Followers
Wednesday, January 6, 2016
SELAMAT DATANG TAHUN 2016
ASSALAMUALAIKUM
Friday, October 11, 2013
KEJAYAAN MALAYSIA DIPERINGKAT ASEAN
Tiga Wakil Malaysia Harumkan Nama Negara Di Peringkat ASEAN Dan Negara-Negara Pasifik
Malaysia berbangga atas kejayaan tiga peserta hafazan Malaysia yang
mewakili negara ke Prince Sultan Abdul Aziz Al-Saud Competition On the
Memorization of Quran and Sunnah for ASEAN and Pacific Countries pada 30
September hingga 4 Oktober 2010, di Jakarta, Indonesia.
Dalam pertandingan tersebut, Encik Ahmad Mujahid bin Salleh Sani,
berjaya merangkul naib johan bagi kategori 30 juzuk. Beliau membawa
pulang hadiah 15,000 Riyal Saudi berserta pakej menunaikan haji. Bagi
kategori 20 juzuk, Encik Muhammad Ezmir Kushairy bin Roslee memenangi
tempat ketiga dengan hadiah 11,000 Riyal Saudi berserta pakej menunaikan
haji, manakala bagi kategori 10 juzuk, Encik Muhammad al-Nawawi bin
Borhan turut memenangi tempat ketiga dengan hadiah 6,000 Riyal Saudi
berserta pakej menunaikan haji.
Majlis ini merupakan salah satu acara tahunan yang dianjurkan oleh
Kedutaan Arab Saudi di Jakarta bersama Jabatan Agama Republik Indonesia.
Tahun 2010 ini adalah tahun ketiga penganjurannya dan melibatkan
peserta dari negara Asia Pasifik.
Sebelum ini, hanya peserta dari negara-negara ASEAN sahaja yang
terlibat. Bertempat di Dewan Masjid Al-Takwa, Universiti Indonesia,
Jakarta, majlis ini diadakan secara tertutup dan tidak dibuka kepada
orang awam. Bagi urusan penghakiman, ia dikendalikan sepenuhnya oleh
hakim-hakim dari Arab Saudi.
Majlis pembukaan dirasmikan oleh Presiden Republik Indonesia, Dr. H.
Susilo Bambang Yudhoyono di Istana Presiden pada 4 Oktober 2010 dengan
dihadiri oleh duta-duta negara yang bertanding, Menteri Kabinet serta
Hakim Mahkamah Tinggi Arab Saudi. Majlis penutup dan penyampaian hadiah
di sampaikan oleh Menteri Agama Indonesia di Ballroom Hotel Grand Melia.
Pihak JAKIM mengucapkan jutaan tahniah kepada wakil Malaysia dan
berharap peserta-peserta Malaysia yang akan mewakili negara di peringkat
antarabangsa pada masa hadapan akan terus melakar kecemerlangan dan
mengharumkan nama negara di persada dunia.
KEJAYAAN MALAYSIA DI PERINGKAT ANTARABANGSA
Muhyiddin: Pencapaian hebat negara di peringkat antarabangsa
January 05, 2013
BIDOR, 5 Jan — Pencapaian Malaysia yang semakin hebat
dan hampir lebih baik daripada negara maju di dunia dalam pelbagai
sektor serta diiktiraf banyak badan antarabangsa adalah hasil dasar
kerajaan pimpinan Barisan Nasional (BN), kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Timbalan Perdana Menteri (gambar) berkata
rekod cemerlang negara tidak terjadi begitu sahaja kerana ia memerlukan
perancangan, keberanian dan pandangan jauh pimpinan kerajaan BN serta
sokongan padu rakyat.
“Untuk menjadi negara yang lebih berjaya perlu
perancangan baik-baik. Malaysia semakin lama semakin hebat, terserlah,
semakin berjaya kerana adanya dasar kerajaan BN,” katanya ketika berucap
di Majlis Sepetang Bersama TPM di Sekolah Kebangsaan Bidor 2 di sini
hari ini.
Beliau berkata dasar kerajaan BN diterjemahkan dengan
mendengar rintihan dan cerita masyarakat di peringkat bawahan semasa
lawatan turun padang pemimpin-pemimpin negara.
Pemimpin negara lakukan tinjauan dan duduk di kedai-kedai
kopi untuk mendapatkan input bagi lakukan yang terbaik kepada rakyat
pelbagai lapisan seperti pemandu teksi, veteran tentera, petani,
nelayan, pelajar serta penjaja.
“Saya ingin bertanya mana negara dalam dunia buat macam
(kerajaan) Malaysia melayan kehendak rakyat...mana negara di dunia yang
melayan kehendak, bukan sekali, dua kali tetapi selama-lamanya. Kalau
jawapannya Malaysia, soalannya siapa yang buat, kerajaan mana, jadi
sokong kita (BN)” katanya.
Beliau berkata asas penting untuk menjadi negara maju
adalah pembangunan modal insan yang berteraskan ilmu dan pendidikan di
mana aspek itu disedari oleh pimpinan kerajaan sejak dulu.
Kerajaan telah melabur sejumlah besar peruntukan negara
membina sekolah di seluruh pelusuk kawasan, menyediakan latihan
pendidikan untuk guru yang hari ini mencecah 500,000 selain menyediakan
kemudahan di sekolah serta system pendidikan yang sentiasa dinamik,
katanya.
Muhyiddin, yang juga Menteri Pelajaran, berkata sejak dulu
hingga sekarang kerajaan BN menyediakan 26 peratus peruntukan daripada
Belanjawan Negara untuk sektor pendidikan dan hari ini jutaan warga yang
terdidik dengan kepandaian,
ilmu pengetahuan serta kemahiran membina negara seperti yang dapat dilihat pada masa sekarang.
Selain itu, Timbalan Perdana Menteri berkata Pelan
Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 yang mula disediakan sejak
setahun lepas akan dibentangkan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib
Razak pada Isnin ini.
Beliau berkata pelan yang sudah di peringkat pemurnian itu
kemudiannya akan dipersembah kepada Majlis Raja-Raja untuk mendapat
restu peringkat tertinggi itu untuk dilaksanakan.
Pada September tahun lepas, Najib melancarkan Laporan Awal
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 yang menggariskan 11
anjakan strategik dan operasi untuk mengubah sistem pendidikan negara.
Antara yang digariskan adalah menyediakan akses sama rata
untuk pendidikan berkualiti dengan standard antarabangsa, memastikan
setiap pelajar fasih dalam Bahasa Malaysia dan Inggeris, membangunkan
rakyat Malaysia yang dipacu nilai murni dan menjadikan perguruan sebagai
profesion pilihan.
Pada majlis itu, Muhyiddin turut menyampaikan cek bernilai
RM45 juta daripada kerajaan Pusat bagi Bantuan Persekolahan untuk
pelajar di Perak, geran bernilai RM4.2 juta daripada kerajaan negeri
untuk Persatuan Ibu Bapa dan Guru serta Kelab Guru di negeri ini serta
RM50,000 kepada Majlis Belia Perak. — Bernama
Subscribe to:
Posts (Atom)