welcome to pelanduk katang!

Followers

Monday, May 2, 2011

Beberapa Pengertian yang perlu difahami oleh pelajar sejarah ting 5


SISTEM AHLI
Merupakan sistem yang melatih penduduk tempatan dan kaum lain menerajui pentadbiran Tanah Melayu. Idea penubuhanya telah dicetuskan oleh Dato’Onn Ja’afar dalam perbincangannya dengan Sir Henry Gurney di Kuala Lumpur.
 -Sejarah Tingkatan 5 ( Bab 5 - Sistem Pemerintahan dan Pentadbiran Negara Malaysia)

Beberapa Pengertian yang perlu difahami oleh pelajar sejarah ting 5


PAKATAN MURNI
Usaha semua kaum di Tanah Melayu menghasilkan satu kerjasama dan tolak ansur politik melalui rundingan. Setiap kaum mempunyai tuntutan dan masalah yang tersendiri. Pakatan murni merupakan jalan penyelesaian untuk menyatupadukan pelbagai kaum.
-Sejarah Tingkatan 5 ( Bab 5 - Sistem Pemerintahan dan Pentadbiran Negara Malaysia)

Beberapa Pengertian yang perlu difahami oleh pelajar sejarah ting 5


SURUHANJAYA REID
Telah dibentuk pada bulan Mac 1956 bagi membincangkan dan menyusun perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu yang merdeka. Diketuai oleh Lord Reid ( Hakim British )sebagai pengerusi. Ahli lain –Sir Ivor Jennings
( England ), Sir William McKell ( Bekas Gabenor Jeneral Australia ),Tuan B. Malik ( Hakim Mahkamah Tinggi India ) dan Tuan Abdul Hamid ( Pakistan ). Tugasnya untuk merangka sebuah perlembagaan bagi Persekutuan Tanah Melayu yang akan merdeka.
 -Sejarah Tingkatan 5 ( Bab 5 - Sistem Pemerintahan dan Pentadbiran Negara Malaysia)