welcome to pelanduk katang!

Followers

Tuesday, June 25, 2013

Persembahan Multimedia Berdasarkan sajak "Tahukah Wahai BangsaKu Asal-usul NegaraMu 446 Tahun Yang Lalu"

Walaupun pertandingan MENGHASILKAN BAHAN MULTIMEDIA BERDASARKAN SAJAK“ TAHUKAH WAHAI BANGSAKU SEJARAH ASAL-USUL NEGARA MU 446 TAHUN YANG LALU” DAN NOTA RUJUKAN INOVATIF DAN INTERAKTIF SEJARAH anjuran Panitia Sejarah dengan Kerjasama Pusat Sumber SMK Kerteh kurang mendapat sambutan dikalangan pelajar SMK Kerteh namun, alhamdulillah kerana masih terdapat pelajar yang berminat mengaplikasikan kemudahan teknologi untuk tujuan PDP. Syabas & tahniah diucapkan kepada pelajar yang terlibat kerana menjadikan kemudahan teknologi sebagai alat untuk menyebarkan ilmu sejarah. Semoga usaha murni kalian akan memperkukuhkan lagi pemahaman terhadap sejarah negara dan dunia.

Hasil karya pelajar yang telah memenangi pertandingan menghasilkan bahan multimedia berdasarkan sajak "Tahukah Wahai Bangsaku Sejarah Asal-usul NegaraMu 446 tahun yang Lalu" ada disertakan di sini.


PERTANDINGAN MENGHASILKAN BBM SEJARAH

    Ermm...dah lama tak singgah di blog ni al maklum jelah bz dengan pelbagai hal. Terlebih dahulu ribuan kemaafan di atas kelewatan memuat naik BBM yang telah memenangi pertandingan tempohari. Alhamdulillah, dikesempatan yang ada ini maka BBM yang dihasilkan oleh pelajar dapat dimuat naik juga akhirnya.Semoga dapat menjadi rujukan & manfaat untuk semua. Baru-baru ini Panitia Sejarah dengan kerjasama PSS SMK Kerteh telah mengadakan satu Pertandingan menghasilkan bahan multimedia berdasarkan sajak " Tahukah Wahai Bangsaku Sejarah Asal-usul Negara Mu 446 Tahun yang Lalu" hasil sentuhan karya bisa berbisa cikgu Usamah Musa dan menghasilkan Nota Rujukan Inovatif dan Interaktif Sejarah sempena menyokong dasar Kementerian Pelajaran Malaysia Sejarah WAJIB LULUS SPM 2013.
   
 Wajib lulus subjek Sejarah dalam peperiksaan SPM bermula 2013 merupakan Dasar Kementerian Pelajaran Malaysia yang baru.Tujuan dasar itu diperkenalkan adalah untuk menunjukkan kepada warga Malaysia bahawa Sejarah adalah penting kepada penduduk negara ini bagi memahami, menghayati, memelihara dan mengetahui permulaan, perkembangan dan asal-usul negara ini. Dengan adanya pemahaman ini, bermakna sifat patriotisme dalam kalangan rakyat dapat dipupuk dari bangku sekolah rendah hingga ke dewasa dan dari satu generasi ke satu generasi agar kemerdekaan negara ini sentiasa dipelihara oleh generasi seterusnya. Sehubungan itu, pertandingan menghasilkan bahan multimedia berdasarkan sajak “Tahukah wahai bangsaku sejarah asal-usul Negara Mu 446 tahun yang lalu merupakan serampang 3 mata untuk berjaya dalam subjek sejarah SPM dan PMR,menerapkan rasa cinta kepada negara dan mengetahui asal-usul negara Malaysia hari ini.

    Berikut ialah bahan yang telah dihasilkan oleh pelajar SMK Kerteh yang telah memenangi pertandingan tersebut :
NOTA RUJUKAN INTERAKTIF

Naib Johan Men Atas


Johan Men Atas

UNTUK BAHAN MULTIMEDIA BERDASARKAN SAJAK “ TAHUKAH WAHAI BANGSAKU SEJARAH ASAL-USUL NEGARA MU 446 TAHUN YANG LALU” AKAN DIMUAT NAIK DI LAIN KALI TUNGGUUUUU....