Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...
Hari ini genap 8 hari kita bersekolah pada tahun 2013.Banyak subjek yang telah dipelajari di sekolah.Antaranya subjek PSK...Sekali fikir subjek PSK agak membosankan,namun 2 kali fikir subjek ini jika diajar dan diguna semaksima mungkin banyak faedah yang diperolehi oleh pelajar.Ia merentas semua subjek..contohnya pelajar tingkatan 2 mempelajari tentang kecemerlangan diri dalam tema 1.Bab ini mengisahkan tentang orang-orang yang telah berjaya dalam hidup.Seperti Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz,Nur Amalina Che Bakri dan Dato Azhar Mansur...KISAH MEREKA BOLEH DIJADIKAN TAULADAN...BACA LAH...TERIMA KASIH KEPADA SYAFIQ AIMAN DARI TINGKATAN 2B2 YANG TELAH MENYEDIAKAN BAHAN BANTU INI UNTUK TATAPAN RAKAN-RAKAN DI TINGKATAN 2...SEMOGA USAHA ANDA AKAN MENDAPAT GANJARAN DARIPADA ALLAH SWT...
Nur
Amalina Che Bakri
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Nur
Amalina Che Bakri adalah merupakan anak tunggal kepada pasangan Sabariah
Hassan seorang guru dan bapanya Che Bakri seorang jurutera DBKL. Beliau
mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan SPM 2004 dengan
memperoleh 17A1. Nur Amalina berjaya mendapat A1 dalam 17 mata pelajaran
iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sejarah, matematik Moden, Biologi,
Kimia, Fizik, Ekonomi Asas, Perdagangan, Prinsip Akaun, Sains Teras,
Pendidikan Seni, Tasawur Islam, Kesusasteraan Melayu, Bahasa Inggeris
Teknologi, Pendidikan Islam dan Matematik Tambahan. Beliau bercita-cita
untuk menjadi pakar perbidanan dan sakit puan
|
|
|
Beliau
belajar dan mengulangkaji pelajaran melalui televisyen dan internet.
Beliau meminati program-program realiti televisyen seperti siri Fear
Factor, The Apprentice, National Geographic dan Discovery Channel kerana
beliau sukakan sesuatu yang mencabar dan menjadi inspirasi lepada beliau.
Beliau sentiasa melayari intenet untuk mendapatkan maklumat-maklumat
terkini dalam pelbagai perkara serta mempunyai kenalan terdiri dari
pelajar luar negara untuk bertukar-tukar pandangan dan pendapat.
|
|
|
Beliau
mendapat pendidikan awal di Tadika Farley’s Kota Bharu sebelum menyambung
pelajaran di Sekolah Rendah Kebangsaan Zainab 1, Kota Bharu (darjah 1),
Sekolah Kebangsaan Taman Suria, Johor Bharu (darjah 2-4), Sekolah
Kebangsaan Taman Daya, Johor Bharu (darjah 5) dan Sekolah Kebangsaan Ulu
Tiram (darjah 6). Beliau pernah menyertai 50 pertandingan seperti sayembara
puisi dan lagu, pidato, syarahan, bercerita, kuiz, melukis, menggubah,
bersajak dan pernah dimahkotakan sebagai Tokoh Nilam Peringkat Kebangsaan
2004 serta Johan Pidato Permodalan Nasional Berhad. Beliau juga merupakan
Naib Pengerusi Kelab Bimbingan dan Kaunseling, Setiausaha Persatuan St.
John Ambulans, Setiausaha Pasukan Rumah Kuning, Naib Bendahari Kelab
Pencegah Jenayah dan Ketua Pasukan Badminton sekolah semasa beliau di
tingkatan 1 hingga tingkatan 5. Semangat dan cita-citanya yang tinggi
untuk mencapai kejayaan tidak menghalang beliau bergiat aktif dalam
bidang kokurikulum.
|
|
|
Kejayaan
beliau dalam peperiksaan SPM 2004 juga adalah berasaskan kepada inisiatif
beliau yang suka berjumpa guru untuk berbincang mengenai pelajaran serta
mempunyai keyakinan yang kuat untuk berjaya. Beliau akan melanjutkan
pengajian peringkat A-Level di United Kingdom pada September 2005 dalam
bidang perubatan yang amat beliau minati. Pengajian beliau akan dibiayai
sepenuhnya oleh Bank Negara Malaysia.
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
TAN SRI DR ZETI AZIZ
|
Tan Sri Dato’ Sri Dr. Zeti Akhtar Aziz dilantik sebagai
Gabenor Bank Negara Malaysia pada Mei 2000. Beliau berkhidmat di Bank
Negara Malaysia sejak 1985, dan kerjaya beliau meliputi beberapa
jawatan kanan dalam polisi monetari dan kewangan serta pengurusan
rizab. Dr. Zeti mempengerusikan penggubalan Pelan Induk Sektor
Kewangan, satu pelan 10 tahun bagi pembangunan sistem kewangan
Malaysia. Sepanjang tempoh beliau sebagai Gabenor, Dr. Zeti turut
menyelia transformasi sistem kewangan yang melibatkan pembaharuan
kewangan yang meluas, penubuhan institusi kewangan baru, pengukuhan
pasaran kewangan dan peralihan kepada apungan terurus kadar pertukaran
asing Ringgit. Beliau juga terlibat dalam pembangunan kewangan Islam
antarabangsa.
Dalam mempromosikan inisiatif integrasi serantau, Dr. Zeti
mempengerusikan Pasukan Kerja bagi Kerjasama Serantau antara Bank-bank
Pusat di Asia diExecutives' Meeting of East Asia-Pacific Central
Banks (“EMEAP”) untuk
membentuk pelan tindakan kerjasama kewangan pada masa hadapan di rantau
tersebut. Beliau juga ahli Kumpulan Urus Tadbir Bank Pusat Bank for International Settlements (“BIS”) sejak 2001. Dr. Zeti
juga merupakan salah seorang ahli pengasas Majlis Perundingan Asia BIS
dan kini adalah Pengerusi Majlis. Dr. Zeti menerima Ijazah Sarjana Muda
(Kepujian) dalam bidang Ekonomi dari Universiti Malaya.
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|