welcome to pelanduk katang!

Followers

Thursday, April 12, 2012

Sajak Patriotisme untuk pemuda- pemudi Malaysia


Pesan Untuk Pemuda-Pemudi Bangsa Ku

Bangkitlah dari tidur mu!
Sungguh kita sudah maju
Tetapi jangan dilupakan
Melaka dahulu adalah tauladan
Tiba-tiba...
Keindahan yang dikecapi
Hanyalah sementara waktu
Diragut  Portugis yang berhelah
Dibaham Belanda yang tidak cukup tanah
Ditakluk British yang  durjana
Ditawan Jepun yang pendusta
Dikongkong Bintang Tiga yang rakus
Direbut kembali oleh British yang memberi seribu janji
.....untuk diberi rundingnya kemerdekaan.... 

Pemuda-pemudi bangsaku,
Peliharalah kemerdekaan ini
Kita harus sentiasa bersedia
Berdiri dibarisan hadapan
Mempertahan negara kita
Seperti pemuda-pemudi Melaka dahulu
Bersedia menentang Portugis dan Belanda
Kita harus bersedia
Seperti pemuda-pemudi Tanah Melayu dahulu
Bersedia menentang British
Kita harus bersedia
Seperti pemuda-pemudi Tanah Melayu dahulu
Bersedia menentang Jepun dan Bintang Tiga

Pemuda-pemudi bangsaku
Kaulah kubu
Kaulah senjata
Kaulah pembela maruah negara
Kita harus waspada
Daripada dijajah semula
Oleh bangsa asing yang kini sedang melata
Kita harus ada rasa bimbang
Kerana kita perlu belajar daripada sejarah!



Wednesday, April 4, 2012

Volume Kerja Bab 4 Sejarah Ting 5


VOLUME KERJA SEJARAH BAB 4 TING 5 : PEMBINAAN NEGARA BANGSA MALAYSIA

SOALAN OBJEKTIF

1.      Mengapakah British bersetuju melaksanakan Sistem Ahli ?
( ms  117)
A
Melatih penduduk tempatan memerintah negara
B
Melatih penduduk tempatan untuk menghadapi pilihanraya
C
Membantu penduduk tempatan mengendalikan ekonomi negara
D
Membantu penduduk tempatan mengatasi masalah Parti Komunis Malaya



2                     
Majlis Eksekutif
Majlis Undangan
Majlis Raja-Raja Melayu
     

Ketiga-tiga majlis di atas ialah badan pentadbiran Malayan Union.
Siapakah yang mengetuai badan-badan tersebut ?
( ms  97 )
A
Pesuruhjaya Tinggi 
B
Gabenor 
C
Residen
D
Sultan

3.
 




(ms 105)
    
Mengapakah golongan radikal menyokong pelaksanaan Malayan Union di   
     Tanah Melayu ?  ms 105

A.     diberikan peluang dalam pentadbiran.
B.     berpeluang menguasai ekonomi.
C.     janji kemerdekaan sepenuhnya.
D.     selaras dengan konsep Melayu Raya


4.    Mengapakah perkongsian kuasa Persekutuan Tanah Melayu berlaku?



A
Mendapat bantuan ketenteraan

B
Kemerdekaan belum diberikan

C
Menjaga kepentingan ekonomi

D
Rakyat tempatan belum bersedia

  














5
Vyner Brooke, Raja terakhir Sarawak menyerahkan Sarawak kepada kerajaan British


 





Apakah alasan beliau berbuat demikian?
(ms 110)


I
Beliau telah tua dan uzur

II
Pengganti tidak layak mentadbir

III
Ingin memajukan ekonomi  negeri

IV
Pentadbiran diuruskan oleh kuasa besar




A
I dan II

B
I dan IV

C
II dan III

D
III dan IV





Volume Kerja Bab 3 Sejarah Ting 5 Soalan Objektif sahaja


Volume Kerja Bab 3Sejarah Tingkatan 5 : Kesedaran Pembinaan Negara dan Bangsa

SOALAN OBJEKTIF

1.         Dalam masyarakat Melayu tradisional,bukti kewujudan kerajaan  atau 
            negeri ialah                          
(ms 65)
A             adanya institusi kerajaan                                  
B             adanya sempadan wilayah
C             adanya raja yang memerintah                       
D             ada penduduk yang mendiami wilayah

2              Antara berikut, yang manakah bukti kedaulatan berada di tangan rakyat
                dalam  sistem pemerintahan berasaskan Adat Pepatih di Negeri Sembilan?
     (ms 87)
I          Rakyat berhak memecat Yang Dipertuan Besar
II         Penentuan pelantikan Yang Dipertuan Besar oleh lembaga
III        Perlantikan Yang Dipertuan Besar adalah secara pemilihan
IV        Keputusan Yang Dipertuan Besar hasil rundingan dengan Undang

A             I dan II
B             II dan III
C             III dan IV
D             I dan IV

3.         Penjajah British mengubah konsep negeri atau kerajaan masyarakat 
            Melayu tradisional melalui.
(ms66)
A             pelaksanaan sistem perundangan Barat
B             pengenalan sistem birokrasi Barat
C             pelantikan pembesar berbangsa Eropah
D             penetapan sempadan setiap negeri    

4.             Apakah isu yang digunakan oleh Otto Eduard von Bismarck untuk membangkitkan semangat rakyat di medan peperangan? 
(ms 69)
A             Persamaan agama
B             Bangsa yang mulia
C             Membenci kuasa asing   
D             Persamaan rumpun bangsa


5                                - Undang-undang Pahang
                                  - Undang-undang 99 Perak
                                  - Undang-undang Tubuh   Kerajaan Johor

Apakah keistimewaan undang-undang di atas? 
(ms 80)
A             Diwarisi daripada Kesultanan Melayu Melaka    
B             Digubal oleh pemerintah negeri dengan bantuan bangsawan
C             Diiktiraf sebagai undang-undang bertulis terawal di Asia Tenggara
D             Diubahsuai daripada kitab Undang-undang Kerajaan Melayu di Jawa