAERAH. 

10.Badan Berkanun - Separuh kerajaan,punya kuasa autonomi tertentu,kewangan sendiri
                               - Ditadbir oleh - Lembaga Pengarah yang bertanggungjawab kepada menteri berkenaan.

11.Suruhanjaya -Suruhanjaya Perkhidmatan Awam
                         -Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan
                         -Suruhanjaya Perkhidmatan Undang-Undang dan Kehakiman
                         - Suruhganjaya Pasukan Polis
                         -Majlis Angkatan Tentera

Sejarah Ting 5 ( Bab 7 - Proses meluluskan undang2 di Parlimen)

 PROSES MELULUSKAN UNDANG-UNDANG DI PARLIMEN

1. CADANGAN                        - Cadang
2. PENGGUBALAN                  - Gubal
3. PEMBACAAN PERTAMA   - Baca 1
4. PEMBACAAN KEDUA        - Baca 2
5. PERBINCANGAN                - Bincang
6. PEMBACAAN KETIGA       - Baca 3
7. PEMBENTANGAN              - Bentang
8. PENYERAHAN                    - Serah
9. PEWARTAAN                      - Warta

Friday, July 22, 2011

LANGKAH-LANGKAH PEMBENTUKAN MALAYSIA


LANGKAH-LANGKAH PEMBENTUKAN MALAYSIA
1961 -     Mei, TAR berucap di Singapura
          -     Jun, TAR melawat Sarawak dan Sabah
          -     Julai, TAR melawat Brunei utk menerangkan konsep,tujuan dan matlamat penubuhan  
                           Malaysia
-          Rundingan diadakan antara Pegawai2 kanan PTM, British(Sarawak,Sabah dan Singapura)
         

Maka wujudlah..

JAWATANKUASA PERUNDING PERPADUAN KAUM ( JPPK)
-Di tubuhkan di Singapura Julai 1961
-Pengerusi( Donald Stephan)

-Peranan :
  1.Menerangkan Gagasan Malaysia
  2.Mengumpul pandangan penduduk
  3.Menggalakan kegiatan kearah pembentukan Malaysia

-Mesyuarat
1.Jesselton ( Sabah )
2.Kuching ( Sarawak)
3.Kuala Lumpur ( PTM)
4.Singapura

-Mesyuarat terakhir di Singapura Feb 1962,ahli kemukakan memorandum kpd SURUHANJAYA COBBOLD yang dibentuk oleh kerajaan British.
-Memerandum ini mengandungi perimbangan Srawak dan Sabah untuk dimasukan ke dalam perlembagaan baru.  

Sejarah Ting 5 Bab 6 : Pengukuhan negara dan bangsa Malaysia:Cadangan ke arah pembentukan Malaysia.

Hai, Assalamualaikum wbt kth...

Lama tak bersua...idup lagi...semput nak nafas leni...tak dan...tapi ok la korang masih setia nak tengok ni blog...

Pelanduk nak kongsi dgn korang semua...bab 6 sejarah ting 5...sikit-sikit je...iiatu tentang cadangan pembentukan negara Malaysia....


1. Dikemukakan sejak awal abad ke-19.
      
* 1887 - Oleh Lord Brassey - Pgrh Sykt Borneo Utara
               Cad : Gabungkan Sarawak, Sabah, NNM dan NNS

*1848 - Oleh Sir Malcolm MacDonald - Gab Jeneral Asia Tenggara ( 1949-1952)
              Cad : Sarawak, Sabah, S'pura, Brunei, PTM

*1956 - Oleh Dato' Onn Ja'afar
              Cad : PTM yang merdeka dinamakan Malaysia

Baca dan hafal yang ni dulu ye..

Saturday, May 7, 2011

NOTA SEJARAH TINGKATAN 5

salam kepada semua..


hari ini, PELANDUK akan memuat naik NOTA-NOTA PANDUAN UNTUK SEJARAH TINGKATAN 5. anda boleh mendownloadnya secara penuh dengan menekan link di bawah.


download di sini. file format .doc 


sebagai persediaan menghadapi peperiksaan yang mendatang, PELANDUK berharap agar kualiti serta kuantiti A meningkat. sekaligus menaikkan nama SEMEKER. hehe.


kepada semua, silalah download bahan-bahan nota sejarah ini. ini kerana ianya amat membantu untuk para pelajar memahami topik dengan membuat ulasan sendiri menggunakan fakta/isi yang telah disediakan.tidak perlu lah lagi membelek-belek buku TEKS SEJARAH yang tebal, dan dapat menjimatkan masa para pelajar untuk membuat revisi cepat dan tepat.
PELANDUK SEDIAKAN SECARA PERCUMA.. tanpa sebarang bayaran.. jadi cepat-cepat, rebut peluang ini.. jangan disia-siakan..

Bahan ni..sumbangan Cikgu Abdullah bin Mamat...terima kasih cikgu...

Monday, May 2, 2011

Beberapa Pengertian yang perlu difahami oleh pelajar sejarah ting 5


PERIKATAN KUASA TENGAH
Perikatan kuasa tengah atau Triple Alliance dibentuk pada tahun 1882 dan dianggotai oleh Negara Jerman, Austria – Hungary dan Itali. Perikatan ini kemudianya disertai oleh Turki dan Bulgaria.
-Sejarah Tingkatan 5 ( Bab 9 – Malaysia Dalam Kerjasama Antarabangsa)


PAKATAN BERTIGA
Terdiri daripada Britain, Perancis dan Rusia yang dibentuk pada tahun 1907, pakatan ini kemudianya disertai oleh Itali dan Jepun.
-Sejarah Tingkatan 5 ( Bab 9 – Malaysia Dalam Kerjasama Antarabangsa)


PERJANJIAN VERSAILLES
Dimeteraikan pada Jun 1919 dalam Perjanjian Damai. Perjanjian ini telah mengubah peta Eropah dan membentuk beberapa buah Negara baru. Membawa kepada pembentukan Liga Bangsa pada tahun 1919
-Sejarah Tingkatan 5 ( Bab 9 – Malaysia Dalam Kerjasama Antarabangsa)

PERKEMBANGAN DASAR LUAR MALAYSIA
Tahap Pertama  Tunku Abdul Rahman    ( 1957 – 1970)
Tahap Kedua    Tun Abdul Razak  ( 1972 - 1976)
                         Tun Hussein Onn  ( 1976 - 1981)
Tahap Ketiga     Tun Dr. Mahathir Mohamad ( 1981 - 2003)
-Sejarah Tingkatan 5 ( Bab 9 – Malaysia Dalam Kerjasama Antarabangsa)

MAPHILINDO
Cantuman nama tiga buah Negara, iaitu Malaysia, Filipina dan Indonesia.Tujuan utama penubuhannya adalah untuk meningkatkan perhubungan persahabatan dan menyelesaikan pertelingkahan antara Malaysia - Filip[ina dan Malaysia – Indonesia.
-Sejarah Tingkatan 5 ( Bab 9 – Malaysia Dalam Kerjasama Antarabangsa)

GLOBALISASI
Merujuk kepada perubahan yang menjadikan dunia tanpa sempadan yang disebabkan oleh kepesatan atau kepantasan perkembangan teknologi maklumat. Segala aspek penting dari segi ekonomi dan sosial seperti barangan, modal, tenaga manusia, kemahiran dan nilai menyeberangi sempadan dalam masa yang begitu singkat. Perubahan yang meliputi skop yang luas ini dihubungkan dengan kemajuan teknologi, khususnya dalam bidang teknologi maklumat dan komunikasi.
-Sejarah Tingkatan 5 ( Bab 9 – Malaysia Dalam Kerjasama Antarabangsa)


K - ekonomi
Ekonomi berlandaskan pengetahuan atau knowledge - based economy merujuk pada keupayaan seseorang untuk menggunakakan ilmu pengetahuan bagi mencipta satu nilai baru yang dapat membawa kemajuan.
-Sejarah Tingkatan 5 ( Bab 9 – Malaysia Dalam Kerjasama Antarabangsa)


K - masyarakat
Merujuk kepada masyarakat yang sentiasa berusaha membaiki dan memperkaya diri dengan pengetahuan agar terus dapat bersaing. Ia juga dikenali knowlwdge society ( k-society).
 -Sejarah Tingkatan 5 ( Bab 9 – Malaysia Dalam Kerjasama Antarabangsa)



Beberapa Pengertian yang perlu difahami oleh pelajar sejarah ting 5


MAPHILINDO
Cantuman nama tiga buah Negara, iaitu Malaysia, Filipina dan Indonesia.Tujuan utama penubuhannya adalah untuk meningkatkan perhubungan persahabatan dan menyelesaikan pertelingkahan antara Malaysia - Filip[ina dan Malaysia – Indonesia.
-Sejarah Tingkatan 5 ( Bab 9 – Malaysia Dalam Kerjasama Antarabangsa)

GLOBALISASI
Merujuk kepada perubahan yang menjadikan dunia tanpa sempadan yang disebabkan oleh kepesatan atau kepantasan perkembangan teknologi maklumat. Segala aspek penting dari segi ekonomi dan sosial seperti barangan, modal, tenaga manusia, kemahiran dan nilai menyeberangi sempadan dalam masa yang begitu singkat. Perubahan yang meliputi skop yang luas ini dihubungkan dengan kemajuan teknologi, khususnya dalam bidang teknologi maklumat dan komunikasi.
-Sejarah Tingkatan 5 ( Bab 9 – Malaysia Dalam Kerjasama Antarabangsa)


K - ekonomi
Ekonomi berlandaskan pengetahuan atau knowledge - based economy merujuk pada keupayaan seseorang untuk menggunakakan ilmu pengetahuan bagi mencipta satu nilai baru yang dapat membawa kemajuan.
-Sejarah Tingkatan 5 ( Bab 9 – Malaysia Dalam Kerjasama Antarabangsa)


K - masyarakat
Merujuk kepada masyarakat yang sentiasa berusaha membaiki dan memperkaya diri dengan pengetahuan agar terus dapat bersaing. Ia juga dikenali knowlwdge society ( k-society).
 -Sejarah Tingkatan 5 ( Bab 9 – Malaysia Dalam Kerjasama Antarabangsa)


Beberapa Pengertian yang perlu difahami oleh pelajar sejarah ting 5


NEGARA PERSEKUTUAN
Malaysia ialah Negara Persekutuan. Persekutuan bermaksud penyatuan beberapa buah negeri yang mempunyai sebuah Kerajaan Persekutuan serta beberapa buah Kerajaan Negeri. Kedua - dua kerajaan ini menjalankan tugas berdasarkan kuasa yang diperuntukan dalam Perlembagaan Malaysia.
-Sejarah Tingkatan 5 ( Bab 7 - Sistem Pemerintahan dan Pentadbiran Negara Malaysia)

SENARAI PERSEKUTUAN
Memuatkan bidang kuasa Persekutuan, hanya Kerajaan Persekutuan mempunyai kuasa terhadapnya.  
Senarai Persekutuan :
Hal ehwal negeri  ( hubungan luar ).
Pertahanan,Keselamatan dalam negeri.
 Pentadbiran dan keadilan,Kerakyatan Negara.
Pilihanraya Negara.
Kewangan, perniagaan,perdagangan dan perusahaan.
Perkapalan, pelayaran dan pengangkutan.
 Jabatan Ukur, penyelidikan.
Kerja raya dan tenaga pusat.
Pelajaran.
Kesihatan.
Keselamatan buruh dan sosial.
Orang Asli dan Hal-hal lain.
 -Sejarah Tingkatan 5 ( Bab 7 - Sistem Pemerintahan dan Pentadbiran Negara Malaysia)

SENARAI NEGERI
Mengandungi bidang kuasa negeri, hanya negeri sahaja yang mempunyai kuasa terhadapnya.
Senarai negeri :
 Undang-undang Islam.
Tanah.
Pertanian dan Perhutanan.
Kerajaan Tempatan.
 Perkhidmatan tempatan.
Kerajaan negeri.
Hari Cuti negeri dan undang-undang negeri
-Sejarah Tingkatan 5 ( Bab 7 - Sistem Pemerintahan dan Pentadbiran Negara Malaysia)


SENARAI BERSAMA
Kedua-dua kerajaan Persekutuan dan Negeri mempunyai kuasa terhadapnya.
Senarainya ;
Kebajikan sosial.
Biasiswa.
Taman Negara.
Perancangan Bandar dan wilayah.
Penjagaan haiwan.
 Kesihatan dan kebersihan awam.
Parit dan tali air.
Pemulihan. H
iburan awam dan Perhubungan.
 -Sejarah Tingkatan 5 ( Bab 7 - Sistem Pemerintahan dan Pentadbiran Negara Malaysia)